bil. 1/03
 
 
Tangani masalah disiplin dari perspektif Islam

3 Oktober 2003 / 11:01:40
Pengirim / e-mel: Tidak dinyatakan

Isu keruntuhan moral dewasa ini kerap menjadi topik-topik panas yang sering diforumkan,diperdebatkan dan berbagai lagi usaha yang dilakukan oleh berbagai pihak di negara ini.

Dalam membincangkan isu ini, berbagai-bagai pandangan dan cara penyelesaian telah diperkatakan. Namun kita sebagai umat Islam sudah sepatutnya telah lama maklum akan punca permasalahan dan cara penyelesaiannya sejak awal-awal lagi. Ini kerana kita telah diberi Al-Quran dan As-Sunnah. Kita hairan melihat umat Islam sendiri turut sama terlibat dengan golongan-golongan yang tidak meyakini dua sumber yang muktabar ini berhempas pulas memikirkan punca dan penyelesaiannya.

Mungkin umat Islam sendiri tidak pernah membaca tulisan-tulisan ulama-ulama dan pemikir-pemikir Islam yang telah menyatakan dengan jelas bahawa masalah yang kita hadapi hari ini bukanlah penyakit pada hakikatnya. Sebenarnya apa yang dideritai oleh masyarakat kita hari adalah sindrom sahaja.

Kita sepatutnya malu kerana pandangan-pandangan dan saranan-saranan yang diutarakan oleh pemikir-pemikir dan cendekiawan-cendekiawan kita hanyalah sekadar menjurus kepada merawat sindrom semata-mata dan bukan kepada merawat penyakit itu sendiri.Penyakit yang sepatutnya telah kita maklum bersama ialah tidak tertegakkan ad-Deen dalam bentuknya yang asli.

Apabila cara hidup Islam dapat tertegak dalam kehidupan ini yang merangkumi Aqidah, Syariat dan Akhlaq, maka barulah kita dapat melihat permasalahan-permasalahan yang kita hadapi sekarang dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan dan kebesaran Allah.

Sekian.Wassalam.

 
     
-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.
Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 X 768 pixel
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
PeNdiDik 2000-2003© [email protected]


Hosted by www.Geocities.ws

1