Pembaca-bil. 10/2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 



Panduan bagi graduan supaya tidak ditipu

15 September 2004
Pengirim : Nanirozana

#Artikel ini adalah yang disiarkan dalam ruangan Forum pembaca Utusan Malaysia
14 September 2004.

Saudara Pengarang,
MERUJUK surat pembaca Insan Malang (13.9.2004) dan Rakyat Prihatin Yang Kecewa yang merasakan telah ditipu oleh agensi pencari pekerjaan, saya menyarankan kepada mereka supaya membuat laporan polis.

Berikut adalah sedikit panduan bagi kebenaran tawaran kerja yang diiklankan.

* Nama syarikat dan sedikit latar belakang.

Kebanyakan syarikat besar akan berbangga mengumumkan nama syarikat dalam iklan mereka. Perhatikan kalau iklan itu hanya mempunyai nombor telefon dan sedikit maklumat berkenaan perniagaan mereka.

* Nombor telefon dan faksimile.

Biasanya perniagaan yang baik akan ada nombor telefon dan faksimile yang betul dan boleh dihubungi bila-bila masa.

* Kekerapan iklan.

Perlu diperhatikan dengan betul dan jelas setiap iklan yang ditawarkan dan kekerapan iklan.

Kalau syarikat itu dengan nombor yang sama dan jawatan yang sama diiklankan hampir setiap hari, maka sahlah syarikat ini atau jawatan yang diiklankan itu tidak jujur dan mungkin menipu.

* Ulangan iklan dalam ruangan yang sama.

Kerap juga diperhatikan bahawa ada iklan yang sama untuk jawatan yang sama pada keluaran akhbar yang sama. Ini ialah tanda menipu.

* Ruangan iklan.

Kebanyakan penipuan ini dilakukan menggunakan ruangan iklan ringkas. Ruangan ini murah dan mudah.

* Ayat-ayat tawaran kerja.

Perhatikan tawaran kerja yang begitu menarik seperti Admin Assistant, SPM, Diploma or above, 5 days/weeks, near LRT, RM1,500 above bumiputra prefered, with or without experience, fresh graduate, start immediately, call... (disertakan nombor telefon, dan nama). Kemudian di ruangan yang sama ada lagi iklan yang hampir serupa dan sila hubungi... (nombor telefon sama tetapi nama lain.

Kalau anda jumpa ayat-ayat begini, berhati-hatilah.

* Jawatan yang tidak jelas.

Jawatan yang tidak jelas seperti pelatih pengurusan, eksekutif dan sebagainya . Ada juga syarikat yang menipu yang menawarkan gaji RM3,000 untuk graduan tetapi sebenarnya skim seperti skim cepat kaya dan skim pelaburan yang bertujuan memerangkap orang baru.

Ada syarikat yang berselindung atas nama tukaran komoditi dan sebagainya. Ini kerana graduan yang akan berkerja semuanya diterima. Gaji RM3,000 sebenarnya hanya gimik dan hanya akan dapat RM3,000 kalau dapat membawa pelaburan RM30,000.

Syarikat akan mengajar pelatih pelaburan tersebut untuk mendapatkan wang tersebut sama ada dari ibu bapa atau saudara mara dengan harapan dan janji-janji manis dan akhirnya dapatlah wang itu. Bila masa sesuai, maka diumumkan pelaburan rugi dan perlu menokok lagi, kalau tak mampu lagi menokok, syarikat terpaksa memecat eksekutif pelaburan tersebut.

* Gaji yang begitu menarik.

Graduan harus tahu harga pasaran untuk jawatan di sektor swasta. Bagi pihak swasta, SPM (RM800 - RM1,000), Diploma (RM1,000 - RM1,400) dan Ijazah (RM1,500 - RM1,800) sebagai panduan gaji asas. Kalau ada orang yang nak menawarkan gaji RM1,500 untuk SPM, berhati-hatilah.

Ada juga iklan yang menawarkan gaji RM3,000, tapi hanya mengatakan potensi untuk mendapatkannya. Jelas, kalau jawatan yang mudah dan gaji yang banyak, sah menipu.

* Kelayakan yang terlalu umum.

Ada juga yang menerima pekerja untuk satu jawatan sama ada SPM, diploma atau ijazah tanpa pengalaman. Pada asasnya semua graduan boleh memohon.

Ini satu lagi tanda penipuan kerana dalam dunia pekerjaan ada banyak bidang dan tiada satu orang pun yang boleh buat semuanya dan bidang-bidang ada pengkhususan. Tentulah tawaran seperti ini hanya mahukan biodata dan resume anda untuk dijual atau sebagainya.
- ACE, Kepong, Kuala Lumpur.



Hosted by www.Geocities.ws

1