Pembaca-bil. 9/2004... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 



Pandangan terhadap Laman dan Pengendali Web Pendidikan


10 September 2004
Pengirim : John Tambi

e-mel : [email protected]

Saya mengikuti perkembangan laman ini melalui layaran saya di internet dan mendapati ianya satu laman yang baik untuk tujuan layaran internet, dalam erti kata sekadar membaca dan menambah pengetahuan.

Saya juga seorang guru yang menanggung karenah birokrasi kementerian pendidikan dan kerajaan amnya. Saya juga berpandangan perkara di bawah dan mendapati bahawasanya komen terhadap tuan adalah tidak adil dan mereka yang menulis dan menyoal hanya ingin melepaskan geram sahaja, tetapi tuan tetap sentimental kerana mereka tidak tahu bahawa laman ini hanyalah sebagai hobi tuan sahaja.

Mungkin yang mengkritik tuan tidak tahu membuat laman web sebaik tuan atau mengguna ICT dengan baik. Syabas dan tahniah bagi tuan.

Berbalik kepada kenyataan tuan dibawah :
"Semua bahan yang diterima akan disaring terlebih dahulu sebelum disiarkan."

Saya menyokong tuan kerana laman ini hanya untuk dilayari untuk pengetahuan dan pemikiran bersama, jadi seharusnya tuan menyaringkannya dahulu. Tetapi bak kata pepatah "kalau takut pada risiko jangan cakap pasal perjuangan", seharusnyalah juga tuan menyaring sebarang coretan dahulu atau tutup sahaja ruangan ini.

Mengenai coretan tuan mengenai bertarikh 1 November 2003 Siapa saya ?

Salam sejahtera. Pertamanya ribuan kemaafan kerana saya tidak menyiarkan e-mel yang menuduh laman ini pro pembangkang. Saya menganggap isu ini tidak perlu diperbesarkan dan e-mel berkenaan hanyalah satu unsur provokasi terhadap saya untuk melihat sejauh mana pendirian saya dalam situasi kepartian. Pendek kata, saya adalah kakitangan kerajaan maka menjadi kewajipan saya untuk taat kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan yang memerintah. Kata pujangga "kalau takut dilambung ombak, sayulah mata memandang pulau" cukup dalam maknanya. Hakikatnya dalam perjuangan dan gerak kerja yang dilakukan pasti akan menghadapi cabaran walau sebaik mana kerja yang dilakukan. Kesabaranlah yang menjadi tunggak kekuatan diri. Terbaru saya diminta memperkenalkan diri oleh seorang guru dari Terengganu yang menulis melalui ruangan 'Daripada Pembaca'. Sememangnya tidak ada masalah tetapi buat masa ini saya lebih selesa tidak menonjolkan diri. Utamanya laman ini sentiasa dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.


Saya berpendapat seperti sebelumnya, namun kita rakyat Malaysia bebas bersuara tetapi perlu berhati-hati kerana kita menggunakan the Mao-Tze-Dong approach iaitu pintu terbuka untuk perbincang tetapi bersiap sedialah untuk di tembak atau di kenakan tindakan ...

Selamat maju jaya



Hosted by www.Geocities.ws

1