Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
| -PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan
resolusi
1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat
didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
© PeNdiDik [email protected]
|
|
|

Pembaca-bil. 06/2005
Kecewa kemudahan parabola sekolah luar bandar masih tidak
dapat digunakan
5
Februari 2005
Pengirim : Guru
Prihatin
Saudara Pengarang,
SAYA guru di salah sebuah sekolah menengah di
daerah Ranau, Sabah.
Perkara yang ingin saya suarakan ini, pada hemat
saya, mewakili sebahagian besar suara hati guru-guru
yang mengajar di kawasan luar bandar atau pedalaman
yang tidak dapat dihubungi talian telefon di seluruh
negara.
Hal ini berkaitan dengan pembekalan parabola di
sekolah-sekolah di kawasan pedalaman atau luar
bandar. Di Ranau sebagai contoh, janji asal yang
diberi ialah pemasangan parabola itu siap selewat-lewatnya
sehingga Ogos 2004.
Malangnya, ada sekolah yang hanya menerima bekalan
parabola itu pada minggu kedua Januari 2005 dengan
janji pembekal, pemasangan akan dilakukan pada
minggu itu juga. Malangnya, kata tidak dikota.
Sehingga minggu ketiga Februari 2005, parabola
itu masih tidak terusik.
Pada pendapat saya, hal ini tidak sepatutnya berlaku
kerana di kawasan pendalaman, parabola itu boleh
membekalkan kemudahan telefon dan akses internet
bagi keperluan pengajaran dan pemelajaran.
Apalah ertinya Semakan Semula Sukatan Pelajaran
sejak 2001 yang menggariskan kurikulum 'akses
kendiri ke internet'itu, jika sehingga kini hal
itu cuma 'bahasa di atas kertas sahaja?" Masanya
sudah amat perlu bagi Kementerian Pelajaran untuk
memberi perhatian yang lebih seimbang kepada prasarana
di kawasan pedalaman sebagaimana di kawasan bandar.
Semoga suara kecil ini mampu menyumbang kepada
pembangunan pelajaran sumber manusia yang kita
tatang sekian lama. Terima kasih atas keprihatinan.
Salam perpaduan,
Guru Prihatin, Ranau
|
|