Pembaca -bil.6/2004 ... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 



Mendisiplin Pelajar: Guru juga yang tersepit

18 Mei 2004
Pengirim : Aminudin Daud

e-mel : [email protected]

Masalah disiplin sekolah memang satu isu yang sentiasa diperkatakan oleh warga pendidik dan ibubapa terutama yang melibatkan pelajar
di sekolah menengah. Saya merupakan warga pendidik yg hampir 16 tahun mengajar remaja dari kelas peralihan hingga tingkatan 5 selalu diberi kelas terbaik dan terakhir.Mengajar disekolah-sekolah kawasan bandar yang pelajarnya pernah mencecah 3300 orang dari komposisi kaum yang hampir setara iaitu melayu 40 %, cina 35% dan india 25% .

Bayangkan setiap ras mempunyai kerenah tersendiri. Alhamdulilah rasanya saya setakat ini saya lulus dalam menangani masalah yang berbangkit dengan P & P atau disiplinnya walaupun kandas dalam PTK. Anak didik kelas peralihan P 7 masih menyapa saya walaupun setelah tidak bertemu 15 tahun. Itulah hadiah bagi seorang guru.

Sepanjang perkhidmatan itu telah 4 menteri pendidikan bertukar ganti
masing-masing dengan dasar-dasarnya ada yang positif dan tak kurang yang membebankan warga pendidik walaupun beliau telah bertukar ke kementerian lain. Antara yang saya kurang setuju dan mungkin merupakan penyebab utama bertambahnya salah laku disiplin di sekolah ialah kenaikan automatik pelajar dari tingkatan satu hingga lima tanpa tapisan. Sebahagian pelajar datang ke sekolah tanpa motivasi untuk belajar, motif datang ke sekolah ialah untuk berjumpa kawan, mendapat wang poket dan ibu bapa merasa selamat anak mereka berada disekolah. Walhal guru -guru terpaksa berkerja keras mengawal disiplin kelas untuk membolehkan P & P berjalan.

Rasanya sebahagian besar tenaga guru digunakan untuk mendisiplinkan pelajar terutama di sekolah menengah. Guru-guru GSTT dari sekolah menengah yang ditukarkan ke sekolah rendah baru-baru ini memaklumkannya work load turun 70%, macam-macam perlu kena
buat dan direkod untuk mensahihkan salahlaku yg dibuat oleh pelajar jika masalah berbangkit. Pelajar yg dibuang sekolah diberikan sorakan selamat kembali oleh rakan-rakan. Ini sungguh memenat dan Sungguh
memualkan.

Guru datang untuk mendidik [core bisnes]tetapi terpaksa membuat pelbagai kerja pengkeranian yg melibatkan disiplin pelajar. Inilah warisan menteri pendidikan X. Pelajar yang memang sah datang ke sekolah untuk tidur dan menaikkan darah guru dengan pelbagai kerenah disimpan dari peralihan hingga ke tingkatan 5.Mood guru untuk mengajar menurun. Sabarlah !

Mereka ini bukan tak ada potensi untuk dipulihkan tapi korbannya terlalu banyak.Rakan-rakan di kelas yang ada keinginan untuk belajar turut merasa tempiasnya. Guru-guru baru yang mula posting mengeluh pedagogi yann masih segar dibawa dari maktab @ IPTA tak berkesan ,terpaksa minta tolong guru senior mengawal keadaan atau mengadu masalah pada kaunselor. Pesanan untuk mereka gunakan kebijaksanaan dan bijaksini kerana anda akan mengajar 25 tahun lagi. Saya dulupun bukan OK sangat!

Oleh itu disarankan perlu ada tapisan .Baru kita bersedia sama seperti PTK!. Syarat lama seperti di tingkatan 3 untuk ke tingkatan 4 perlu ada syarat minimanya. Jika ia dipraktikkan seperti tahun 70-an dulu sedikit sebanyak terdetik di hati pelajar aku kena belajar jika tak bye-byelah . Dan ibu bapa dan guru sekurang-kurang ada benda untuk dikata kepada anak atau pelajar masing-masing. Saya rasalah jika ini dipratikkan sedikit sebanyak masalah disiplin akan berkurang.

Kedua pihak-pihak yang berkenaan spt NGO atau parti politik kampenlah supaya lebih ramai warga dari ras cina dan india menceburi bidang pendidikan di peringkat sekolah menengah. jangan pikir sangat pasal gaji tapi fikirkanlah masa depan ras-ras anda. Jika diperingkat pra sekolah pihak anda bertungkus lumus membuka tadika, lanjutkan usaha murni ini di peringkat remaja. Mereka ini yang amat memerlukan sentuhan mereka yg lebih memahami budaya dan cara-cara yang lebih menyentuh. Ini bukan isu perkauman. Tapi cuba bayangkan satu sekolah yg ada 700 pelajar cina cuma ada 6 orang guru sebangsanya itupun perempuan dan ada yang ingin berhenti. Begitu juga dengan ras india. Macam mana masalah displin yg timbul dapat ditangani.
Kita cuba membantu setakat terdaya tapi perlu ada kerjasama dari pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini.



Hosted by www.Geocities.ws

1