Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas |
| -PENAFIAN-
PANDANGAN
DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI
WEB.
Paparan
terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan
resolusi
1024 X 768 px
Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat
didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.
© PeNdiDik [email protected]
|
|
|

Pembaca-bil. 05/2005
Teguran untuk guru pendidikan Islam
5
Februari 2005
Pengirim : Abdan
Syakura
Assalamualaikum.
TEGURAN ini khusus kepada sebilangan kecil Guru
Pendidikan Islam yang bergelar USTAZ. Walaupun
anda menganggap ia perkara remeh, tetapi inilah
imej dan nama yang anda ketengahkan pada masyarakat
umum.
Jika diperhatikan, terdapat segelintir GPI yang
suka MEROKOK sama ada di khalayak ramai mahu pun
secara sembunyi. Situasi ini lebih jelas ketika
mereka menghadiri Kursus Perdana bagi GPI yang
dibuat di sebuah hotel di negara ini. Kebetulan,
kakitangan jabatan saya turut menghadiri satu
kursus di tempat yang sama. Apabila tiba sahaja
waktu rehat, berpusu-pusu segelintir GPI ini masuk
ke tandas, merokok beramai-ramai. Ahh! Tidakkah
anda merasa sesuatu?
Saya dan beberapa rakan di jabatan yang tidak
terlibat dengan dakwah Islam, boleh 'berpuasa'
merokok semata-mata ingin menjaga nama baik jabatan
ketika kursus sedang berjalan. Bagaimana dengan
anda yang saban hari mengajar anak murid tentang
Islam, dan berdakwah dalam masyarakat. Setahu
saya, pernah dikeluarkan satu FATWA bahawa MEROKOK
itu HARAM? Jika anda yang alim tidak dapat patuhi
fatwa ini, bagaimana dengan masyarakat di luar
sana yang jahil?
Minta jasa baik Bahagian Dakwah di Jabatan Pendidikan
Negeri berilah nasihat kepada golongan kecil ini.
Saya hanya membuat teguran. Terpulang kepada anda
untuk menerima atau tidak. Tetapi ingatlah, janganlah
kerana tabiat anda itu memungkinkan masyarakat
memandang serong terhadap GPI dan para ustaz di
tanah air ini. Jangan kerana kerbau seekor membawa
lumpur, habis terpalit pada semua.
Sekian, wassalam.
|
|