Pembaca -bil.5/2004 ... 

Ilmu umpama air yang mengalir, tadahlah dengan hati yang ikhlas

-PENAFIAN-
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN SIKAP PENGENDALI WEB.

Paparan terbaik menggunakan Internet explorer 4.0 dan ke atas dengan resolusi
1024 X 768 px

Tiada Hakcipta Terpelihara
.Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan dan dihargai.

PeNdiDik 2000-2003© [email protected]

 



Laman Pendidik : Lebih kepada guru daripada pelajar

18 Mei 2004
Pengirim : Bukhari Shafie

e-mel : -


Assalamualaikum.
     Harapan saya pandangan saya tidak akan disekat untuk disiarkan dalam ruangan ini.

     Sudah agak lama saya mengikuti perkembangan laman Pendidik dan sudah pasti banyak manfaat yang diperolehi. Tahniah kepada saudara pengendali yang masih mengemaskini laman ini sekerap mungkin.

    Secara peribadi, laman ini sebenarnya lebih memfokuskan informasi kepada warga pendidik terutamanya guru-guru. Walau bagaimanapun artikel-artikel dalam ruangan berita semasa dan cermin diri sesuai untuk semua golongan.

    Saya banyak menggunakan artikel-artikel dalam laman ini untuk dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dengan penambahbaikan seperti membina soalan, meringkaskan petikan, rumusan malahan juga sebagai bahan bacaan untuk membantu memperkayakan pengetahuan dan kosa kata pelajar.

    Namun dilihat secara keseluruhannya, 95% dari kandungannya lebih berfokuskan kepada guru. Melihat kepada keperluan dan keberkesanan laman ini, adalah dicadangkan agar ruang khusus untuk pelajar diadakan. Ruang ini boleh dilengkapi dengan nota-nota, soalan-soalan dan juga berita berkaitan pelajar. Saya percaya manfaatnya bukan sahaja untuk pelajar tetapi juga ibu bapa dan guru.



Hosted by www.Geocities.ws

1