|
Aku
ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin
setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja
sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur
rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam
makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah,
iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena
telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah
tak kisah lagilah..
Ceritanya
begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih
lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum
aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk
aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak
pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan'surprise'
isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan
sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa
biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat
sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh
bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan
angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang
sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya
tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul
dulu kasi padu..
lepastu
aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku
bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit
macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku
sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata
'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..
laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain
penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku
lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku
dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah
rumah aku pun ada!!. ?MAMPUS...
|