| "Abang
ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan
pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya. "Cantik isteri
abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat
la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar
nak bertolak pulang ke kampung."Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru
kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada
isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil
masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat
kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza."Tak sabar rasanya
nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.Sedikit demi sedikit
Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju
dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai
ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula
memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya
yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya. "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai
kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan
laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya. "Rileks Liza, tak ada apa-apa," Usin terus memotong
bas ekspres di depannya tanpa was-was. "Haaa..kan, tengok. Tak ada
apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok
abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak
ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan
untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang
besar dan gagah dan..... BANGGGGG!!!!!!!!!..................
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak?
Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?"
Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya
lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang
Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin
masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan
tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak
la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu
la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!"
emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Usin tersengih
keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut aje! " hehehe.......
|