 |
Pada
zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri CT
Ixabelle. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda
yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu
dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka arakian
meraka akan cair jua.
Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka,
dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja pun membawa puteri berjumpa
dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh
tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang
sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda
tersebut.
Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa
barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang
tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu.
Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki datang membawa benda masing-masing
dengan harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung.....
Amat malamg,kesemua peserta lelaki gagal dalam pertandingan tersebut sehinggakan
logam Titanium & batu berlian pun menjadi cair bila disentuh puteri
tersebut.
Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Maharaja: Ha, apa benda yang kau
bawa tu?
Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun!
Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang
je?
Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu
ada dalam poket hamba ini.
Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu.
Biar puteri Beta cuba memegangnya.
Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak
memegangnya,seluklah dalam poket hamba ini...
Maharaja: Hmmmm.... Kalau begitu, baiklah!
Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak-agak
sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu.
Kemudian puteri terpegang sesuatu... Mukanya merah menahan malu. Lelaki
itu hanya tersenyum saja.
Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana
malu. Maharaja hairan...
Maharaja tanya puterinya
Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?
Puteri: Dapat....
Maharaja: Benda tu cair?
Puteri: Tak....
Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi
menantu Beta!
Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......
Tapi..... Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? Dan kenapa
benda tu tak cair? Apakah yang korang rasa puteri itu telah Pegang? Apa
yang korang terlintas dalam kepala korang haaaaa?Hehehehehehehehehe.....
BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M
CAIR DIMULUT, TAK CAIR DITANGAN!
KORANG INGAT APA? OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...
TAK SESUAIII TAU KORANG
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH |