Pendaftaran
- pendaftaran ahli akan dijalankan pada minggu pertama dan kedua setiap tahun.
Yuran
- seseorang ahli mesti menjelaskan yuran yang ditetapkan oleh persatuan (RM4.00)
- keahlian seseorang murid tidak akan diambil kira selagi yurannya tidak dijelaskan.
Kehadiran
- kehadiran ahli-ahli pada setiap perjumpaan adalah wajib.
- Ahli-ahli yang tidak dapat menghadiri perjumpaan atas alasan yang munasabah perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada guru penasihat.
- Keahlian persatuan hanya akan diambil kira apabila kebenaran dan penglibatan dirinya dalam aktiviti-aktiviti persatuan didapati memuaskan pada sepanjang tahun.
- Tindakan akan diambil ke atas ahli yang tidak hadir dalam perjumpaan tanpa alasan yang munasabah termasuk menolak markah meritnya (-2 bagi setiap ketidakhadiran)
- Keahlian akan digugurkan sekiranya gagal menghadiri perjumpaan untuk 3 kali berturut-turut.
- Ahli-ahli yang tidak membawa kad kuning atau buku koko akan didenda sebanyak 20 sen bagi setiap perjumpaan.
- Jika datang lambat, ahli mesti melaporkan diri kepada presiden atau setiausaha serta memberikan alasan yang munasabah.
- Denda sebanyak RM2 akan dikenakan sekiranya ahli tidak menampilkan surat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga dalam masa seminggu.
Perjumpaan dan aktiviti
- Ahli-ahli tidak dibenarkan bercakap semasa perjumpaan kecuali diarahkan oleh guru penasihat atau A.J.K-A.J.K Tertinggi .
- Ahli yang lambat untuk latihan kawat akan dikenakan denda lari 1 pusingan padang bagi setiap 15 minit yang lewat.
- Ahli yang tidak dapat menghadiri aktiviti yang ditugaskan dikehendaki memberitahu pihak yang bertanggungjawab sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari yang ditetapkan.
- Untuk menjayakan Program Sri Aman Indah, ahli-ahli mesti datang untuk tugas masing-masing.
- Semua ahli dikehendaki mambawa kotak pertolongan cemas (first aid kit); buku nota; dan barang yang diperlukan setiap masa perjumpaan.
- Ahli mesti mengambil bahagian dan aktiviti persatuan sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun.
- Ahli mesti menjalakan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.
- Ahli yang mewakili persatuan untuk menghadiri aktiviti luar sekolah akan diberi markah sebanyak 2 merit.
- Semasa menghadiri aktiviti �aktiviti sekolah dan di luar sekolah; ahli mesti berpakaian uniform atau pakaian yang ditetapkan.
- Sesiapa yang tidak menghormati guru-guru penasihat dan A.J.K-A.J.K tertinggi akan ditolak markah termasuk waktu perjumpaan dan persekolahan.
Pakaian dan lain-lain
- Ahli-ahli perlu memakai pakaian yang telah ditetapkan iaitu T-shirt RC dan seluar putih atau trek bottom sekolah pada setiap aktiviti.
- Ahli tidak dibenarkan memakai jam tangan dan alatan kemas semasa latihan kawat.
- Ahli mesti menukar kemeja T-shirt RC kepada T-shirt yang lain setiap kali selepas perjumpaan.
- Ahli mesti memakai lencana kolar atau badge colar PBSMM setiap kali pada waktu persekolahan.
Am
- Semua ahli dikehandaki sentiasa merujuk kepada papan kenyataan PBSMM untuk maklumat terkini.
- Semasa perjumpaan diadakan, setiap ahli mesti menggelar antara satu sama lain,CIK, sebagai satu tanda hormat antara ahli.
- Ahli mesti berdiri tegak semasa memberi ucap, menyanyikan lagu PBSMM dan dalam sebarang aktiviti rasmi.
- Sesiapa yang menarik diri daripada persatuan tanpa alasan yang munasabah akan ditolak sebanyak 10 markah.
- 7 prinsip asas PBSM adalah WAJIB dipatuhi.
- Semua ahli di kehendaki mematuhi peraturan-peraturan di atas.
- Tindakan akan diambil bagi sesiapa yang melanggar peraturan.