Teluk Salang Coral Transplantation
Underwater Photos taken by LATK Manas Haron
Unit Taman Laut Negeri Terengganu, Jabatan Perikanan Malaysia (2001)

Sila Klik atas gambar untuk lihat gambar yang lebih besar:
Arah mata angin ditentukan terlebih dahulu. Ini adalah untuk menanam transplant dalam keadaan asal dari segi orientasi mata angin. Kita mengambil iktibar dari pokok yang peratusan survival-nya lebih baik, mudah pulih jika ditanam dalam orientasi asal. Kerana daun2 dan dahannya telah pun diadaptasi kepada arah cahaya matahari. Sekian lama dedaunnya dan dahan tersusun selari dengan tindakbalas fototaksis (Phototaxis). Demikian, lebih nyaman jika tiada tekanan baru (perbezaan arah cahaya matahari) dikenakan terhadap transplants di kawasan baru. Bakul "stainless steel" untuk mengangkut batu karang ditanda dengan strip plastik (sisi timur, barat, utara dan selatan), sebuah kompas juga digunakan. Bakul diletakkn di atas dasar dengan melepaskan udara secukupnya dari air bag. Kemudian transplants yang diambil dari donor colonies diletakkan di dalam bakul dalam orientasi seperti mana asal. Apabila selesai, beg udara diisikan udara supaya mengapung secukupnya (seimbang) dan mudah di bawa ke kawasan baru. Dalam setiap peringkat, kecederaan kepada batu karang mesti dielakkan. Samada kepada transplants atau donor colonies.
Menanam batu karang diatas hamparan dawai mata punai yang dilekatkan di dasar dengan pencucuk-sangkut besi. Ikatan adalah dengan menggunakan dawai besi halus. Dawai ini dijangka akan hilang sepenuhnya dalam masa setahun. Ianya bertindak sebagai benang "catgut suture" dalam bidang perubatan dan pembedahan. Mengikat batu karang supaya tidak mudah tumbang oleh tindakan arus. Apabila dawai mata punai mulai reput, batu karang sudah boleh berdiri dengan sendiri dan juga dapat menyokong koloni berjiranan
Transplanting, atau memindah tanam perlu dilakukan dengan berhati-hati. Tidak sekali-kali memegang bahagian yang polipnya hidup. Harus pegang sahaja di bahagian rangka yang telah mati (bahagian bawah). Transplant tidak bagus didedahkan kepada udara terlalu lama dalam bot semasa memindahkan dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Paling bagus jika langsung tidak didedahkan kepada udara. Jika lokasinya nya adalah dekat, maka perlu penyelam membawanya dengan menyelam ke tapak baru. Kedalaman air dan paramater alam persekitaran baru sebaik boleh hendaklah dipastikan paling hampir kepada alam persekitaran asal. Ini termasuklah jenis substrat, arah dan halaju arus, koloni jiran, kemasinan air, suhu, kejernihan air, air bersih tidak tercemar dan sebagainya.
a good job well done
by
dedicated marine park rangers
working hard all day long
to esure healthy
transplanted corals being kept alive

Panduan Transplantasi Batu Karang


Bagaimana Harus Diperlakukan

Garis Panduan Bagi Memindahkan Batu Karang
Di Pulau Perhentian Besar, Terengganu.

(Laluan Bot Jabatan Bekalan Air ke Teluk Dalam).

* Batu Karang yang hendak dipindahkan perlu dipastikan supaya tidak tercedera, patah atau tercalar melebihi 80% dari permukaannya.

* Kerja-kerja pembongkahan batu karang perlu dilaksanakan dengan teliti oleh penyelam.

* Batu Karang yang dipindahkan tidak boleh diangkat melebihi paras 2 meter dari paras asal ianya terletak semasa menjalankan kerja pemindahan.

* Batu Karang yang dipindahkan tidak boleh dikeluarkan dari air. Semua kerja perpindahan perlu dilaksanakan dalam air.

* Kerja pembongkahan tidak boleh menggunakan alat penyembur air bagi mengelakkan kekeruhan air akibat apungan bahan substrat di dasar laut.

* Batu Karang yang dipindahkan hendaklah diletakkan di atas bahan-bahan batu karang yang telah mati.

* Batu Karang yang dipindahkan tidak boleh disusun atau diletakkan di atas batu karang yang masih hidup.

* Batu Karang perlu dipindahkan di kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Perikanan Malaysia.

* Semasa menjalankan kerja pemindahan, pekerja ( penyelam) dilarang memijak, melanggar atau memegang batu karang yang tidak terlibat dengan pemindahan.

* Kerja-kerja pemindahan hendaklan dilakukan secara " manual " bagi meningkatkan kadar hidup (mengurangkan kadar kematian) batu karang yang hendak dipindahkan.




Coral Transplantation In Malaysia

Why ?

In Malaysia, the coral transplantation activities conducted mainly for mitigation purposes in making way for development in coral reef areas. Following are a few examples of coral transplantation activities in Malaysia.

(1) To make way for jetty construction in coral reef areas for example: Salang Bay, Pulau Tioman and Pulau Kapas, Terengganu.
A jetty has to be constructed right on the pristine coral reef. Step taken was to divert the path of the jetty to a less dense coral swath. Then the shape of the jetty was made crooked to avoid the corals at the end of the reef. The corals on the path shall have to be removed and transplanted else where of similar surroundings in the vicinity so that they are not damaged or smothered by the construction works.

(2) To make way for Airport Construction. At Kg. Genting, Pulau Tioman, a new runaway has to be built to cater for bigger aircrafts such Fokker 50 or Boeing 737. It has to be built with a certain specifications with due regard to length and breadth. Pulau Tioman being a mountainous island, lacks enough flat land conducive for such purpose. Thus part of the runaway has to be built on the sea itself. The obvious solution is land reclaimation, thus it will involve the coral reefs of course. Efforts were made to save the corals in the affected area. These corals were removed and transported else where within Tioman waters to be transplanted. Care was taken not to injure the corals and their survival ensured. New locations were chosen of similar characteristics of the origin. Transfer time was shorten as best as possible as not to expose the corals to stress than that neccessary.
The coral reefs that occur in Tioman and most of Peninsular Malaysia, are those of the fringing type. Harnessing the shore as though as a belt to the island coastline. The role of the reefs are undisputed as protection of the the shore against the unfriendly sea and against the pounding waves.

(3) To make way for jetboat passage at Teluk Dalam Pulau Perhentian, Terengganu. The Jabatan Bekalan Air Terengganu (Trengganu Water Supply Department) has a water treatment facility at Teluk Dalam. They need to, from time to time, maintain that facility and bring in supplies. They has decided that they are not going to built a jetty for that purpose but opted for the use of a JetBoat. And they have requested to clear the path of corals. So that their boat do not get damaged and so were the corals. One way was to removed the corals and get them transplanted else where. That is in areas of the reef with similar features so as to ensure the survival of the transplants.

Hosted by www.Geocities.ws

1