Hosted by www.Geocities.ws

 

                                                                                                                                                            Home     l     Guestbook     l     Forum     |   Download
Kampung Patau, 89657 Tambunan, Sabah Malaysia                              About     |     Services     |     Music     |     Video     |     Imej     |     Contact    
..::patauboys home studio::..    Welcome   ..::patauboys home studio::..    Selamat datang   ..::patauboys home studio::..    Kopisanangan


PA System, sewa muzik Keyboardist dan lain-lain.

 

13

SEJARAH

patauboys home studio (phs) ini ditubuhkan oleh anak kampung ‘PATAU’ dan ‘BOYS' digabungkan kerana bermulanya karier seni dan muzik sejak zaman bangku sekolah/ remaja dengan sokongan padu rakan-rakan di seluruh Malaysia amnya.

PATAU= Kampung Patau

BOY= Kumpulan Lelaki/ Tongokusai (Junior & Senior)

S= Kumpulan Perempuan/ Sumandak (Junior & Senior)

11

TUJUAN

PATAUBOYS mahu memperjuangkan seni muzik genre tempatan, nusantara dan antarabangsa.

9

PERKONGSIAN

Penciptaan lagu tidak sukar jika anda sangat minat dalam bidang ini. Sampai pada suatu ketika timbul kontroversi bahawa lagu Sayang Kinabalu ciptaan si Kent, info daripada Mr. Adding daripada Etnik Muzik Production (EMP). [1.55-2.09 pm 29.09.2007].

"Lagu dan lirik SAYANG KINABALU adalah karya adik kimin mudin iaitu komposer ASMIN MUDIN. lagu tersebut pertama kali dinyanyikan oleh Asmin sendiri semasa Roslan Aziz Production membuat konsert di Sabah sekitar tahun 90an. Pada masa itu Asmin masih lagi sebahagian ahli Roslan Aziz Prod. EMP menyokong penuh Patauboys semoga terus berjaya..."

Sejak tahun 2000 saya membeli album-album yang baik mutunya untuk kajian bagi menambahbaik lagu-lagu ciptaan saya. Cth; Album si Jestie semua saya beli begitu juga si Peter abangnya sebab ciri-ciri dan mutu lagu serta muzik mereka ada keistimewaannya yang tersendiri. Lagipun si Peter Alexius senior saya ketika SMK Gunsanad tahun 1996, saya tahu kehebatan seni suara dan petikan g24-Mar-2009 7:55 PM

Berbalik kepada pokok cerita ; Untuk mencapai impian 10 tahun akan datang anda perlu berusaha dari sekarang mencari laluan dan berusaha 'menuju puncak' supaya nama serta keupayaan anda dipercaya24-Mar-2009 7:55 PM dugaan dalam mengharungi bidang ini. Kesabaran dan keyakinan diri perlu kukuh dan sentiasa menerima idea dan komen orang lain dengan terbuka.

Saya tidak bekerja seorang tapi dengan sokongan rakan-rakan yang kebanyakannya sekarang jauh di mata tetapi anda dekat di hati saya.

Pada tahun 1999, sewaktu menuntut di UKM saya dengan rakan-rakan bercita-cita merakam album pada tahun 2000. Namun kekangan kewangan dan formasi kami ketika itu menjadi penghalang. Sememangnya niat kami itu akan tercapai kelak seandainya rakan-rakan saya dapat dihubungi dan saya boleh menghubungi anda.

8

PENDORONG

1. SMK Tambunan 1995

Rayner Dominic, Bridger Thomas, Jude Baidis, Vitus Bailen, Richard Joseph, Diana Mattris, Fedelia Kimon, Thecla Basil, Connoly Justin, Jawanie Crispin, Jahimin Angau.. dan lain-lain..

2. SMK Gunsanad 1997

Macregore Gruntjen Evan, Sius Sutin, Donny Antalai, Bridger Thomas, Rayner Dominic, Johnny Dakun, Timothy Majail dan lain-lain...

3. UKM 1998-2001

Vitus Bailin (Tbn), Anthony Rimeh (Nbwn), Teuku (Indonsia), Awang, Roslee Kahipin (Kgau), Claudius Jaunti (Kgau), Hellyson Mijia (K. Mrudu), Romeno Suali (Tmpruli), Basir Quirino (Smporna), Rosli Siji (Twau), Omar Istino (Smporna), Fathal Syazli (Kgau), John Aping (Kgau), Sajidkhan (Twau), Sudirman (KK), Sirajuddin (Twau), PERMIS UKM, All Sabahans.

Jovita, Joan Daniel, Delce Vincent, Jennifer Sebastianus, Diana Mamprok, Emily,

Che Farah Azura (Penyanyi-Kelantan), Hamimah Mohd Yusof (Penyanyi-Johor), Noey (Kasi pinjam satria), Muazir (penari latar, kareographer), Clare Ann (KK), Unit Kebudayaan UKM dan Kelab Artisukma.

7

KRONOLOGI

1995 (SMK TAMBUNAN) - Mencipta lagu sempena majlis perpisahan Asrama.

1997 - 1998 (SMK GUNSANAD) - Mencipta lagu sempena Minggu Pengurusan Asrama dan Majlis Perpisahan.

1998 (Bamboo Sound) - Bersama dengan En. Francis Landong memprogram muzik dalam studio.

1998 (Kg. Patau) - Giat mencipta lagu sewaktu menanti keputusan STPM. Keyboard Technics milik Suhaimi menjadi instrumen mengiringi lagu.

1998 (Putatan Square) - Menghadiri Kursus Penulisan Lirik Lagu oleh: En. Asmin Mudin.

1999 (UKM) - Mendapat bantuan compose muzik daripada jurulatih muzik En. Razey di Kuala Lumpur.

2000 (Selangor) - Pertandingan Mencipta Lagu Peringkat IPT (N. Johan-peringkat UKM dan Johan peringkat IPT di Uni. Malaya).

2004 (patauboys.exe) - Menubuhkan premis perniagaan berasaskan ICT di Kg. Patau.

2006 (Midispecialist) - Membeli peralatan daripada MIDISPECIALIST, KL dan nasihat daripada Mr. Dennis Toh.

2006 (Hollywood Muzik KK) - Membeli peralatan dan bantuan nasihat daripada En. George Sanged (sound engineer).

2007 (patauboys home studio-PHS) - Memulakan projek kompose lagu berasaskan MIDI & rakaman suara.

2008 (phs) - (Mei - Ogos) Pembinaan Bangunan Premis (Studio) di Kg. Patau Tambunan.

2009 (phs) - Memulakan pembikinan Album patauboys Vol.1

6

KEMAHIRAN

Menggabungjalin beberapa kemahiran seni muzik, foto dan video menggunakan platform tertentu (software) untuk menghasilkan produk digital seperti CD, VCD & DVD.

Mahir ICT & Mahir bermain instrumen muzik serta kreatif menyusun/ mengadun muzik.

Bidang Seni Visual diceburi sejak sedekad yang lalu.

5

MODAL

PATAUBOYS HOME STUDIO ditubuhkan dengan modal kira-kira RM20,000.00.

Premis PATAUBOYS menelan belanja RM 24,000.00

4

SASARAN

PATAUBOYS HOME STUDIO mensasarkan golongan peminat, pencipta lagu, jurugambar, pelukis, penyanyi, pemuzik, guru dan sebagainya.

3

KEKUATAN

Nama PATAUBOYS sebenarnya telah lama dikenali oleh kebanyakan rakan-rakan di Sabah khasnya dan Malaysia amnya kerana menyerlah dengan pencapaian dalam penciptaan lagu sehingga menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan suatu ketika dahulu.

Pasangan hidup dan keluarga turut memahami kejaya seni dan sentiasa memberikan sokongan serta teguran membina.

Kombinasi anggota PHS sangat sempurna kerana latar belakang seni serta kecenderungan mereka terhadap dunia digital dan ICT yang kuat.

Sedia menerima teguran dan komen demi memperbaiki mutu produk.
(Mr. Samuel Sunggip. "Telah setahun saya melihat perkembangan patauboys, muzik patauboys sudah melakar identiti tersendiri")

PATAUBOYS kini diterima ramai sehingga ada yang tertarik untuk menjadi anggota dan krew produksi.

2

MISI & VISI

PATAUBOYS HOME STUDIO mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik.

PATAUBOYS HOME STUDIO dapat mewujudkan suasana produksi yang ceria umpama sebuah KELUARGA.

PATAUBOYS HOME STUDIO dapat menghasilkan produk versi PATAUBOYS yang berkualiti dan 'evergreen' .

1






      

Hosted by www.Geocities.ws

24-Mar-2009 7:55 PM 1