Teori Keperluan Motivasi McClelland Oleh David C. McClelland

 

3 jenis keperluan motivasi asas

i) Keperluan terhadap kuasa

ii) Keperluan terhadap penggabungan

iii) Keperluan terhadap pencapaian.

Bekerja untuk capai matlamat. Oleh itu, keperluan terhadap pencapaian adalah sangat penting.

 

1.    Keperluan terhadap kuasa

Orang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap kuasa begitu memberi perhatian untuk menjalankan pengaruh dan kawalan. Individu seperti ini mencari kedudukan kepimpinan.

 

Sifat / Tingkahlaku

  1. Mereka adalah ahli bercakap.
  2. Lantang bersuara.
  3. Keras Kepala.
  4. Banyak tuntutan.
  5. Mereka gemar mengajar orang.
  6. Bercakap di depan umum.

 

2.    Keperluan terhadap Penggabungan

Orang yang mempunyai keperluan yang tinggi terhadap penggabungan selalunya mencapai kenikmatan dengan dikasihi. Cenderong untuk mengelakkan rasa keciwa daripada disingkir oleh sesuatu kumpulan sosial.

Sifat / Tingkahlaku

  1. Berusaha memelihara hubungan sosial yang baik
  2. Menikmati perasaan mesra.
  3. Saling memahami.
  4. Bersedia untuk menghibur.
  5. Membantu orang dalam kesusahan.
  6. Menyenangi hubungan ramah dengan orang lain.

 

3.    Keperluan terhadap Pencapaian

Orang dengan keperluan terhadap pencapaian yang tinggi sangat-sangat menginginkan kejayaan pada masa yang sama teramat khuatir akan kegagalan.

Sifat / Tingkahlaku

  1. Mereka mahu dicabar.
  2. Menetapkan matlamat yang agak sukar (tetapi bukan mustahil) untuk diri mereka sendiri.
  3. Mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko.
  4. Lebih kepada penganalisis dan menilai masalah.
  5. Lebih gemar memikul tanggungjawab peribadi untuk melaksanakan sesuatu tugas.
  6. Menyukai maklumbalas yang tepat dan cepat terhadap prestasi mereka.
  7. Seringkali gelisah.
  8. Gemar bekerja hingga larut malam.
  9. sering kali tidak risau jika gagal (jika benar-benar terjadi)
  10. Cenderong untuk melakukan sesuatu seorang diri.
Hosted by www.Geocities.ws
GridHoster Web Hosting
1