Tajuk Artikel :

" Perancangan Pengurusan Kakitangan Profesional Pemangkin Kejayaan Program Akademik "

 Penulis Artikel :

En. Ahmad b. Isa, Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang (1), Johor Bahru,Johor.

Sumber Artikel:

Majalah Sinar Budi, Keluaran 5 , 01 Disember 1997, m/s 21-24. Jabatan Pendidikan Daerah Johor Bahru,Johor Bahru,Johor.

 Pembentang :

Farzeli b Che Mat Mustafa, PGE 99022, 681231-02-5077


1. DEFINISI

Perancagan pengurusan kakitangan profesional yang berkesan dalam sesebuah institusi amat penting kepada kejayaan program akademik keseluruhannya. Guru terutamanya merupakan sebahagian daripada input, masih mempunyai kekurangan untuk menjamin keberkesanan proses dan kualiti output serta outcame dalam program akademik.

    1. Marwin W. Peterson (1977) menerangkan perancangan dalam konteks institusi ialah satu proses yang berterusan bagi sesuatu institusi menentukan keadaan semasa dan masa depan serta mengenalpasti kemungkinan yang bakal dihadapi.
    2. Al Ramaiah (1992) pula merujuk pengurusan profesional guru dalam konteks mengadakan program atau kursus latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan meningkatkan profesionalisme guru, kecekapan dan keberkesanan kakitangan (guru) yang sedang berkhidmat serta memegang jawatan di sekolah.
    3. West (1989) pula berpendapat bahawa pengurusan kakitangan profesional yang cekap mesti mempunyai prinsip, antaranya ialah semua kakitangan berhak mendapat / mengikuti program pengurusan profesional dan program tersebut mestilah menjadi satu budaya organisasi.

Daripada keterangan-keterangan di atas, dapatlah dirumuskan tentang perancangan pengurusan kakitangan profesional yang berkesan di sekolah boleh menjadi pemangkin program akademik keseluruhannya.

 

2. PROSES KEGAGALAN

Terdapat kekurangan berlaku dalam konteks profesionalisme guru sebagai satu sumber input dan fenomena ini sebenarnya memberi kesan kegagalan program akademik keseluruhannya. Ianya dapat diterangkan menerusi rajah seperti di bawah :

wpe2.jpg (2793 bytes) ------> wpe5.jpg (2774 bytes)------> wpe6.jpg (3746 bytes) ------> wpe7.jpg (3888 bytes)

Kesimpulannya, perancangan pengurusan kakitangan profesional yang berkesan amat penting kepada kejayaan akademik secara keseluruhannya.

  

3. FAKTOR-FAKTOR KEKURANGAN KEPADA GURU

3.1    Tahap Kelayakan Yang Rendah Untuk Menjawat Jawatan Sebagai Guru.

a.    Guru Sandaran Tanpa Latihan (GSTL / GSTT) :

        Kajian yang dilakukan oleh Noran Fauziah Yaakub (1994) terdapat 1652 orang guru GSTL di sekolah menengah.

        Guru Lepasan SPM:

      1. Keadaan ini tentu sahaja tidak menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran jika             dibandingkan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru berijazah.  Oleh itu, guru-guru perlu memiliki ijazah sekurang-kurangnya beserta dengan Diploma Pendidikan.

                Guru Kurang Berkemahiran Dalam Penggunaan Alat Teknologi Pendidikan (ABM / BBM).

                     i) Kurang kemahiran terutama penggunaan alat teknologi pendidikan.

                     ii) Blondin dalam Abdul Rahman Daud (1995) berpendapat :

                         " salah satu faktor penghalang alat teknologi pendidikan ialah kekurangan kemahiran guru ".

                            contohnya , guru tidak mahir menggunakan ABM seperti OHP atau slide.

                               iii)     Teknologi ialah input yang dapat meningkatkan kualiti kejayaan program akademik. Oleh itu, guru                                  yang kurang berkemahiran akan menyebabkan kurang satu faktor penyumbang keberkesanan proses                                  program akademik. Perancangan Pengurusan kakitangan profesional dalam konteks memberi latihan                                  kemahiran penggunaan alat-alat teknologi adalah penting.

                                Aziz (1993) menyatakan :

            " Latihan dalam perkhidmatan adalah berfeadah kepada guru-guru dan pihak sekolah .                Guru-guru yang mempunyai banyak pengalaman dari mengikuti latihan, lebih banyak                 menggunakan media teknologi daripada mereka yang hanya mempunyai pengalaman tanpa                 latihan ".

b)    Sikap Guru.

Guru tidak mempamerkan kualiti dan profesional mereka sebagai input yang dapat menjamin kejayaan program akademik keseluruhannya. Ada segelintir guru yang tidak mahu meningkatkan penguasaan ilmu dan disiplin yang diajar serta memperbaiki keadah dan teknik pengajaran.

Al Ramaiah berpendapat :

    " Tugas mengajar menjadi kurang efektif selepas 5 tahun ".

Justeru itu, diperlukan perancangan pengurusan guru profesional seperti menerusi program motivasi, perkembangan staf dan teknik pengajaran sesuatu subjek. Situasi ini perlu melibatkan semua guru dan menjadi budaya tradisi sesebuah sekolah.

 

c)    Cabaran Menghadapi Perubahan

  1. Guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.
  2. Perubahan program, projek dan kurikulum yang baru kerana perubahan dan pembaharuan adalah berterusan. Oleh itu, kursus, latihan dan peningkatan tahap kelayakan dari masa ke semasa penting disediakan kepada guru-guru untuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka sebagai agen perubahan.

 

d)    Pemintaan Pelanggan / Klien Pendidikan

  1. Masyarakat, kerajaan, badan-badan profesional, pihak swasta dan lain-lain berharap output / outcome yang dikeluarkan daripada sekolah mempunyai standard yang dapat memenuhi keperluan semasa.
  2. Oleh itu, satu rancangan perlu disediakan untuk guru-guru seperti latihan pengendalian multimedia dan penggunaan internet yang dapat membantu pelajat (output) yang cekap dan mahir dalam disiplin ilmu teknologi maklumat (IT) bersesuaian dengan tuntutan klien pendidikan hari ini.

 

e)    Institusi Yang Berpecah Dan Tidak Sepadu.

  1. Wujud "loose coupling" dalam organisasi sekolah di mana warga sekolah (guru,pengetua Penolong kanan, penyelia petang dan lain-lain) tidak mempunyai matlamat dan minat yang sama.
  2. Contohnya, dalam penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) :
    1. Pengetua : bertindakbalas dengan baik dan berinisiatif mencapai falsafah tersebut.
    2. Guru-guru : tidak pernah ambil peduli tentang falsafah itu.
    3. Kakitangan sokongan : tidak tahu adanya falsafah tersebut.

 

Fonamena ini sudah tentu mengganggu keberkesanan kualiti input dan mengugat kelancaran proses serta mengagalkan output / outcome program akademik. Oleh itu, satu perancangan pengurusan kakitangan profesional perlu disusun secara berkesan serta melibatkan semua kakitangan di sesebuah sekolah untuk menjurus kepada penyatuan pegangan dan reaksi yang sama dalam kaitan falsafah dan matlamat, demi kejayaan program akademik keseluruhannya.

 

f)    Teori Dan Konsep Pembelajaran Orang Dewasa Diabaikan.

  1. Coleman (1976) dalam Al Ramaiah (1992) berpendapat :
  2. " Guru-guru di sekolah yang mengikuti kursus atau program latihan selalunya menerima serta berbincang menerusi bengkel idea, konsep , pengetahuan dan kemahiran baru tetapi apabila mereka bertugas semula di sekolah, segala yang mereka perolehi tidak dipraktikan di sekolah ".

  3. Contohnya latihan dalam perkhidmatan akan menjadi milik peribadi bila sampai ke sekolah. Perkongsian idea atau konsep tidak disebarkan kepada guru-guru di sekolah.

 

4. REALITI DI SEKOLAH

Perancangan pengurusan kakitangan profesional mempunyai kaitan dan kebergantungan kepada beberapa dimensi seperti teknikal, budaya kerja dan manusia.

 

1.    Dimensi Teknikal

  1. Terdiri daripada prosedur-prosedur dan sumber-sumber yang dapt membantu meningkatkan kualiti guru. Dimensi ini meliputi buku teks, kurikulum, penyeliaan, penilaian guru dan kemudahan infrastruktur yang memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Contohnya, sukar seseorang guru yang cekap dan mahir menggunakan komputer sekiranya komputer tidak dibekalkan ke sekolah.

 

2.    Dimensi Budaya Kerja

  1. Ia merujuk kepada pola interaksi dan komunikasi, sokongan bantuan dan kerjasama yang wujud di sekolah. Budaya kerja yang positif dan produktif akan menyumbangkan kepada kejayaan program akademik keseluruhannya.
  2. Contohnya, guru yang mempunyai kepentingan peribadi dan tidak sehaluan dalam menapai matlamat dan cara penyelesaian sesuatu masalah akan mengugat proses dan seterusnya menghasilkan output yang kurang atau tidak berjaya.

 

3.    Dimensi Manusia

  1. Peterson (1992) berpendapat :
  2. " Excellent enters an organisation through its people. Their attitude, experience, training and objective combine to provide quality performance. But this powerful combination requires planning, and it needs support over a long period of time ". Jelas bahawa input manusia merupakan aset yang bernilai kepada sesebuah organisasi.

  3. Contohnya, ketiadaan OHP di sekolah tidak akan menjadikan alasan untuk tidak berusaha menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru boleh mencari alternatif lain seperti menggunakan papan gulung, carta dalam penyampaian pengajarannya.

 

5. KESIMPULAN

  1. Perancangan pengurusan kakitangan profesional merupakan satu alat untuk memperkembangkan lagi potensi manusia sebenar.
  2. Sekolah tidak akan berjaya tanpa wujudnya kakitangan profesional yang mahir dan cekap mengendalikan sumber tersebut walaupun terdapat sumber kewangan dan peralatan di sekolah itu.
  3. Kejayaan program akademik di perngkat sekolah bergantung kepada guru dan pentadbir / pengetua yang profesional.
  4. Profesional yang efektif bergantung kepada perancangan pengurusan kakitangan yang efektif.

 

 

MODEL PLAN STRATEGI UNTUK SUMBER MANUSIA

(Proses-Proses Perancangan Sumber Manusia)

wpe8.jpg (4140 bytes)

wpeA.jpg (4580 bytes)

  wpeB.jpg (4864 bytes)

wpeC.jpg (4044 bytes)

wpe9.jpg (4828 bytes)

 

 

FUNGSI SUMBER MANUSIA

 

Dimensi Organisasi         Dimensi Manusia         Dimensi Kepercayaan

 

Dimensi Budaya                  Dimensi Misi            Dimensi Persekitaran

[keenam-enam demensi ini saling berkait antara satu dengan yang lain]

Hosted by www.Geocities.ws

1