Ceramah Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan
Oleh : En. Farzeli b. Che Mat Mustafa
.Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Menengah Bantuan Saint Patrick, Mukah.
1. Pengenalan :
Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah.
Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai..
2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ?
Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ? Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran :
2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat.
2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan..
2.3 Pegangan hidup " Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum".
2.4 Peraturan yang teliti dan cekap.
Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti pendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama.
Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda :
2
. BERTANYA.
Faedah Bertanya :
Masalah Bertanya:
- Pelajar sememangnya ingin bertanya
Saya takut ?
Ringkasan:
3. CARA MEMBACA
.Tujuan :-
- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.
Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
Cara Membaca:
Ringkasan :
4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.
Faedah-Faedah Rujukan :
Bilakah Masa Yang Sesuai:
Ringkasan:
5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya.
Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
Masa dan Cara Membuat Persediaan :-
Ringkasan :
6. MEMBUAT NOTA.
1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat.
2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya.
Faedah-Faedah Membuat Nota :
Jenis-Jenis Nota :
Ringkasan :
7. JADUAL WAKTU:
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja.
2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan.
Penyusunan Jadual Waktu Satu Panduan.
Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.
Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut :
Ringkasan :
8. MENGULANGKAJI.
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.
Kepentingan Mengulangkaji:
Jenis-Jenis Ulangkaji:
1. Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
Ringkasan:
2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.
9. MENIMBULKAN MINAT
Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.
Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.
Bagaimana Menimbulkan Minat:
Sebab 1 :
Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
Sebab 2 :
Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
Contoh : membuat umai..
Sebab 3 :
Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
Contohnya : perusahaan sago.
1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal.
2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda.
5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik.
Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana.
Ringkasan :
4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.
10
. PERBINCANGANFaedah-Faedah Perbincangan
:Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran.1.
2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat.
3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang
.
1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun.
3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.
Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
12. MENILAI KEMAJUAN:
Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita.
Cara Menggunakan Penilaian :
1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentu penilaian terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan.
3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar.
b) Ianya boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.
Mengatasi Kelemahan.
Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.
13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:
Bil |
Masalah |
Cara Mengatasi |
1 | Takut & Cemas | Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini. |
2 | Terlalu Banyak Kerja | 1. Memadatkan sukatan pelajaran,
buang topik-topik yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual waktu jika tidak sesuai. |
3 | Guru Tidak Memuaskan | Terima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu. Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain hal atas usaha pelajar sendiri. |
4 | Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak. | Pelajaran adalah paling utama . Jangan biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak berfaedah. |
5 | Tiada Rujukan | Kamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya dan selalu merujuk kamus jika tidak faham. |
6 | Kerunsingan | Ada 2 langkah yang boleh
dipraktikan : 1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan sebenar. 2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa mengulangkaji / membaca |
7 | Perasaan Rendah Diri | 1) Membaca sebelum ke kelas. Ini
menjadikan anda lebih mahir daripada rakan kelas anda. 2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan. 3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab dengan mereka. 4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan memberanikan diri anda di hadapan rakan anda. |
14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama - spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari).