Ringkasan Bab 3  : Bagaimana pengalaman pembelajaran boleh disusun untuk pengajaran yang berkesan, Muka Surat :71 - 87, Tajuk Buku : Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran, Penterjemah : Ralph W. Tyler, Penterjemah : Kamarudin Husin & Hazil Abdul Hamid, Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka


Bab ini membincangkan bagaimana pengalaman pembelajaran boleh digunakan sebagai pengajaran yang berkesan. Walaupun kesan perubahan terhadap diri murid yang disebabkan oleh pengalaman pembelajaran berlaku dengan perlahan dan hanya dapat dilihat dalam jangkamasa yang panjang namun lama kelamaan pengalaman pembelajaran akan memperlihatkan kesan yang akan membawa perubahan kepada murid. Organisasi dilihat sebagai satu masalah penting dalam perkembangan kurikulum kerana ia amat mempengaruhi kecekapan pengajaran dan darjah perubahan pendidikan yang besar ke atas murid.

Dalam mempertimbangkan organisasi pengalaman pembelajaran, kita perlu melihat hubungan pengalaman pembelajaran sepanjang masa dan antara bidang-bidang kedua-dua ini dinamakan hubungan menegak dan hubungan mendatar. Oleh itu, pengalaman pembelajaran tidak seharusnya bertentangan antara satu sama lain atau pelajaran yang berasingan dan terputus-putus agar murid tidak keliru tatkala menghadapi kehidupan sehari-hari.

 

Kriteria Membina Kumpulan Pengalaman Pembelajaran Yang Berkesan.

Terdapat 3 kriteria utama bagi membina kumpulan pengalaman pembelajaran yang berkesan :

    1. Kesinambungan - pengulangan menegak daripada segi unsur-unsur penting kurikulum.
    2. Urutan - kaitan dengan kesinambungan, bahkan melampauinya. Ia menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.
    3. Integrasi - perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara beransur dan menentukan bahawa tingkahlaku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.

Ketiga-tiga kriteria di atas merupakan asas dalam pembinaan secara berkesan satu skim organisasi pengalaman pembelajaran. Untuk mencapai matlamat ini, beberapa masalah perlu dipertimbangkan seperti apakah unsur-unsur yang boleh menjadi tali penghubung yang berkesan dalam satu-satu organisasi. Terdapat 3 jenis unsur-unsur umum yang telah dikenalpasti iaitu konsep, nilai dan kemahiran.

    1. Konsep - satu konsep yang merentasi seluruh kurikulum kajian sosial yang mana murid memahami yang manusia saling bergantung sesama sendiri.
    2. Nilai - pertimbangan hormat kepada seseorang.
    3. Kemahiran - kebolehan membuat tafsiran yang berpatutan daripada data sosial.

 

Cadangan Senarai Unsur Dalam Kurikulum Kajian Sosial

Konsep

  1. `Sifat semula jadi manusia' individu
  2. Darihal manusia dan alam sekeliling fizikalnya
  3. Manusia dan alam sekeliling sosialnya

Nilai

  1. Sikap terhadap diri sendiri
  2. Sikap terhadap orang lain
  3. Sikap terhadap kumpulan sosial yang dianggotainya
  4. Nilai-nilai intelektual dan estatik

Kemahiran, kebolehan dan tabiat

  1. Dalam menganalisis masalah
  2. Dalam pengumpulan fakta dan data
  3. Dalam menyusun dan mentafsir data
  4. Dalam mengemukakan keputusan kajian
  5. Kebolehan berfikir dengan bebas
  6. Kebolehan menganalisa perbalahan dan propaganda
  7. Kebolehan mengambil bahagian dalam kerja kumpulan dengan berkesan
  8. Mempunyai tabiat membuat kerja yang baik seperti merancang masa dan menggunakan masa dengan cekap
  9. Kebolehan membuat interpretasi situasi sosial dan mengenal pasti kecenderungan dan kehendak orang lain
  10. Kebolehan meramalkan akibat tindakan yang dicadangkan

Keseluruhannya, pengajaran yang baik melibatkan sintesis beberapa unsur. Ini bermakna unsur-unsur itu perlu dirancang supaya ia muncul pada keseluruahan program pengajaran tersebut.

 

Prinsip-Prinsip Organisasi

Prinsip-prinsip organisasi diperlukan kerana ia akan menjadi asas bagi merancang secara meluas dan mendalam aspek-aspek utama kurikulum yang dinyatakan. Dalam mengenalpasti prinsip-prinsip penting organisasi, kriteria seperti kesinambungan, urutan dan integrasi bersangkutan dengan pengalaman murid. Prinsip organisasi perlu ditinjau daripada segi kepentingan psikologi kepada murid.

Satu daripada prinsip organisasi yang biasa digunakan dalam kurikulum sekolah ialah kronologi. Selain daripada itu, prinsip lain yang digunakan ialah meluaskan bidang penggunaan, menambahkan aktiviti termasuk menggunakan penerangan dan analisis perkembangan ilustrasi hingga menjadi satu gambaran yang menyeluruh. Namun, prinsip-prinsip ini perlu diteliti melalui perubahan untuk melihat kesesuaian dalam mengembangkan kesinambungan, urutan dan integrasi.

 

Struktur Organisasi

Struktur organisasi diperlukan bagi menyusun pengalaman pembelajaran secara lebih berkesan. Unsur-unsur struktur wujud dalam pelbagai peringkat iaitu

    1. Peringkat terbesar mengandungi unsur-unsur struktur seperti mata pelajaran tertentu, bidang yang luas, satu kurikulum teras untuk pendidikan umum yang disatukan dengan bidang-bidang yang luas atau bidang-bidang yang spesefik dan satu struktur yang tidak mempunyai perbezaan yang mana pada keseluruhannya merupakan satu unit yang terdapat dalam kurikulum institusi yang tidak begitu formal.
    2. Peringkat pertengahan meliputi kursus yang disusun mengikut urutan dan
    3. kursus yang merupakan unit-unit untuk satu semester atau penggal serta tidak dirancang atau dianggap sebagai sebahagian daripada jangka masa yang panjang.

    4. Peringkat paling rendah merangkumi struktur penting iaitu pengajaran pada
    5. satu hari itu merupakan satu unit yang tersendiri dan berlainan atau terpisah.Struktur seterusnya dikenali sebagai tajuk yang akan berterusan selama beberapa hari atau minggu. Struktur ketiga ialah unit yang biasanya termasuk pengalaman beberapa minggu yang disusun mengikut masalah atau tujuan utama para pelajar.

Oleh kerana setiap struktur organisasi mempunyai nilai yang berlainan, mengikut keadaan yang berbeza-beza menyebabkan organisasi secara menegak tidak mungkin dicapai. Integrasi juga sukar dicapai kerana struktur organisasi mempunyai beberapa bahagian dan melibatkan sempadan antara subjek. Ia juga menghalang murid meningkatkan hubungan dalam kehidupan kerana mata pelajaran ialah perkara-perkara yang lain. Penyusunan struktur yang melibatkan blok waktu yang lebih besar atau seimbang adalah perlu bagi mendapatkan hasil organisasi yang diharapkan.

 

Proses Merancang Satu Unit Organisasi

Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membentuk pengalaman pembelajaran yang berkesan. Antara langkah-langkah tersebut seperti (a) bersetuju dengan satu skima organisasi yang umum (b) bersetuju dengan prinsip-prinsip umum organisasi yang akan digunakan bagi setiap bidang. (c) bersetuju dengan penggunaan unit-unit lebih rendah , sama ada ia merupakan pelajaran ataupun topik-topik yang berturutan ataupun unit-unit pengajaran. (d) mengadakan rancangan yang mudah diubah-ubah ataupun unit-unit sumber yang ada pada setiap guru pada masa dia berhadapan dengan kumpulan tertentu. (e) menggunakan rancangan bercorak murid guru untuk aktiviti-aktiviti tertentu yang dijalankan oleh kelas tertentu.

 

Dalam merancang pengalaman pembelajaran perlulah dipertimbangkan bukan sahaja pengalaman yang ada kaitannya dengan prinsip-prinsip organisasi sesuatu unit tetapi rancangan tersebut perlulah bersifat mudah-ubah supaya dapat dipinda mengikut kehendak, minat dan kebolehan mana-mana kumpulan dan rancangan perlulah lengkap. Adalah mustahak menimbunkan pengalaman yang membantu menyatakan berbagai-bagai pengalaman dalam semua unit yang akan menyebabkan integrasi dan menolong pelajar menyusun pemahaman, sikap dan tingkahlaku umum mereka. Oleh itu, unit sumber merupakan aktiviti pra-perancangan yang perlu dirancang ketika unit-unit tersebut sedang digunakan. Adalah penting murid-murid mengambil bahagian dalam membuat perancangan bersama-sama agar dapat memberi makna dan pemahaman yang lebih kepda pelajar. Rancangan yang dijalankan oleh setiap kumpulan akan mempunyai kelainan daripada unit asal yang telah disediakan dan tidak meliputi semua bahan yang dicadangkan di dalam unit sumber itu sendiri.

Kesimpulannya, merancang organisasi pengalaman kurikulum memerlukan beberapa banyak pra-perancangan dan perancangan ketika kerja-kerja itu sedang berjalan. Dengan cara itu sahaja kita dapat hasil yang berkesan daripada berbagai-bagai pengalaman pembelajaran yang digunakan.

Hosted by www.Geocities.ws

1