PERTANDINGAN MEMANCING LAUT DALAM LOKASI MUKAH SARAWAK

[Pemancing : Aku, Ir. Yusof & Ustaz Roslan]


Pertandingan memancing laut dalam telah kami sertai pada 1 Mei 1999 yang lalu. Ia telah dianjurkan oleh persatuan FuChaw Cawangan Mukah dengan yuran penyertaan sebanyak RM100 seorang. Tarikh tersebut dipilih memandangkan tarikh tersebut merupakan cuti umum bagi kebanyakan orang. Perjalanan kami bermula di jeti pekan Mukah dengan menggunakan bot nelayan tempatan. Anggaran peserta yang menyertai pertandingan ini lebih kurang 250 orang (sumber tak pasti anggaran sahaja) di mana setiap bot akan ditempatkan 10 orang pemancing, seorang wakil penyelaras peserta dan 3 orang awak-awak dan seorang kapten kapal. Perjalanan menuju ke lokasi memancing mengambil masa kira-kira 6 jam dan menuju ke lokasi yang mempunyai batu karang. Kedalaman laut di sana lebih kurang 60 depa (angaran lebih kurang 100 meter kot). jangan mimpi ler kalau setakat batu nombor 8 tu..setidak tidaknya gunalah batu ladong seberat 200gram ke atas (sebesar penumbuk berrrrrr). Teknik yang digunakan adalah teknik dasar dengan perambut sepanjang satu depa. Pancing jarang digunakan dan lebih selesa dengan ambo sahaja dengan kekuatan tali 200 paun ke atas. Aku menggunakan tali 500 paun dan perambut 100 paun bagi memastikan ikan dapat didaratkan. Pancing juga kami gunakan bila masa ikan besar tiada tetapi faktor kedalaman, menyebabkan pancing tidak banyak kami gunakan kerana buang masa menaikan ikan walaupun hanya seberat 500g. Umpan yang paling mujarab di kawasan ini adalah hirisan tongkol segar. Selain daripada itu sotong segar dan ikan kembong juga digunakan untuk menagkap ikan bersaiz besar. Jenis ikan yang telah didaratkan seperti Tenggiri Batang, Ikan merah, kaci, pisang, cupak, bayan, landok, haruan tasik,kerapu dan sebagainya. Boleh dikatakan semuanya ikan batu karang. Malangnya bot yang kami naiki ini tidak menunjukkan hasil yang lumayan kerana ikan paling barat kami daratkan ialah Tenggiri Batang seberat 6 kg sahaja. Bagi bot-bot yang lain mereka memperolehi hasil yang membanggakan seperti pari dan yu munjan (masih belum dikuatkuasa lagi ikan ni sebagai jenis ikan yang dilarang didaratkan) yang dapat dipikul dengan menngunakan 2 orang badang. Bayangkan betapa besarnya kalau dua orang yang memikulnya. Tak tahu lah aku berapa berat ikan-ikan tersebut. Ternyata pertandingan ini berjaya mendaratkan ikan-ikan bersaiz besar cuma bot kami sahaja yang kurang berjaya. Kejayaan mereka disebabkan mereka memilih kawasan pelantar minyak yang telah maklum terkena dengan 2 jenis ikan tersebut yang bersaiz besar. Aku sempat berbuat dengan kawan aku yang memperolehi  ikan kerapu 10kg namun nombor belakang juga. Entahlah berapa berat ikan yang memperolehi tempat pertama. hehehhhhehe. Kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diuji ler...kami balik keesokkan hari, tetapi pengalaman berdepan dengan lautan ganas di Laut Cina Selatan amat mengerikan. kami bertolak balik pukul 12 tengahari dan sampai jam 6 petang. Semua bot sampai dalam jarak masa yang hampir sama kerana itu adalah syarat pertandingan. Pengalaman aku berdepan dengan ombak yang menganas ni membuatkan aku kecut perut. Ini lah pertama kali aku pergi ke laut dalam yang amat jauh. Biasanya hanya setakat 2 jam perjalanan sahaja. Oleh karana sewaktu kami balik tersebut tengah hujan lebat menyebabkan ombak setinggi bukit..boleh hilang bot kat belakang dilindungi ombak. Bila bot kami berada di atas puncak ombak baru nampak bot yang berada di belakang. Kalau berada di antara ombak tak nampak ler bot dekat belakang. Aduhhhhhhhh...seram sejuk dibuatnya. itulah pertama kali aku tengok ombak sebesar itu sehingga boleh hilang terus bot yang berada 100 meter di belakang. Bila sampai di muara sungai Mukah lagi satu bahana kerana ombak mengila.. Sukar untuk memasuki muara kerana air tengah surut. Pendek kata air tidak sesuai untuk memancing pada hari tersebut. Beberapa kali aku lihat kapten kami melihat alur ombak untuk memecut laju supaya ambak belakang tidak mengampas belakang bot. beberapa kali aku lihat bot kami yang besar tu macam bot laju menjunam di atas ombak.. sesekali ombak terpecah dan menghemtam belakang bot...perghhhhhhhhh..silap silap bot boleh karam dekat kuala ni kalau kepten tak pandai mengagak kelajuan dan ombak tang datang  kerana ombak masih tinggi dan rapat antara satu satu ombak. Syukur semua selamat masuk ke muara kecuali beberapa buah bot yang kurang laju masih berlegar-legar di muara mencari alur yang sesuai untuk masuk. Aktiviti memotong ombak ini berjalan selama 1 jam walaupun jaraknya hanyalah 500 meter sahaja ke muara sungai.

 ld11.gif (74372 bytes)     ld2.jpg (100706 bytes)

Ir Yusof dan Ustaz Roslan sebelum berangkat ke lokasi memancing di Jeti Sungai Mukah.

ld33.gif (73354 bytes)     ld4.jpg (100581 bytes)

Aku dan Ir Yusuf sebelum bergerak . Gambar berikutnya aku dengan joran agly dan kekili bando sahaja sedang siap sedia.

ld6.jpg (68615 bytes) ld7.jpg (73056 bytes)

Antara peserta yang bersama-sama dengan aku dalam bot tersebut. Mereka terdiri daripada penduduk Sibu (bandar berhampiran). Lihatlah deratan bot yang muka keluar dari muara sungai mukah. Di sinilah ombak menganas semasa kami balik nanti.

ld5.gif (80855 bytes) ld8.jpg (66884 bytes)

Ir. Yusof dan Ustaz Roslan sedang relex menanti pergerakan ke lokasi memancing. Hasil tangkapan yang diperolehi sedang diangkat oleh awak-awak. awak-awak inilah yang mengajarku pelbagai teknik memancing laut dalam kerana mereka merupakan pemancing sepenuh masa. Nak ikut dia orang memancing...boleh free jer tetapi seminggu kat laut berrrrrr...Memancing seminggu....leh tahan ke.

    ld9.jpg (84380 bytes)      ld10.jpg (91852 bytes)

Ir. Yusof dan Ustaz Roslan dengan hasil tangkapan masing-masing iaitu ikan kaci. Kecil ler tu....

Hosted by www.Geocities.ws

1