Kolam Air Masin  dolphins.gif (9299 bytes)

ani_blulineA1C2.gif (11170 bytes)

Kolam Berbayar dengan kadar RM10.00 sejam (minima 3 jam). Buka 24 jam dengan lepas tengah malam ada kadar istimewa(kolam tertentu sahaja) Ikan yang biasa dipancing seperti siakap, jenahak, dan sebagainya. Umpan biasalah udang hidup (seekor 60sen) dijual di sini. Selain daripada itu, umpan seperti selayang, kembong, belanak, tongkol, tamban juga galak untuk dicuba. Teknik memancing biasa menggunakan 3 kaedah iaitu pancing atas, bawah dan tarik. Ikan bersaiz besar tetapi entahlah selalunya kurang menyerlah terutama jika cuaca sejuk(lepas hujan). Kecuali kolam Sun Leng yang mempunyai banyak ikan tetapi bersaiz kecil, Namun demikian, ikan bersaiz besar juga ada dan hanya orang yang biasa sahaja tahu di mana lubuk yang sesuai untuk dilabuhkan umpan. Nak tahu lubuknya..hehehehhehe. tanya aku..nak kata pakar sangat tu tak jugalah tetapi setiap kali pergi lepaslah lauk....

Kolam Air Masin yang biasa aku kunjungi :

1.    Senibong, Permas Jaya, Johor.

2.    Teluk Jawa, Masai, Johor.

3.    Sun Leng, Permas Jaya, Johor.

Hosted by www.Geocities.ws

1