PELAKSANAAN JAPANESE 5-S DI SEKOLAH

Satu Kajian Kes


TUJUAN:

Tujuan untuk mencapai hasil yang membanggakan dalam tempoh masa yang terpantas. Ini akan mengurangkan masalah "TIMEDOWN" sesebuah organisasi dan mencapai keuntungan. Keadaan ini boleh dicapai dengan adanya perkara-perkara berikut :

  1. SEIRI : " Pengurusan Pemeringkatan Dan Perkaitan Dengan Tugas "

Contoh :

  1. Memilih bahan-bahan yang diperlukan sahaja untuk melaksanakan tugas dan menyimpan / membuang perkara-perkara / benda yang tidak diperlukan.
  2. Membuat kerja dalam tempoh yang terpantas.
  1. SEITON : " Kemas " – senang mencapainya bila diperlukan.

Contoh :

  1. Susun dengan kemas fail yang telah digunakan.
  2. Menyimpan kembali alatan KH / PS / ERT / PSS yang telah digunakan.
  3. Label barang-barang pada rak-rak (KANBAN)
  4. Label zon kerja.
  1. SEISO : " Kebersihan " – senang bekerja tanpa gangguan.

Contoh :

  1. Tempat kerja / bilik guru yang sentiasa bersih .
  2. Mengambil tanggungjawab sendiri untuk menjaga kebersihan ditempat kerja.
  1. SEIKETSU : " Piawai atau Tahap kerja yang seragam"

Contoh :

  1. Menjadikan " SEIRI " , "SEITON" dan "SEISO" sebagai amalan / budaya / piawai kerja kita seharian.
  2. Wujud sekolah dalam taman.
  3. Label zon bahaya, tanda-tanda bahaya dan tanda laluan.
  1. SHITSUKE : " Disiplin’- Dibudayakan "

Contoh :

  1. Wujudkan tahap disiplin kerja yang tinggi .
  2. Mengamalkan setiap masa perkara 1 hingga 4.
  3. Latihan jasmani / senaman ringan setiap awal pagi.

 

Latarbelakang :

  1. Memperolehi pengalaman 5 S. di Sony E. Copr. (Sony HIFI - Prai).
  2. Dilatih sejak hari pertama mula bekerja di sana pada tahun 1993.
  3. Ditempatkan ke bahagian Stor ( Kawamuki Area ).
  4. Terdapat pengawas 5 S. bagi memastikan setiap staf mematuhinya.
  5. Tindakan buang kerja boleh diambil jika staf engkar setelah diberi amaran
  6. Kebersihan / kekemasan / keselamatan sentiasa diutamakan.
  7. Diamalkan sewaktu bekerja dan dibawa idea ini bila ditempatkan ke SMB. Saint Patrick, Mukah, Sarawak.

 

Perancangan Awal :

  1. Sokongan pengetua.
  2. Dibentangkan semasa mesyuarat staf kepada semua staf (akhir 1994)
  3. Hebahkan kepada pelajar melalui perhimpunan.
  4. Taklimat / latihan khusus kepada pengawas 5 S.

 

Pelaksanaan Penuh:

  1. Kelas : Program 5 minit
  1. 5 minit sebelum masuk kelas dan 5 minit selepas waktu terakhir diadakan pembersihan kawasan kerja (laci meja dan lantai)
  2. Guru masa pertama / akhir akan menjadi penyelia.
  3. Pelajar sesi petang akan masuk ke kelas berikutnya.
  4. Sesi petang akan menjalankan aktiviti yang sama.
  1. Bilik Guru :
  1. Bilik guru kecil ( sebuah kelas ) untuk 64 orang guru.
  2. Meja terpaksa dikongsi dengan guru sesi petang.
  3. Keadaan atas meja / sekitar akan dibersihkan / dikemaskan sebelum pulang.
  1. Pejabat Am :
  1. Ketua Kerani akan memastikan kebersihan / kekemasan peralatan pejabat sebelum meninggalkan pejabat.
  2. Layanan telefon yang baik.
  3. Staf sentiasa ada di dalam pejabat.
  1. Makmal / KH / Stor / Bilik Pekerja / PSS / Perpustakaan / Dapur.
  1. Mengamalkan budaya yang sama.
  2. Kekemasan / kebersihan tempat kerja diutamakan.
  1. Asrama :
  1. Pengawas asrama membantu pihak warden dan penyelia asrama menyelia tahap kebersihan, kekemasan dan keindahan kawasan asrama.

 

Kesan :

  1. Membudayakan 5S. dalam masa 6 bulan.
  2. Setiap warga sekolah mula menghayatinya.
  3. Kadar pembuangan sampah semakin berkurangan
  4. Kawasan sekolah semakin indah / ceria.
  5. Pelajar dididik untuk mengutip sampah yang berhampiran dengannya.
  6. Persekitaran sekolah tiada sampah buatan munusia.
  7. Tiada PAR mengutip sampah lagi.
  8. Tiada PAR menanam bunga / mencantas pokok bunga lagi.
  9. Semua staf memstikan / Memberi contoh kepada pelajar.
  10. Kekemasan dan kebersihan jelas dilihat di semua bahagian ( KH / ERT / PS / Makmal / Dapur / Stor / Bilik pekerja am.
  11. Dilakukan penambahbaikan oleh beberapa buah sekolah di Sarawak seperti SMK Three Rivers, Mukah, SMK Dalat, Dalat ( Calon Sek Harapan Negara ). SMK Meradong, Serekai.

 

Pengawa 5S.

1. Kakitangan – Pengetua , PK1, PK HEM, PP, G. Pengawas, Ketua Kerani.

  1. Pelajar – Pengawas sekolah, pengawas asrama.

Kekecewaan :

  1. Pengetua bertukar ( Cik Cathrine Robert Mowe )
  2. PK HEM / PK KK / PP naik pangkat dan bertukar.
  3. 5S. mula dilupakan….

 

Sekian.


Disampaikan oleh,

Farzeli b Che Mat Mustafa, Penolong Kanan Pentadbiran, SMB St. Patrick, 96400 Mukah, Sarawak. (1994 - 1999).

 

Hosted by www.Geocities.ws

1