ANALISIS SISTEM MAKLUMAT DALAM PENGURUSAN KEWANGAN

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ADELA

KOTA TINGGI JOHOR

 

Pengurusan sistem maklumat yang dilakukan oleh pengetua boleh dilakukan secara manual atau berdasarkan komputer. Ia akan dapat membantu pengetua merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pengurusan kewangan sekolah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mematuhi prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.Kajian ini telah dijalankan di SMK Adela, Kota Tinggi bertujuan untuk mengenalpast amalan-amalan, masalah-masalah dan menentukan sistem maklumat berteraskan komputer diperlukan agar menepati keperluan sekolah dan mengurangkan penggunaan kertas dalam pengurusan kewangan. Kajian ini berbentuk kualitatif dan tiga kaedah digunakan untuk tujuan pengumpulan data iaitu pemerhatian, temu bual dan pengumpulan artifak atau dokumen. Sampel yang dipilih terdiri dari pentadbir, ketua bidang dan ketua panitia, guru tingkatan serta pembantu tadbir kewangan. Instrumen kajian yang digunakan terdiri daripada senarai semak dan soalan-soalan temubual. Hasil kajian menunjukkan amalan-amalan yang dilakukan menepati arahan-arahan yang dikeluarkan. Namun demikian, semua pihak yang terlibat dalam pengurusan kewangan masih menghadapi masalah. Justeru itu, dicadangkan pengurusan sistem maklumat berteraskan komputer dalam semua peringkat pengurusan kewangan sekolah. Penggunaan program PATSKOM dapat memenuhi keperluan sekolah dan mengurangkan kerja-kerja yang bersifat paper-based. Oleh itu, beberapa cadangan penambahbaikan dalam prosedur-prosedur kewangan dan pengurusan sistem maklumat berteraskan komputer diutarakan.

 


 

ANALYSIS OF THE INFORMATION SYSTEM IN THE SCHOOL

FINANCIAL MANAGEMENT AT SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN ADELA KOTA TINGGI JOHOR

 

Management of the information system carried out by the principal either manually or computer-based. It can help the principal to plan, manage, control and determine the school financial management efficiently and effectively and followed the procedures given by the Ministry of Education. This study was conducted at SMK Adela, Kota Tinggi with the purpose of identifying the practices, problem and to determine if the computer-based information system is needed to fulfil the schools need and to reduce the use of papers in financial management. It is a qualitative study, which involved three methods of data collection; that is observation, interview and collection of artefacts or documents. The sample selected consists of administrators, senior teachers, head of panatinia, form teachers and the finance clerk. The instrument used in this study consists of check lists and interview’s questions. Findings of the study shows that the practices conducted fulfil the ministry’s requirement. However, all the personnel involved in the financial management faced problems. The use of PATSKOM program was able to fulfil the school needs and reduce the paper-based jobs. Therefore, several suggestions to improve the financial procedures and computer-based information system were highlighted.

Hosted by www.Geocities.ws

1