Memencing Di Kuala Sungai Bedengan, Mukah, Sarawak.

[Pemancing : Aku, Ir. Yusof  Nayan dan Ustaz  ]

 

bedengan1.gif (70889 bytes)    bedengan11.gif (57140 bytes)

Perjalanan kami dari pekan Mukah ke Sg. Bedengan mengambil masa kira-kira 30 minit. Perhentian strategik ialah SRK Sg. Bedengan yang terletak berhampiran dengan kuala sungai tersebut. Dengan berjalan kaki kami bertiga akan menuju ke kuala sungai yang terletak kira-kira 400 meter dari sekolah tersebut. Lokasi ini banyak dengan ikan jenis gelama, siakap merah, gerut, belanak, sembilang dan sebagainya. Di ulu sungai ini terdapat juga udang galah yang bersiz besar. Umpan yang biasa digunakan ialah udang segar serta anak ikan. Masa yang sesuai untuk memancing ialah masa air pasang besar. Jikalau bernasib baik ikan gelama yang diperolehi bersiz besar. begitu juga dengan sembilang yang ganas-ganas semasa air mula hendak pasang atau surut. Ikan siakap perlulah lebih tabah menanti kehadirannya dan perlu berada di atas ambatan yang jauhnya 400 meter dari muara sungai ini. Teknik pelampung (seperti pancing kolam) boleh digunakan bersama ikan atau udang hidup. Situasi menangkap siakap tidak dapat dipaparkan kerana kamara tidak di bawa semasa aktiviti memancing siakap merah. Laut berhampiran muara ini juga banyak ikan bersaiz besar mencecah 20kg seekor jika menggunakan jaring 8 inci terutamanye semasa musim tengkujuh. paling banyak ikan belanak dan tamok yang boleh mencecah 5kg seekor.

bedengan10.jpg (64826 bytes)  bedengan12.gif (60002 bytes)

Tangkapan pertama seekor ikan belukang. Menunggu di perhentian feri menuju ke pekan Mukah. Jangan lewat kerana feri free ini beroperasi sampai jam 10.00 malam sahaja. kalau tidak tidurlah di sana hinga jam 6.00 pagi.

bedengan13.jpg (98987 bytes)  bedengan14.jpg (112533 bytes)

Ustaz dengan tangkapan yang tidak disangka seekor ketam nipah dan sebelah kanan seekor ikan gelama.

bedengan3.gif (67592 bytes) bedengan4.gif (64639 bytes)

Persiapan sebelum pertarungan dilaukan dengan berhati-hati. Sebelah kanan Ir. Yusuf  Nayan memerhati keadaan sekitar setelah melabuhkan joran. Kawasan sekitar ini banyak ikan-ikan sesaiz bsar seperti siakap cuma kami belum cubanyer. Sungai in juga banyak udang galah untuk dipancing tetapi perlu persiapan awal kerana di sini banyak agas.

 bedengan7.gif (62011 bytes)  bedengan8.gif (71448 bytes)

Aku dengan gelama dan Ir. Yusof juga dengan gelama menggunakan pancing Appolo.

 bedengan15.jpg (101975 bytes) bedengan9.jpg (103475 bytes)

Masih gelama bersaiz kecil. Perjalanan pulang mereka-mereka yang tewas ke SRK Sg. Bedengan.

bedengan5.jpg (83197 bytes) bedengan11.gif (57140 bytes)

Antara hasil tangkapan yang diperolehi walaupun cukup untuk goreng sahaja. Pemancangan indah sewaktu petang di kuala Sg. Bedengan.

Hosted by www.Geocities.ws

1