HARUAN  &  BUJUK

Lokasi : Sepanjang jalan Oya-Igan-Matu-Daro.

Rombongan yang sering ikut aku : Ir. Yusof, Ustaz Roslan, Ustaz Amir, Ustaz Padli, Ustaz  Shahril, Dannis


Kawasan ini memang banyak ikan haruan dan bujuk. Walaupun hanya sekadar parit sekitar 6 kaki tetapi jangan disangka tiada ikan. Pernah aku meancing di sini dan memperolehi 66 ekor haruan dan bujuk menggunakan kata plastik. Nak tahu mengapa? Masyarakat di sini tidak makan ikan ini sebab tu banyak hehheheehe. Berbalik kepada cerita asal, kawasan ini mempunyai peluang untuk menangkap haruan dan bujuk. Perjalanan dari pekan Mukah ke Oya akan mengambil masa kira-kira 30 minit dengan kereta. Perjalanan lancar sebab jalan bertar. Sampai di pekan Oya, kita akan bertemu dengan sebatang sungai (Sungai Oya). Sungai ni juga banyak udang dan ikan-ikan air tawar yang tak kurang hebatnya. Kita terpaksa menyeberangi sungai menggunakan feri (free jer) ke seberang. Masa operasi feri ini dari jam 6.00 pagi hingga 10 malam. Peringatan, semasa hendak menaiki feri dan turun feri perlulah berhati-hati terutama kenderaan yang rendah kerana kereta boleh tersangkut atau bergesel pada bahagian bawah sewaktu keluar dari feri (aku dah banyak kali kena ler tu yang tahu) dan penumpang perlu diturunkan sebelum menaiki feri ini (satu prosidur) Setelah sampai ke seberang kita akan meneruskan perjalanan ke Igan. Dari Terminal feri tadi, kita akan berjumpa dengan sebatang sungai lagi iaitu Sg. Medan (ada audang gak). Selepas melintasi jambatan Sg. Medan, terdapat parit kiri dan kanan jalan so pilihlah lokasi yang sesuai untuk menagkap mangsa. Lokasi terbaik yang sering menjadi tempat igauan ku ialah bermula dari Sg Medan menuju ke Igan  iaitu lebih kurang 5km . Parit ini digali beriringan dengan jalan raya so jalan raya ini dari Sg Medan ke Igan lebih kurang 12 km . Bayangkan anda penat berjalan sekiranyer nak ikan yang banyak tetapi bukan semua tempat ada ikan..ada lubuk nyer ler hehehe. Air tak dalam bole nampak ikan tatapi ikan bujuk berada di kawasan yang agak dalam selamat mencari lubuk lubuk itu. Untuk pengetahuan juga terdapat 2 lagi parit yang mengiringi jalan ini tertapi terletak lebih kurang 500 meter dari jalan raya. Parit ini agak besar lebih kurang 12 kaki. Aku pernah memasuki hutan dan memancing di parit ini  ternyata tidak menghampakan. Terdapat juga ikan talapia di dalam parit tersebut. Satu lagi parit terletak sebelah kanan jalan tersebut. jarak nyer lebih kurang juga 500 meter tetapi aku belum pernah cuba sebab kesuntukan masa. Ikan kat luar pun banyak berrrrrrr. bayangkan dengan 4 parit ini (2 tepi jalan) 2 kiri kanan jalan (jarak 500 meter) pasti nya ikan tidak terkata banyak nya kerana tiada penduduk yang mendiami kawasan ini. Hanya petani yang mengusahakan ladang/kebun berhampiran jalan. Teknik troling amat sesuai menggunakan katak hidup dan  cicak adalah umpan yang mujarap tetapi kalau tak ada sangat katak plastik juga boleh mendaratkan ikan yang besar juga terutamanya semasa ikan haruan atau bujuk baru bertelur. Tapi awas kawasan ini kerana walaupun parit kecil dan ikan banyak, pastikan lontaran yang dilakukan tepat ke sasaran. Lepas itu anda akan dapat lihat alak air keluar dari celah rumput tebing parit dan menyambar umpan. perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh....tarik jer la..bukan ikan ni nak pergi ke mana..parit kecil jer. heheheheh.

Kalau malas nak memancing di kawasan ini, kita boleh menuju ke Matu (ikan lebih kasar kerana kawasan ini baru dibuka untuk dibua jalan ditengah-tengah hutan rimba). Dari Pekan Igan kita akan ke Terminal Feri Sg. Igan (banyak udang gak sini). Seperti baisa kereta jaga ler selalu sangkut kerana arus deras dan cerun naik turun tinggi (dah banyak kali kete aku makan simen). Selepas menyeberangi sungai Igan, lebih kurang 5 km berhenti di kawasan itu. Sememangnyer terdapat parit kiri dan kanan jalan dari Terminal feri tadi lagi menganjur ke pekan Matu (jarak lebih kurang 25km) Sepanjang jarak itu bolehlah memancing  haruan tetapi bukan semua tempat menarik so kena cari lah kawasan yang baik. Apa yang sering saya lakukan memandu kereta berhenti di satu kawasan lontar umpan...10 kali tarik kalau tak de cari kawasan baru di hadapan. 25 Kilometer berrrr cam ner ...carilah lokasi yang baik. Tetapi yang sering aku kunjungi adalah kawasan 5km dari terminal feri kerana ikan di sana memang besar-besar. Pernah aku mendaratkan bujuk 3kg dalam parit 6 kaki jer cam tak caya..Lain-lainpun besar-besar juga. Kalau rajin memancinglah sepanjang jalan itu hingga ke pekan Matu.Kalau sampai di Pekan Matu ada lagi citer.....menangkapikan  tapah bersaiz sederhana / besar di sungai Matu...perghhhhhh pergi lah mencuba.mudik ke hulu Sg. Matu / Sg. Daro....

belukar1.jpg (16394 bytes) Jalan Oya-Igan

Haruan.....selepas Sg. Medan, Oya...ni dia tepi pokok jagong jer (belakang tu ler ada parit) boleh dapat besar ni..bukan lama sangat...jangan tunggu lama kalau ikan tak sambar...memadailah 3 balingan di satu satu kawasan sudah memandai..lepas tu pindah ke kawasan hadapan sikit lontar lagi...cam tu ler...Di tempat ini juga ada satu jalan masuk ke hutan belakang sana ada satu lagi parit yang aku ceritakan kat atas tadi. Boleh juga kalau ingin memcuba. Tepi jalan jer ni...

belukar3.gif (84909 bytes) Jalan Igan_Matu/Daro, lokasi 5km dari Terminal Feri Igan

Ni dia haruan lagi....dah aku kata kawasan ni banyak ikan besar...tengok parit kat belakang tu...6 kaki jer tapi kat sini lah aku dapat paling banyak ikan. Pertama kali aku pancing kat sini guna katak plastik jer dapat 6 ekor dekat 10kg semuanya. Lokasi ni 5km dari terminal feri  sg. Igan. Carilah...mungkin dah semak sekarang ni...

belukar4.jpg (111405 bytes) Jalan Igan_Matu/Daro 6km dari terminal feri Igan.

Ini lagi satu lokasi yang baik..iaatu KM 6 dari terminal feri Igan. Saiz ikan juga besar..belakang tu parit nyer tepi jalan jer lebih  kurang 10 meter jer dari jalan raya. Kereta parking kat tepi jalan dan dapat lontar katak hehehehhe. best kan..Kalau ikan tak ada maka hidupkan kereta pindah ke depan ler...ingat 20km lagi ni...banyak lagi lokasi yang baik carilah...Hanya aku dan geng geng aku jer giler mamancing ikan ni ..orang tempatan cakap aku giler la sebab dia orang tak makan pun ikan ni...

belukar2.gif (87545 bytes)

Hasil tangkapan ..cukup ler malas aku nak ambik banyak tak larat nak kerjakan.....

Sebenarnya dari Pekan Balingian, Mukah,Oya,Igan, Matu , Daro ni banyak lagi yang mempunyai ikan haruan sebab kawasan-kawasan ini masih hutan. Buat masa sekarang projek membuka tanah giat dilaksanakan..Bayangkan ikan-ikan yang telah lama bertapa telah keluar ke parit-parit yang digali....tentu banyak...dah ler orang tak makan kecuali masyarakat Iban. kawasan yang seluas ni aku tak leh ler merantau banyak sangat..setakat tahu ler lubuk lubok yang baik untuk mendapatkan ikan tersebut. Terdapat beberapa batang anak sungai antara Pekan Mukah ke Pekan Oya yang aku kenalpasti mempunyai ikan ini. Sungai sungai ini aku dah lupa nama nyer.

Hosted by www.Geocities.ws

1