The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
Kiranya anda seorang pelajar lelaki yang menduduki peperiksaan SRP 1978 dan anda yakin berjaya dalam peperiksaan itu, masuklah belajar di Cawangan Putera, MAKTAB TENTERA DIRAJA. Di MTD anda berpeluang melanjutkan pelajaran akademik hingga ketingkatan enam di samping mengalami hidup yang seronok dan penuh dengan cabaran. Kiranya anda berjaya dalam peperiksaan SPM, anda mungkin dipilih menjadi pegawai Angkatan Tentera atau diberi peluang belajar di institusi pelajaran tinggi dengan biasiswa Angkatan Tentera.

Maktab Tentera Diraja menyediakan kemudahan alat-alat dan kewangan untuk pelajar-pelajar seperti berikut:

....................
Tempat tinggal dan makan percuma sepanjang masa pengajian.
....................
Buku-buku teks dan buku tulis percuma.
....................
Pakaian dan dobi percuma.
....................
Waran perjalanan dan pengakutan percuma untuk balik kampung masa cuti.
....................
Yuran-yuran peperiksaan adalah dibayar olih Angkatan Tentera.
....................
Wang saku sebanyak $40-$70 sebulan.
....................
Maktab ini juga menyediakan lain-lain kemudahan seperti permainan dan sukan, perkhemahan hujung minggu dan lawatan-lawatan serta latihan pengembaraan. Pelajar-pelajar/Putera-putera juga menjalani latihan ketenteraan untuk menanamkan disiplin diri, kepercayaan diri sendiri, kebolehan membuat kerja-kerja dan akhir sekali untuk memimpin.

Semua pemohon/calon yang dipilih kelak adalah menjadi calon-calon Angkatan Tentera.

Berikut adalah syarat-syarat masuk:

Keputusan SRP yang baik dengan mendapat 14 agregret unit dalam bidang-bidang Hisab/Hisab Moden, Sains/Sains Panduan, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pemilihan permohonan adalah berdasarkan pada keputusan telahan yang baik dan peperiksaan percubaan yang disahkan oleh Gurubesar, dan pemilihan akhir adalah bergantung kepada sokongan-sokongan Lembaga Pemilih dan juga pada keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP 1978. Calon-calon yang terpilih adalah dijangka memasuki Maktab ini dalam bulan Januari.

Calon-calon hendaklah seorang warganegara Malaysia.

Calon-calon hendaklah di bawah umur 17 tahun tetapi tidak kurang dari 15 setengah tahun.

Calon-calon hendaklah sehat tubuh badan dan cenderung dalam sukan dan permainan dan telah mewakili sekurang-kurangnya dalam mana-mana satu permainan diperingkat sekolah, daerah atau negeri.

Mempunyai kebenaran ibubapa atau penjaga.

Dan boleh menyakinkan Lembaga Pemilih tentang kecerdasan, kebolehan dan sifat-sifat kepimpinan anda.

Pemohon-pemohon yang cenderung bolehlah menulis terus kepada alamat berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan borang permohonan:

EJUTAN
MAKTAB TENTERA DIRAJA,
SUNGEI BESI,
KUALA LUMPUR

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30hb Oktober 1978.

Iklan ini hanya merupakan garis panduan bagi pengambilan putera-putera baru. Syarat-syarat tawaran mungkin berubah dari setahun ke setahun.

Hosted by www.Geocities.ws

1