The college , Main Menu , Bugler 78 , 79 , 80 , As Boys , As Teen , As Men , Contact , E-group , Webmaster , Guest Book
Duduk (kiri ke kanan): Encik Mohd Ashraf Manzoor Hussein, Encik Zainon Shafie, Azizan Othman, Encik Kong Kah Yeong, Encik Dzulkifli Ismail, Encik Liew Peng Kwai.
Berdiri (kiri ke kanan): Jamaludin Takei, Mohammad Ibrahim, Hasnan Nazi, Romlee Yahaya, Abd Wahab Mohamed, Ahmad Shaharudin Hamid.

Guru-guru Penasihat:




Presiden:

Naib Presiden:
Setiausaha:

Bendahari:

Encik Dzulkifli b Ismail
Encik Khong Kah Yeong
Encik Liew Peng Kwai
Encik Ashraf Manzoor Hussein
Encik Zainon bin Shafie
Azaibi b Tamin (Jan - Mei)
Azizan b Othman (Dari Mei)
S. Kumaravelloo Pillay
Mercos Matto (Jan - Mei)
Hasnan b Nazi (Dari bulan Mei)
Eaustace Greg Gomez

Kelab ini telah tidak dapat menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan lancar pada penggal pertama di atas sebab-sebab tertentu. Beberapa aktiviti yang telah dirancangkan terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Pada penggal pertama, kelab telah mengadakan Mesyuarat Agungnya pada 25hb Januari 1978, bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru. Kelab cuba mengadakan aktiviti pertamanya iaitu melawat Pejabat Kaji Cuaca di Subang, tetapi malangnya terpaksa dibatalkan oleh satu sebab yang tidak dapat dielakkan. Rancangan Kajian Sosio-ekonomi Kawasan Felda Tanjung Malim, Perak pula telah terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Kelab memulakan penggal kedua ini dengan mengadakan satu mesyuarat penting untuk melantik AJK baru untuk mengisi beberapa jawatan penting yang telah dikosongkan oleh AJK lama yang telah meninggalkan Maktab kerana melanjutkan pelajaran ke universiti. Mesyuarat ini diadakan pada 3hb Mei, 1978 dan beberapa rancangan baru telah dikemukakan untuk Penggal kedua dan Penggal Ketiga. Di sepanjang penggal kedua, aktiviti kelab telah terpaksa dikurangkan kerana putera-putera terlibat dengan aktiviti-aktiviti Maktab yang telah dijadualkan.

Pada Penggal Ketiga, aktiviti Kelab terus juga diadakan. Pada 17hb September, 1978, kelab mengadakan lawatan sambil belajar ke Port Dickson di mana Putera-putera tingkatan Rendah Sastera khasnya, dapat membuat kajian mengenai bentuk-bentuk bumi yang terjadi akibat daripada perlakuan ombak di pantai. Acara lawatan yang diketuai oleh Encik Zulkifli ini adalah sangat berfaedah guna mendalamkan lagi minat putera-putera terhadap mata pelajaran Ilmu Alam. Lain-lain aktiviti yang telah dirancangkan untuk Penggal Ketiga ini termasuklah mengadakan pertandingan Kuiz limu Alam dan Sejarah antara kelas-kelas Tingkatan empat, lawatan sambil belajar ke Jabatan Kaji Cuaca, Subang dan menganjurkan satu lawatan ke British Council untuk menyaksikan wayang gambar mengenai "Sejarah dan kebudayaan Islam".

Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti ini hanya melibatkan putera-putera Tahun Tiga dan Tahun Satu kerana putera-putera lain akan menghadapi Peperiksaan MCE dan HSC di hujung tahun ini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada semua pihak, khasnya pada guru penasihat kami yang telah memberi tunjuk ajar serta kerjasama yang sangat-sangat kami perlukan. Dengan ini kami berharap pada masa-masa yang akan datang, kelab ini akan berjalan dengan lebih lancar dan giat lagi.


Hosted by www.Geocities.ws

1