
WELCOME!!!.............
SEJARAH KELANTAN DARUL NAIM
Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan denganLaut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand.. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang danPangkalan Chepa.
IKLIM
Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Biasanya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh.
BUDAYA
Diantaranya ialah budaya Melayu, Siam dan Islam menghasilkan permainan rakyat seperti Dikir Barat, Main Puteri, Mak Yong dan sebagainya.Mak Yong dipengaruhi oleh budaya Siam (Thailand), sementara Dikir Barat pula mempunyai unsur- unsur Islam. Main Puteri pula dikatakan daripada budaya Hindu.
Kelantan juga kaya dengan makanan tradisional dan berlainan dengan makanan Melayu di negeri lain. Di antara makanan tradisional Kelantan yang dikenali sebagai budu.
PENDIDIKAN
Lebih ke arah pendidikan agama. Juga menitik beratkan pendidikan akademik...