|
HOME - About Me - Hubungi Saya |
||||||||||||||||||||||||||||
CARA UNTUK MEMBUAT PARTITIONPertama
sekali anda mestilah mempunyai startup disk ( boleh
dibuat melalui add/remove program di Control panel di dalam windows )
kemudian hidupkan komputer anda supaya ia boleh dimulakan menggunakan disket
startup disk berkenaan. Setelah beberapa proses anda akan ditanya tiga soalan
berbentuk teks samaada anda ingin memulakan komputer menggunakan CD-ROM Driver
atau anda ingin memulakan komputer tanpa CD-ROM Driver dan ketiga anda boleh
bacanya sendiri ,kesemua teks berkenaan di dalam bahasa Inggeris (sila tanya kepada mereka yang faham bahasa Inggeris jika
anda tak faham). Pilihlah dengan
menggunakan CD-Rom kerana anda mungkin memerlukannnya untuk mengisi program
seperti Windows dari CD-ROM .Paparan A:\ akan
dipaparkan setelah semua proses
memulakan komputer selesai.Pertama sekali anda haruslah menaip A:\>FDISK Kemudian
tekan Enter pada keyboard,akan terpapar pertanyaan samaada ingin membolehkan hard disk anda
mempunyai “large disk support” atau tidak
,disyorkan menekan y jika harddisk anda mempunyai Megabyte yang melebihi 512 MB
dan enter dan menekan N jika kurang dari itu.Setelah anda membuat pilihan dan
tekan Enter paparan menu FDISK akan
dipaparkan. Lihat
rajah dibawah. FDISK Options
Current fixed disk drive : 1 Choose one of the following :
Enter
Choice : [1] Selagi
tidak ada Partition yang dibuat kepada harddisk anda selagi itulah hard disk
anda tidak boleh digunakan untuk menyimpan maklumat (data) ke dalamnya. FDISK Options
Current fixed disk drive : 1 Choose one of the following :
Enter Choice : [1] Pilih
nombor 4 untuk melihat samaada harddisk anda sudah mempunyai partiton atau
tidak . Display partiton information
Current
fixed disk drive : 1
Total
disk space are 4110 Mbytes (1 Mbyte = 1048576 bytes) Press
Esc to continue Tekan
nombor 1 untuk membuat partition dan tekan enter. Kemudian tayangan dibawah
akan dipaparkan. Create DOS
partition or Logical DOS Drive
Current fixed disk drive : 1 Choose one of the following :
Enter Choice : [1] Press Esc to return
to FDISK Options. Tekan
1 jika anda masih belum membuat partiton .pilihan nombor dua adalah untuk
membuat partition yang kedua .Partiton yang kedua tidak dapat dibuat selagi
partition pertama belum dibuat begitu
juga partition yang ketiga.setelah anda menekan nombor 1 tekan enter.Dan
paparan dibawah akan keluar. Create Primary DOS Partition Current
fixed disk drive : 1
Primary
DOS Partiton already exists. Press Esc to continue Gambar
di atas menunjukkan yang harddisk anda sudah mempunyai partiton. Jika
belum paparan diatas akan mengajukan teks soalan samaada anda ingin membuat
satu partition penuh mengunakan seluruh ruangan harddisk atau membuat beberapa
peratus sahaja dari harddisk anda untuk dijadikan sebagai primary.Jika anda
menggunakan seluruh ruangan harddisk sebagai satu partition anda tidak akan
dapat membuat partition yang kedua kerana ruangan hard disk anda telah
digunakan sepenuhnya.Tekan N (no) untuk
membuat beberapa peratus sahaja sebagai primary dan tekan enter terus
membuat partiton harddisk sepenuhnya ,diruangan paparan pilihan anda sudah
tertera huruf Y (yes) untuk
membuat partiton harddisk sepenuhnya.Setelah anda menekan pilihan anda akan ada
soalan yang menanyakan adakah anda ingin melabelkan harddisk anda ,ini
terpulanglah kepada anda samada ingin
mengisinya atau tidak tetapi ingat tidak melebihi 11 huruf sahaja,menekan enter
tanpa melabelkan harddisk anda tidaklah berbahaya.Paling senang anda tekan
enter sahaja di ruangan ini setelah memasukkan jumalah bahagian partiton anda
dalam bentuk peratus atau angka mengikut Mb(Megabytes) dan pastikan jumlah yang
anda ingini tidak melebihi jumlah yamg anda pada harddisk anda.Bagi partiton
sepenuhnya setelah anda menekan enter harddisk anda akan diset aktifkan
terus(jika harddisk anda tidak diset aktif
ia tidak boleh digunakan untuk menyimpan data proses mengaktifkan dan
membuat partiton ini tidaklah lama sangat. Setelah keluar teks yang menyatakan
bahawa partition telah siap dan diset aktifkan anda dikehendaki restart komputer untuk melihat hasilnya Kemudian
format bahagian partiton yang anda hendak gunakan dan sertakan boot system padanya
dengan arahan A\:>Format
C:\S supaya komputer anda boleh dimulakan tanpa menggunakan Startup Disk
.Dan akan ada soalan menanyakan adakah betul anda ingin memformat Harddisk anda
jika Ya tekan Y dan jika tidak tekan N.Setelah menekan Y tekan enter dan pemformatan.Tunggu sehingga paparan
peratus 100% dan beberapa pemprosesan dilakukan oleh sistem sehingga mendapat
C:\> Jika
anda ingin membuat dua partiton,caranya lebih kurang sama cuma anda perlu memilih
Create Extended DOS partition Create DOS
partition or Logical DOS Drive
Current fixed disk drive : 1 Choose one of the following :
Enter
Choice : [1] dan menekan beberapa butang
mengikut arahan teks yang berbahasa inggeris (sila rujuk kepada orang yang
pandai bahasa inggeris jika tak faham sebab buat partiton adalah sangat
senang).Sekarang
harddisk anda sudah boleh digunakan. Dibawah ini pula adalah cara untuk
mengaktifkan partition yang anda pilih supaya partition
yang anda buat boleh digunakan (jalan panjang) . FDISK Options
Current fixed disk drive : 1 Choose one of the following :
Enter Choice : [2] Pilih nombor 2 dan tekan enter kemudian satu lagi paparan akan dipaparkan disini anda akan ditanya bahagian partition mana yang ingin anda set aktifkan. Kemudian setelah membuat pilihan berdasarkan arahan, tindakan yang patut anda buat.adalah restart komputer anda untuk melihat hasilnya.Dan lakukanlah format seperti yang dibincangkan sebelum ini
|
||||||||||||||||||||||||||||
|
Copyright Reserved © Mekanik Komputer 1999-2001 |