HOME - About Me- Hubungi Saya

 

Rajah e dibawah menunjukkan contoh rupa sebuah monitor.Monitor berfungsi sebagai pemapar tentang apa yang sedang berlaku didalam sesuatu program komputer.manakala rajah f pula menunjukkan  lakaran bekalan kuasa yang diperlukan monitor untuk berfungsi.

Rajah E

Rajah F

 

                      

                           

Pada rajah f  X  menunjukkan ruang(port female) untuk sambungan kuasa dialirkan ke monitor manakala Y (port male) pula  bekalan elektrik dari palam kuasa ke bekalan kuasa komputer. (pastikan bekalan kuasa tidak dibekalkan ke bekalan kuasa ketika pemasangan monitor dilakukan)

Z pula merupakan ruang untuk mengubah kemasukan bekalan elektrik yang masuk samaada 230 atau 110 supaya sesuai dengan bekalan kuasa.

Rajah g menunjukkan dimanakah harus dipasang kabel kuasa untuk bekalan kuasa.Dapat disimpulkan disini female port mestilah bertemu dengan male port untuk pemasangan.

 

 

Rajah G

 

F adalah kabel yang menunjukkan jenis kabel yang mempunyai penghubung jenis male untuk  disambungkan ke bekalan kuasa dan female disambungkan ke monitor.D adalah port male .manakala e adalah penghubung antara palam kuasa dengan bekalan kuasa.C adalah kabel yang menghantar  maklumat tetang apa yang perllu dipaparkan oleh monitor,ia dihubungkan ke sistem unit.Jika sesebuah monitor itu adalah dari jenis yang berkebolehan memaparkan warna port yang disambungkan  ke sistem unit darinya mempunyai 15 pin (tiga baris pin) dan jika tidak ia hanya mempunyai 9 pin  (2 baris pin )

Kebiasaanya apabila anda menghidupkan komputer yang sudah lengkap dipasang.Monitor yang anda pasang ke sistem unit akan berfungsi  secara automatik tanpa pengemaskinikan perisian.Ini tidak bermaksud pengemaskinian tidak perlukan,tanpa pengemaskinian terhadap perisian yang berkaitan monitor anda tidak dapat menunjukkan prestasinya yang sebenar seperti kemampuan memaparkan 16 bit colours dan hanya memaparkan 16 colour dan monochorome sahaja.

 

Jika sebuah monitor itu adalah dari jenis yang  berkeupayaan memaparkan  paparan beresolusi tinggi ia tidak dapat  melakukan  paparan seperti kebolehannya jika penjan grafik dan teks pada mainboard dan kad tambah VGA(video graphic array) tak berkeupayaan menjana paparan beresolusi tinggi biasanya mainboard yang ada dipasaran sekarang sudah ada tersedia  VGA on board pada mainboard untuk disambungkan ke monitor jadi anda hanya perlu memasukkan perisian sistem mainboard(motherboard).

 

Buku mengenai mainboard  yang memang khas untuk  mainboard anda  bolehlah dirujuk untuk perkara ini.Kebiasaan bagi windows 95 dan yang ke atas akan mengesan jenis monitor yang dipakai oleh anda dan meminta fail untuk monitor anda jadi anda hanya perlu memasukkan perisian mainboard anda dan tekan browse bila komputer anda tidak dapat mencari perisian yang terbabit,kebiasaanya komputer akan mula(restart) kembali untuk melihat kesan.VGA berfungsi untuk menjana gambar ke  monitor anda.Dan jika anda ingin memasang kad tambahan VGA disebabkan  yang berada diatas mainboard  yang  rosak atau anda tidak berpuashati dengan prestasinya rujuk anda hendaklah mematikan yang tidak digunakan(klik kanan di My computer,

 

satu senarai akan keluar, klik properties satu paparan tentang sistem komputer akan keluar,

klik device manager dan klik Display adapter dan klik dan tekan delete pada keyboard(papan kekunci) atau tidak mengaktifkannya (disable) dengan cara mengklik kanan mouse diatas display adapter diskrin,klik properties,kemudian satu paparan  tentang display adapter akan terpapar, klik ruangan kotak disebelah perkataan disable this device di paparan berkenaan.

.

 

Nota :Untuk pemasangan Port VGA on board anda haruslah merujuk pada buku mainboard yang khas untuk mainboard anda ini termasuklah jumper setting untuk Cpu,standby led,reset led, harddisk led , pin untuk port printer,sound system,pc speaker,mouse port(com 1) dan com2.

 

Versi selang seli peleraian 1024 x768 daripada IBM.

Penyesuai grafik juga dikenali sebagai kad penyesuai video yang membolehkan pemaparan grafik  disamping teks di monitor.

Kad video daripada Hercules Technology  yang menyediakan teks dan grafik pada monitor monokrom.

Skrin memperlihatkan  imej bergetar-getar disebabkan barisan piksel bercahaya  dan tak bercahaya secara berselang-seli .Ini selalunya  berlaku apabila monitor berfungsi dalam mod selang seli.

Gas Plasma Display(GPD)(paparan plasma gas) paparan panel rata yang menggunakan gas lengai yang menyinarkan cahaya merah atau oren yang terang apabila menerima cas elektrik.Ia selalu digunakan pada komputer (k) riba dan

k. buku

Grafik Vektor.Pengekodan  imej grafik sebagai lurus.

Paparan LCD(Liquid Display Adapter)Matriks aktif juga dikenali sebagai transistor saput nipis (thin film transistor (tft)),paparan ini mengandungi satu transistor bagi setiap piksel.Skrin tersebut memberi pencahayaan dan kawalan yang lebih baik terhadap setiap piksel berbanding dengan LCD matriks mudah.

8514/A.Penyesuai paparan peleraian tinggi IBM yang memberi paparan selang seli  1024 x 768 piksel dengan sebanyak 256 warna atau 64 kegelapan kelabu.Ia boleh wujud bersama VGA untuk memberikan dua keupayaan monitor

 

CRT-Tiub sinar katod

Teknologi televisyen tiub sinar katod digunakan dalam komputer.Monitor dibina sekeliling tiub vakum kaca  yang mengandungi satu atau lebih  penembak elektron yang memancarkan elektron  yang mengimbas permukaan tiub.Muka monitor disalut dengan bahan pendarfosfor yang menyinarkan warna tertentu apabila elektron mengenainya.

Pic bintik ialah jarak pepenjuru antara piksel pendarfosfor yang sama warna,diukur dalam milimeter.Lebih kecil jarak itu ,lebih tajamlah imej grafik  dan teks yang dipaparkan.Nilai yang lebih besar menghasilkan gambar yang kasar  dan teks yangn kurang jelas .Pic bintik 0.311mm hingga 0.28mm dianggap piawai,manakala pic 0.26mm digunakan untuk monitor bermutu tinggi.Pic bintik melebihi 0.52 tidak boleh diterima.

 

 

Copyright Reserved © Mekanik Komputer 1999-2001

 

Hosted by www.Geocities.ws

1