HOME - MouseMENU- About Me- Hubungi Saya

Cara servis mouse

 

Lap pemukaan luar mouse menggunakan kain lap yang kering seperti tuala gunakan contact cleaner jika kotorannya tidak tanggal.

 

Buka mouse dan spray permukaan mouse menggunakan contact cleaner dan lap litar mouse mengggunakan berus gigi atau berus cat yang kecil.

 

Bersihkan celah - celah liang kosong pada rim dengan menggunakan berus samaada berus gigi atau berus cat yang kecil.

 

Ball pula spray dengan contact cleaner dan lap menggunakan kain seperti tuala yang kering.

 

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pergerakan kursor tidak memuaskan ?

 

Buka mouse dan perhatikan roller samaada bingkai rim berada dalam keadaan baik atau tidak kerana pergerakan rim yang menghalang dan membenarkan cahaya masuk kepada pengesan cahaya mungkin patah atau tersumbat disebabkan habuk.

 

Berkemungkinan juga batang roller patah menyebabkan rim tidak dapat bergerak mengikut ball.Apa yang perlu anda lakukan adalah mengantikan roller jika rim dan batang roller rosak tetapi jika mouse mempunyai rim dan batang roller yang berasingan anda hanya perlu menggantikan salah satu daripada yang rosak.

 

Dan jika liang-liang rim didapati tersumbat sembur contact cleaner pada rim yang didapati tersumbat dan bersihkannya dengan menggunakan berus yang kecil.

 

Bekalan kuasa.

 

Bekalan kuasa yang digunakan oleh mouse adalah 5Volt direct current dan warna wayer bekalan kuasa di dalam mouse adalah putih dengan merah .

 

 

 

 

 

Copyright Reserved © Mekanik Komputer 1999-2001

Hosted by www.Geocities.ws

1