HOME - MouseMENU- About Me- Hubungi Saya

 

Mekanikal part yang terdapat dalam mouse

 

 

Pengesan cahaya

Mengesan cahaya yang masuk melalui pergerakan rim yang cahayanya terhadang dan tidak disebabkan bentuk fzikal rim dan ini akan menggerakkan kursor di skrin.

Pengesan rim jenis plat

Pada pengekod terdapat titik sentuh logam kecil .Dua pasang bas sentuh memanjang dari ruang tetikus dan menyentuh titik sentuh pada setiap pengekod semasa ia melaluinya .Setiap kali bas sentuh nmenyentuh titik ia menghasilkan isyarat elektrik. Bilangan isyarat menunjukkan beberapa banyak titik bar sentuh telah menyentuh – lebih banyak isyarat lebih jauh anda telah menggerakkan mouse arah dimana penggelek berputar ,bergabung dengan nisbah antara bilangan isyarat dari penggelek tegak dan melintang menunjukkan arah pergerakan mouse.

Roller

Berfungsi sebagai alat untuk menggerakan rim .

Rim

Rim yang mempunyai liang liang kosong dan berhadang berselang seli bergerak mengikut arah gerakan roller dan menyebabkan cahaya yang dikeluarkan oleh pemancar cahaya dikesan dan tidak kesan memberi isyarat kepada pengesan cahaya dan yang akan mengerakkan kursor di skrin.

Bebola

Semasa anda menggerakkan mouse mekanikal dengan mengheretnya melintasi permukaan rata .Bebola yang diperbuat daripada getah atau getah menyaluti besi yang terkeluar dari permukaan bawah tetikus berputar mengikut arah gerakan .

Bebutang

Mengenakan butang di atas tetikus juga menghantar isyarat kepada PC, yang menghantar

Isyarat kepada perisian.berdasarkan beberapa kali anda memetik dan kedudukan kursor pada ketika anda memetik ,perisian melaksanakan tugas yang ingin anda lakukan

Mengenal pasti kerosakan .

Pergerakan kursor di skrin tidak sama dengan pergerakan mouse ?

-Buka mouse dan perhatikan roller samaada bingkai rim berada dalam keadaan baik atau tidak kerana pergerakan rim yang menghalang dan membenarkan cahaya masuk kepada pengesan cahaya mungkin patah atau tersumbat disebabkan habuk.Berkemungkinan juga batang roller patah menyebabkan rim tidak dapat bergerak mengikut ball.

Bebutang yang ditekan tidak memberi arahan kepada sesebuah perisian dan mouse tidak berfungsi.

-Periksa kabel mouse samaada bersambung atau tidak dengan portnya jika bersambung buka mouse dan lihat samaada wayer yang

menghantar maklumat ke mouse putus atau tidak.

-Sesetengah program perisian tidak menyokong tetikus, gunakan perisian yang sesuai atau perisian yang khas untuk tetikus anda bagi menyelesaikan masaalah.

 

 

Copyright Reserved © Mekanik Komputer 1999-2001

Hosted by www.Geocities.ws

1