|
PENGAJIAN HADIS |
|
SAHIH MUSLIM- Pengenalan |
|
|
|
Merupakan kitab yang kedua tinggi kedudukannya selepas Bukhari. Dalam artikel Muqadimah Sahih Bukhari, telah dibincangkan ikhtilaf yg berlaku dikalangan ulama utk menentukan kitab manakah yg paling sahih, Bukhari atau Muslim. Uniknya kitab Sahih Muslim, dimulakan kitabnya dengan muqadimah sebelum masuk kitab-kitab seterusnya. Muqadimah yg dibuat oleh Imam Muslim adalah berkenaan dengan ilmu mustalahul hadith diterangkannya dengan panjang lebar. Kenapa Imam Muslim membuat Muqadimah dahulu?perkara ini dijelaskan dengan terperinci dalam edisi Muqadimah Sahih Bukhari dan Muqadimah Sahih Muslim oleh Maulana Muhammad Asri Yusof .
|
|
Kitab yang digunakan oleh beliau adalah kitab syarah sahih muslim li imam An-Nawawi setebal 2 jilid cetakan Pakistan. Kitab ini boleh didapati di Masjid Sri Petaling,Kuala Lumpur,Malaysia. Saudara dan saudari juga boleh menggunakan mana-mana cetakan sekalipun untuk mengikuti kuliah hadith Maulana ini. Selain dari kitab syarah ini, sepanjang pengajian, Maulana Muhammad Asri Yusof beliau membawakan pelbagai kitab lain sesuai dengan isu yg dibincangkan.
Melalui sistem pengajian hadith, kita diajar menjadi seorang yang
kritikal dan berfikiran terbuka, malah kita tidak akan taksub kepada
mana-mana ulama, tetapi akan menjadi taksub utk mengetahui dengan lebih
banyak tentang hadith-hadith nabi saw. Menerusi pengajian ini, kita
diajarkan juga fekh muqaran sebagai perbandingan pendapat. Maulana menbawa
pelbagai pendapat ulama utk dibentangkan dlm satu2 isu dan menyerahkan kpd
pendengar utk menilainya selapas diberikan panduan. Kadang - kadang
maulana akan mentarjihkan satu -satu pendapat dan kadang -kadang
dibiarkannya sahaja. Tetapi biasanya selepas mengupas satu-satu isu, kita
akan dapat meletakkan dimana pegangan kita kerana dijelaskan dengan sebaik
mungkin walaupun tidak ditarjihkan oleh beliau.
|
|
| KANDUNGAN: | |
|
1. مُقَدِّمَةٌ 2. كِتَاب الْإِيمَانِ 3. كِتَاب الطَّهَارَةِ 4. كِتَاب الْحَيْضِ 5. كِتَاب الصَّلَاةِ 6. كِتَاب الْمَسَاجِدِ وَمَوَاضِعِ الصَّلَاة 7. كِتَاب صَلَاةِ الْمُسَافِرِينَ وَقَصْرِهَا 8. كِتَاب الْجُمُعَةِ 9. كِتَاب صَلَاةِ الْعِيدَيْنِ 10. كِتَاب صَلَاةِ الِاسْتِسْقَاءِ 11. كِتَاب الْكُسُوفِ 12. كِتَاب الْجَنَائِزِ 13. كِتَاب الزَّكَاةِ 14. كِتَاب الصِّيَامِ 15. كِتَاب الِاعْتِكَافِ 16. كِتَاب الْحَجِّ 17. كِتَاب النِّكَاحِ 18. كِتَاب الرِّضَاعِ 19. كِتَاب الطَّلَاقِ 20. كِتَاب اللِّعَانِ 21. كِتَاب الْعِتْقِ 22. كِتَاب الْبُيُوعِ 23. كِتَاب الْمُسَاقَاةِ 24. كِتَاب الْفَرَائِضِ 25. كِتَاب الْهِبَاتِ 26. كِتَاب الْوَصِيَّةِ 27. كِتَاب النَّذْرِ
|
28. كِتَاب الْأَيْمَانِ
29. كِتَاب الْقَسَامَةِ وَالْمُحَارِبِينَ وَالْقِصَاصِ وَالدِّيَاتِ 30. كِتَاب الْحُدُودِ 31. كِتَاب الْأَقْضِيَةِ 32. كِتَاب اللُّقَطَةِ 33. كِتَاب الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ 34. كِتَاب الْإِمَارَةِ 35. كِتَاب الصَّيْدِ وَالذَّبَائِحِ وَمَا يُؤْكَلُ مِنْ الْحَيَوَانِ 36. كِتَاب الْأَضَاحِيِّ 37. كِتَاب الْأَشْرِبَةِ 38. كِتَاب اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ 39. كِتَاب الْآدَابِ 40. كِتَاب السَّلَامِ 41. كِتَاب الْأَلْفَاظِ مِنْ الْأَدَبِ وَغَيْرِهَا 42. كِتَاب الشِّعْرِ 43. كِتَاب الرُّؤْيَا 44. كِتَاب الْفَضَائِلِ 45. كِتَاب فَضَائِلِ الصَّحَابَةِ 46. كِتَاب الْبِرِّ وَالصِّلَةِ وَالْآدَابِ 47. كِتَاب الْقَدَرِ 48. كِتَاب الْعِلْمِ 49. كِتَاب الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ وَالتَّوْبَةِ وَالِاسْتِغْفَارِ 50. كِتَاب التَّوْبَةِ 51. كِتَاب صِفَاتِ الْمُنَافِقِينَ وَأَحْكَامِهِمْ 52. كِتَاب صِفَةِ الْقِيَامَةِ وَالْجَنَّةِ وَالنَّارِ 53. كِتَاب الْجَنَّةِ وَصِفَةِ نَعِيمِهَا وَأَهْلِهَا 54. كِتَاب الْفِتَنِ وَأَشْرَاطِ السَّاعَةِ 55. كِتَاب الزُّهْدِ وَالرَّقَائِقِ 56. كِتَاب التَّفْسِيرِ |
|
Kitab Nikah diatas adalah antara yg telah disiapkan. kitab - kitab seterusnya akan menyusul selepas ini. UNTUK TEMPAHAN: Layari http://www.hakim-eze.eracyber.com/ utk tempahan dan maklumat lanjut barangan dalam www.ittiba-sunnah.blogspot.com atau hubungi eazle di 012-4589460 |
|
|
Pembelian Video dan MP3 Pengajian Hadith Sunan Sittah Di IttibaSunnah Copyright Reserved 2007 |
|