Mengurangkan
Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas.
Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menggalakkan Pokok Ros Berbunga
Siram pokok bunga ros dengan air cucian beras. InsyaAllah pokok akan
mengeluarkan bunga yang banyak.
Menghilangkan
Bau Petai Di Mulut
Goreng sedikit beras tanpa minyak. Kemudian kunyah beras tersebut
sehingga lumat di mulut dan makan. InsyaAllah, bau petai atau jering
tersebut akan hilang dengan mudah.
Mengilatkan
Emas
Untuk mengilatkan emas, rendamkan emas dengan air asam jawa semalaman, kemudian
gosok dengan ubat gigi.
Baju Terkena
Minyak
Jika baju terkena minyak masak atau sambal, bubuh bedak atau tepung di tempat
yang kena dan biarkan semalaman.
Mengilap Perabut
Lama
Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua sudu
cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan kain yang
lembut. InsyaAllah perabut anda akan kembali berseri.
Menghilangkan
Mabuk Perjalanan
Petua 1 : Jika anda mabuk kerana menaiki
kenderaan, anda boleh berbekalkan sebiji limau. Ciumlah limau tersebut semasa
dalam perjalanan, Insya-Allah rasa, meloya anda akan hilang.
Petua
2 : Bancuh air didihan nasi bersama
sedikit gula. Minum ketika suam. Amalkan selalu.
Menghilangkan
Darah Pada Pakaian
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena
darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman dan kemudian cuci dan
bilas seperti biasa.
Menghalau Semut Halus
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut
halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan
menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut
halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh
ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.
Mengelakkan Cermin Kenderaan Kabur
Basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke
atasnya. Laplah bahagian luar dan dalam cermin kenderaan anda dengan menggunakan
tuala tadi.
Elakkan Anak Mengigau
Jika anak anda sering bangun dan berjalan semasa tidur jangan risau. Sembelih
ayam jantan dan ambil balongnya warna (Merah) diatas kepala atau dibawah
lalu dimasak , ianya boleh di makan oleh sesiapa saja bersama nasi setelah
dimasak gulai atau digoreng tidak memudaratkan kesihatan tetapi Ayam hendaklah
disembelih halal,dan berilah makan kepada anak anda. Petua ini telah dicuba
dan ternyata berhasil. InsyaAllah.
Pakaian
Terkena Cat
Rendamkan pakaian bersama minyak tanah. Biarkan beberapa jam.
Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Mengharumkan
Bilik Tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan
ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan
beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan
sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.
Terkena Atau
Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera
sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak
dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang
terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik.
Air Akuarium
Tahan Lama
Bagi
membuat air akuarium lebih lama bertahan dari selalu ditukar
ganti , masukkan seketul arang bagi menjernihkannya.
Menggemukkan
Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahu ikan bilis lalu diberikan kepada
binatang peliharaan untuk dimakan. InsyAllah, ini akan
menggemukkannya.
Menghindarkan
Tikus
Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di
tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.
Membuat Minyak Urut Kelapa
Ramuannya ialah 3 camca besar halba, 4cm halia, 4cm kunyit hidup, 3 ulas bawang putih, 5 biji bawang merah dan minyak kelapa dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak sehingga menjadi minyak. Cara membuatnya ialah tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.
Melebatkan
Misai dan Janggut
Ambil setengah gelas santan pekat yg dicampurkan dengan 1/4
gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga
dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada misai dan
janggut anda. Hasilnya amat memuaskan.
|