Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 :
Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan
terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya
dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu,
sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara
ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan
keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 :
Campurkan sedikit
bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama
sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit.
Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 :
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika.
Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah
agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini
juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 :
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau
sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah
dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit.
Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 :
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia
sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan
air bersih.
Menghaluskan Kulit Badan
Petua 1 : Buah
keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke
badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan
daki-daki dibadan (skrub)
Petua 2 :
Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi.
Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan
santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali
untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.
Menghilangkan Bau Badan
Petua 1 : Potongkan limau kasturi
dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu
bersama airnya. Amalkan selalu.
Petua 2 :
Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah
hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil supaya mudah
ditelan. Telanlah 3 kali sehari.
Melembutkan Rambut
Petua 1 :
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh
enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.
Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua
minggu.
Petua 2 :
Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis
dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan
seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda
lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.
Merawat Kulit Berkedut
Petua 1 :
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu
dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari.
Amalkan sehingga berkesan.
Petua 2 :
Utk mengurangkan garis
halus di wajah, ratakan selapis madu pada wajah dan biarkan selama
15-20 minit. Bersihkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air
(seelok-eloknya air hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa
titis jus lemon ke dalam madu sebelum disapukan pada wajah.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya
pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
Melembutkan
Tapak Tangan
Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan anda yang
basah. Ratakan sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan
merasakan tapak tangan anda menjadi lebih lembut.
Mewangikan Rambut
Hiris dua biji limau nipis nipis-nipis secara
melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan.
Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan
beberapa minit sebelum dibilas. Amalkan setiap kali sebelum mandi.
Menghilangkan Parut
Petua 1 :
Ambil biji asam jawa. Goring tanpa
minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu
atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan
gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat
menghilangkan parut tersebut.
Petua 2 :
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini
dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah
sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur
hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik
hitam dan jerawat di wajah.
Petua 3 :
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas
dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan
pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering.
Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia
amat berkesan utk menghilangkan parut.
Petua 4 :
Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit
pisang kapas.
Petua 5 :
Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 6 :
Ambil sedikit beras,
kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini
sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan
ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan
perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan
dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil
yang memuaskan.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir.
Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta
satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda.
Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas
rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan
rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan
rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu,
petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Menghaluskan
Kulit Kaki dan Tangan
Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan.
Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas kelapa.
Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan tuala.
InsyaAllah hasilnya pasti memuaskan.
Mengatasi Pecah
Pada Jari
Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki,
bancuhlah sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila sebati,
sapukan pada bahagian jari yang pecah-pecah. Amalkan selalu dan
lihat hasilnya.
Menanggalkan
Daki Pada Badan
Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk
menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak,
leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas
kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada
daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah
kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn
menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Awet Muda
Petua 1 : Amalan
memakan ulam-ulam yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu
kita mengekalkan kesihatan dan akan kelihatan lebih muda dari usia
sebenar. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda
akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada
kesihatan dalaman anda.
Petua 2 :
Ambil 2 helai pucuk
betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci lempoyang, 2 inci isi cekor dan
satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar lumat dan ditapis. Minum
ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda lebih bersih, berseri
dan kulit cantik.
Mengelak Keguguran Rambut
Petua 1 :
Ambil beberapa
helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan
kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
Lakukan 2 kali seminggu.
Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat
semulajadi.
Petua 2 :
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak.
Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga
dapat mencegah kelemumur.
Petua 3 :
Rendamkan kacang hijau
semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala
sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru
kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilangkan
Parut Campak ( Chiken Pox )
Petua 1 : Pada
tanda yang berlubang, sapukan kulit pisang (bahagian dalam ) dimana
lendir pada kulit pisang tersebut boleh menyembuhkannya. Cuba
hari-hari selepas cacar tersebut kering. Manakala pada tanda hitam ,
kisar kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian
tersebut seperti bedak. Insyaallah.
Petua 2 :
Parut sebiji jagung
muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama
beberapa hari.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari
pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering
sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh
sendiri.
Meluruskan Rambut
Petua 1 :
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air
limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga
atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit
kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1
jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan
dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2 :
Basuh rambut anda
dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas
itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian
basuh dengan syampu sehingga bersih.
Bibir Sentiasa
Berseri
Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat
dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau
rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat
melihat hasilnya.
Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong
bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah
betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang
memuaskan.
Petua 2 :
Beberapa
keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air
suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga
tumit sembuh semula.
Petua 3 :
Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar.
Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan InsyaAllah tumit kaki anda
tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada
simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.
Petua 4 :
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.
Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.
Mencerahkan Ketiak
Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba
petua ini. Campur sedikit kapur sireh bersama perahan limau nipis.
Sapukan pada ketiak setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan
ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.
Menghilangkan
Bulu Ketiak
Petua 1 :
Langkah pertama ialah dengan mencabut
bulu ketiak keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan
ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh.
InsyaAllah dgn cara ini, bulu ketiak akan hilang.
Petua 2 : Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. Gaul rata
dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur,
setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.
Petua 3 :
Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus.
Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap
malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan
sendirinya.
Menghilangkan
Bau Ketiak
Petua 1 : Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan
kedua-dua bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2
kali seminggu.
Petua 2 :
Rebus lima helai daun
sireh dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan airnya tinggal separuh
gelas. Tapis dan campur gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali
seminggu.
Petua 3 :
Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan
airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
Petua 4 :
Tumbuk daun sireh
dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan
beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air
biasa. Amalkan dua kali seminggu.
Mengilat
Kuku Kaki
Petua 1
: Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku
kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sekerap yang anda mahu.
Petua 2 : Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku
kaki supaya kembali bersih dan berkilat.
Melembapkan Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi
dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama
seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit
anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.
Menguatkan Akar Rambut
Parut lobak merah dan perah
airnya. Air perahannya digunakan untuk mendinginkan kulit kepala.
Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut
perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut.
Menghilangkan
Bintik Hitam
Petua 1 :
Sapukan ubat gigi pada
kawasan bintik hitam pada wajah anda sebelum masuk tidur. Warna
bintik-bintik hitam akan beransur pudar dan menjernihkan wajah anda
sekaligus.
Petua 2 :
Rendamkan sehelai tisu
ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat
yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh
muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.
Melebatkan
Bulu Kening
Petua 1: Bakar
dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk lumat. Sapukan
pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan
dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Petua 2 :
Ambil batang pucuk paku. Ramas sehingga keluar lendir. Sapukan
lendir tersebut pada bulu kening. Amalkan selalu.
Mengelak Kuku
Panjang Patah
Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih,
dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. InsyaAllah kuku
akan menjadi kuat dan berseri.
Mengurangkan Bintik Putih
Petua 1 :
Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren. Kisar
bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan
campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di
tempat-tempat yang ada bintik putih. InsyaAllah jika rajin
mengamalkannya, bintik2 putih di muka akan berkurangan.
Petua 2 :
Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering airnya.
Kisar beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras ini utk
mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit perlahan2
selama 5 minit. Cuci hingga bersih. InsyaAllah wajah akan lebih
halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.
|