.:: Petua Orang Melayu Berkaitan Amalan Harian

 

  Koleksi petua ini dipetik daripada pelbagai sumber dan sumbangan orang ramai. Kemujarabannya tidak diketahui. 

 

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih.Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
 
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Badan Ringan Dan Bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghindari Penyakit Kulit
Jika terlalu banyak tidur pada siang hari adalah dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit-penyakit kulit. Oleh itu elakkan dari banyak tidur di siang hari.

Melebatkan Rambut
Masukkan air yang betul-betul  sejuk ke dalam lubang yang ditebuk pada batang pisang yang telah ditebang. Selepas beberapa ketika dimasukkan ke dalam lubang, air itu diambil dan gosokkan di kepala. Atau anda lubangkan tunggul batang pisang yang ditebang. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya anda akan dapati ia dipenuhi dengan air yang sangat sejuk. Ambil dan sapukan air tersebut pada rambut. Buatlah tiap-tiap hari, InsyaAllah berkesan.

Sumpahan Ular dan Lipan
Apabila kita terjumpa ular jangan kita sebut ular sebaliknya panggillah "Akar Rotan". Bila jumpa lipan pula, jangan dipanggil lipan sebaliknya "Tukang Lauk". Dengan panggilan tersebut, kedua-dua binatang itu menjadi lemah, lesu dan tidak bermaya.

Sihat Zahir Batin Selepas Bersalin
Mengikut cara org tua-tua, semasa dalam pantang jangan sekali-kali tidur terlentang kerana takut kesihatan zahir batin terganggu. Sebaliknya, semasa dalam pantang hendaklah tidur bersandarkan bantal dan jangan makan makanan yg berminyak. Selepas pantang kelak, anda akan kelihatan segar dan berseri dengan mengamalkan petua ini.

Minuman Dimasuki Lalat
Jika lalat jatuh ke dalam minuman, rendamkan terus lalat itu kemudian buangkan. Air itu selamat untuk diminum.
(Intipati dari hadis)

Petua Memotong Kuku
Hendaklah dimulakan dari jari telunjuk kanan hingga ke jari kelingking dan seterusnya jari kelingking kiri ke ibu jari tangan kiri. Akhir sekali ibu jari tangan kanan. Semua kuku yang sudah dipotong hendaklah ditanam. Mudah-mudahan kita mendapat berkat di dunia dan akhirat. Hari baik memotong kuku ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Mengetahui Jantina Anak dalam Kandungan
Perhatikan kedua-dua buku lali isteri anda. Jika kelihatan licin dan putih berseri berkemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan. Segalanya dengan izin Allah.

Naikkan Seri Wajah
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

Petua Mengasah Pisau /Senjata
Jangan diasah senjata seperti parang dan pisau sewaktu perut terlalu kenyang. Semasa mengasahnya, mata hujungnya jangan dihalakan ke badan kita. InsyaAllah selamat.

Mengelak Badan Lemah
Jangan makan banyak makanan yang serba masam, nanti badan jadi lemah.

Mencari Atau Mengingati Sesuatu Benda Yang Terlupa
Adakalanya kita terlupa dimana letaknya barang yang kita simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun dimana juga. Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah & mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini insyaAllah barang yang anda cari ataupun apa saja yang anda terlupa akan anda jumpa/ingat semula. Amalkan membaca SELAWAT ( berulang-ulang kali ) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran mengingati kembali bilakah waktu akhir anda nampak/pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda ( maksudnya belum musnah/dicuri orang ). Cubalah sendiri dan dengan kuasa Allah anda akan menemui apa yang anda cari. Petua ini telah saya amalkan dan setakat ini sungguh berhasil sekali. 

Petua Awet Muda dari Ustaz Ismail Kamus
1. Melambatkan minum air setelah makan - minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-Quran. - niat ikhlas kerana Allah.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam - sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah. - kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya.
6. Mulakannya sesuatu urusan dengan 'nawaitu' yg baik dan niat kerana Allah.

Menghilangkan Rasa Pening Kepala
Setiap kali mandi, anda haruslah mengambil air dari hujung rambut anda. Ambil air tersebut sapu ke muka dari bawah ke atas sambil membaca selawat ke atas nabi. InsyaAllah, sekiranya petua ini diamalkan anda akan merasai perubahannya.

Petua Menyarung Kain Batik
Mungkin anda tidak terfikir bahawa cara menyarung pakaian juga mempengaruhi seri wajah seseorang. Satu petua orang tua-tua yang boleh diamalkan ialah ketika menyarung kain batik, jangan sesekali menyarungnya dari kepala ke bawah. Sebaliknya sarunglah kain batik bermula dari kaki. InsyaAllah seri muka tidak  hilang.

Untuk Senang Tidur Malam
Bagi sesiapa yang mungkin mempunyai masalah sukar tidur malam,mungkin boleh cuba petua ini. Jika dapat, biarkan kita tidur dalam keadaan sekeliling kita penuh suasana kebiruan seperti cadar, sarung bantal dan sebagainya. Warna biru dikatakan dapat menenangkan fikiran. Sebelum tidur pula,ambil lemon dan belah dua. Cium bau lemon tadi dan letakkan lemon tadi dibahagian kepala kepala. Insyaallah, boleh memudahkan tidur.Tapi jangan lupa adab tidur sekali.

Petua Awet Muda
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat. 

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang  diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.

Awet Muda (Urutan wajah)
Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jgn sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan

Menguatkan Gigi
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit. Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur,tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w.Niat dalam hati utk bangun pagi
Insya-Allah,esok terjaga dengan sendirinya.

Menyah Bau Ketiak
Untuk mengelak ketiak berbau tengik , ketika mandi sapukan ketiak dengan kepala lutut beberapa kali. Amalkan setiap hari.

Menghindari Penyakit
Petua 1 : Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain menghindarkan penyakit ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.

Petua 2 : Menahan nafas ketika minum juga dapat mengekalkan kesihatan badan.

Mata Terkena Cili
Petua 1 : Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. Insyaallah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu. Selamat mencuba 

Petua 2 :  Sekiranya mata kiri terkena cili, basuh ibu jari kaki kanan dan begitulah sebaliknya.  

Petua 3:  Gosokkan dengan hujung rambut.

Memudahkan Segala Urusan
Diambil dari ayat 8 surah Yaasin. Amalkan setiap kali selepas solat 5 waktu atau dibaca tidak kira apa jua niat anda. Insya Allah segalanya menjadi mudah pekerjaan anda. Baca dengan niat yang ikhlas. 

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli,jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling.Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Penawar Ilmu Pukau
Peliharalah seekor ikan puyu di dalam rumah, banyak khasiatnya. Namun kepada Allah jua kita berserah.

Penawar Pengsan
Ambillah segelas air dan baca "Ayat Kursi" sebanyak 11 kali. Sapu air tersebut ke muka, kepala dan badannya lalu ditiupkan  pada telinganya sambil menyebut namanya. Buatlah dgn tenang dan penuh sabar. InsyaAllah, dia akan sedar dari pengsannya.

Petua Pelembut Hati
Bacalah ayat 200 surah Al-Imran dan ditiupkan pada muka anak-anak atau dalam air untuk di beri minum pada anak-anak, supaya mereka lembut hatinya dan mahu mengikut cakap ibu/bapa. Bacaan ini hendaklah di baca sendiri oleh ibu/bapa, tak perlu mintak air jampi pada tok bomoh/pawang. Amalkan setiap hari. Elok juga di baca 3 kali atau lebih, dan di tiupkan pada ubun-ubun mereka sebelum mereka tidur setiap hari.

Supaya Tidak Panas Memakan Durian
Supaya tidak pening atau panas ketika memakan terlalu banyak durian, masukkan sedikit air ke dalam pangsa durian dan minum.

Masakan Termasin
Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian, basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutupkan semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.

Tumbesaran Anak Cepat
Anak-anak akan lebih giat membesar jika dikenakan pakaian yang longgar.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menyejukkan Air Panas
Cara untuk menyejukkan air panas dengan cepat dan mudah ialah memasukkan sebatang sudu besi ke dalamnya. Biarakn seketika. Air panas ini akan cepat sejuk.

Memasak Nasi Yang Mentah
Isi air dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan perlahankan api sehingga nasi masak.

 

Disclaimer: Petua di dalam laman web ini disiarkan sebagai wadah perkongsian ilmu. Koleksi petua ini adalah dari petikan majalah, akhbar, "forwarded emails", orang-orang tua  dan kiriman pengunjung laman ini. Setinggi penghargaan diberikan kepada mereka yang sudi mengirim petua dan menjayakan laman petua ini. Namun peringatan, kemujaraban petua di atas tidak diketahui secara saintifik dan pihak laman web tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kesulitan yang timbul akibat mengamalkan petua-petua di atas.
Hosted by www.Geocities.ws

1