Sehingga pelajar diberi peluang, mereka tidak dapat mengaitkan idea atau pengetahuan yang dikumpul dalam sesuatu aktiviti pembelajaran atau tajuk dengan apa yang telah dipelajari ke dalam situasi yang lain. Untuk mempastikan pelajar-pelajar dapat membuat kaitan-kaitan ini, perlu ada strategi yang akan membolehkan mereka membina kerangka konsep di mana mereka mengaitkan suatu rangkaian idea sainstifik yang baru dengan yang lama.
Pemetaan konsep adalah merupakan satu daripada strategi di mana pelajar perlu meneroka perkaitan di antara konsep-konsep individu yang saling berkaitan. Sebilangan konsep boleh diatur oleh pelajar di atas sehelai kertas dan kemudiannya konsep-konsep ini dihubungkan dengan frasa-frasa atau idea-idea yang menjelaskan sebab perkaitan yang telah dibina. Pada peringkat permulaan, pelajar bolehlah mencuba membina gambarajah konsep mudah yang mengaitkan beberapa konsep (katakan empat atau lima) yang saling berkait. Perhatikan contoh dalam rajah di bawah.
<

JANTUNG mengepam DARAH membawa OKSIGEN yang diperlukan oleh TISU BADAN. Peta konsep di atas adalah sangat mudah. Ia menunjukkan hanya beberapa perkaitan antara beberapa perkataan sahaja. Apabila pelajar telah mahir, peta konsep boleh dibina untuk menunjukkan domain pengetahuan yang lebih luas dan akan memerlukan pelajar mengaitkan apa yang baru dipelajari dengan pengetahuan sedia ada mereka. Nisbah konsep-konsep ditunjukkan dengan dua, tiga, atau lebih anak panah perkaitan. Sebagai contoh, perhatikan peta konsep di bawah:
<

Perhatikan bagaimana setiap perkataan di dalam peta konsep dikaitkan dengan perkataan lain dengan anak-anak panah dan ada beberapa perkataan yang menceritakan bagaimana perkataan-perkataan itu berkaitan.
Pemetaan konsep yang dibincangkan
di sini meliputi aspek-aspek berikut:
b. Menyediakan
suatu titik mula untuk pelajar membuat perbincangan.
Pemahaman yang pelajar perolehi sebelum ini yang dipegang oleh
seseorang pelajar boleh dicabar apabila pelajar mempunyai peluang
bercakap tentang sebab-sebab dia mengaitkan konsep-konsep dalam
keadaan yang ditunjukkan kemudian membuat perbandingan dengan
pelajar lain dengan memberi justifikasi pemilihan mereka.
c. Memberi maklumbalas
kepada guru hasil pembelajaran hari
berkenaan.
d. Membolehkan
pelajar mengaitkan idea dan pengetahuan dalam satu
aktiviti dengan situasi pembelajaran yang lain.
litar, elektron, arus, bateri, perintang, mentol
Kemudian berikan pelajar-pelajar anda sehelai kertas yang kemudiannya dipotong segi empat tepat. Pelajar-pelajar dikehendaki menulis perkataan-perkataan di atas di atas potongan kertas itu.
Konsep-konsep yang ingin dipetakan
hendaklah difikirkan dengan teliti. Jika pelajar anda belum mahir dengan
proses ini dan menghargainya, hadkan perkataan-perkataan yang hendak dikaitkan;
katakan enam sahaja. Mana tahu, anda mungkin tidak perlu memberikan idea
untuk memulakan peta konsep ini. Apabila mereka telah mahir membina peta
konsep, biarkan mereka memilih sendiri kata kunci untuk tajuk-tajuk pengajaran
anda. Anda juga boleh galakkan pelajar mencari kata kunci melalui pembacaan
dari muka surat tertentuk dalam buku teks. Lihat soalan 4.
Soalan 1:
Perhatikan peta konsep di bawah.

Kenalpasti dua konsep yang silap dikaitkan. Tambah dua lagi perkaitan di dalam petan konsep ini. Jangan lupa frasa perkaitan anda.
Soalan 2:
Gunakan perkataan-perkataan di
bawah untuk mebina sebuah peta konsep:

Kembali ke halaman utama