Penilaian Perisian Kursus (Courseware Evaluation)

Pengenalan:

Satu daripada faktor penting dalam menggunakan komputer di bilik darjah ialah aspek pemilihan perisian kursus. Jika perisian yang dipilih tidak dapat menjalankan tugas yang diperlukan, maka keseluruhan aktiviti itu gagal.

Jadi, anda sebagai guru yang ingin menggunakan komputer di dalam bilik darjah pastinya mahu memastikan bahawa penggunaan perisian kursus itu berkesan untuk tujuan ia digunakan. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menilai perisian yang ingin digunakan sama seperti yang anda lakukan terhadap buku rujukan, lembaran kerja dan seumpamanya. Terdapat beberapa perkara harus diambil kira sebelum perisian itu digunakan di bilik darjah. Persoalan-persoalan itu adalah seperti:

Apakah tujuan penilaian itu dibuat?

Dalam erti kata yang luas, cara penilaian terhadap sesuatu perisian kursus bergantung kepada tujuan penilaian itu dilaksanakan. Antara beberapa tujuan sesuatu penilaian perisian kurusus dibuat ialah:

    1. Untuk mengesan kelemahan dan kekuatan perisian.
    2. Untuk melihat kesesuaiannya dengan kurikulum sekolah.
    3. Untuk menimbang untuk membeli.

 

Bagaimanakah cara menilai perisian?

Anda boleh menilai sesuatu perisian melalui beberapa cara. Berikut adalah antara cara yang boleh anda gunakan untuk menilai sesuatu perisian sebelum mebuat pilihan untuk membeli atau menggunakannya di dalam bilik darjah:

    1. Melihat perisian demo (demo software) – kerap boleh didapati di dalam internet
    2. Panduan dari manual dan rencana khusus
    3. Laksanakan (run) program perisian kursus dan tentukan sama ada mahu gunkan atau tidak
    4. Bercakap atau berbincang dengan guru lain yang telah menggunakannya.
    5. Cuba buat silap dan lihat apa terjadi.

 

Apakah kategori yang harus digunakan untuk menyatakan perisian itu berkesan?

Terdapat beberapa kategori yang diberikan untuk menyatakan keberkesanan sesuatu perisian. Ambil contoh satu perisian latih tubi. Program yang mengemukakan soalan secara rawak setiap kali dijalankan dianggap lebih baik daripada program yang mempunyai urutan soalan yang tetap. Program yang membenarkan pengguna menukar arah (branching) tentunya lebih baik daripada program secara linear. Atau anda mahu memfokas kepada aspek teknikal atau aspek interktiviti sahaja. Jadi, pastikan dengan betul adakah kriteria seperti di atas menjadi asas pemilihan perisian kursus yang anda inginkan. Marks (1999) membahagikan aspek-aspek berikut semasa membuat penilaian terhadap sesuatu perisian:

    1. Kandungan Pelajaran (Educational Content)
    2. Aspek Kepenggunaan (Ease of Use)
    3. Aspek Interaktiviti (Interactivity)
    4. Aspek Motivasi (Motivational)
    5. Aspek Persembahan (Presentation)

Siapa yang menilai?

Orang yang menilai sesuatu perisian kursus tentunya mempunyai agendanya yang tersendiri.

Ia juga bergantung kepada siapa yang menilainya. Bagaimanapun biasanya jika seorang guru menilai sesuatu perisian adalah sama ada ia ingin;

    1. Membelinya
    2. Menggunakannya di dalam bilik darjah atau
    3. Membangunkan perisian yang serupa tetapi lebih baik, seseuai dengan keperluannya di bilik darjah.

Jadi, siapa sahaja boleh menjadi penilai. Pengetua, Guru Besar, Ketua Bidang, Guru, Guru Pusat Sumber mahupun pelajar sendiri.

 

Apakah pertimbangan yang perlu anda lakukan?

Setelah melihat beberapa persoalan mengenai penilaian perisian kursus di atas, saya pasti anda telah pun membuat keputusan terhadap penilaian yang ingin anda lakukan. Sebagai panduan, saya cadangkan satu format penilaian perisian kursus dalam bentuk sebuah borang. Bagaimanapun. Ini bukanlah yang terbaik. Anda saha tahu apa yang anda mahukan maka penilaian yang anda bina sendiri adalah yang terbaik.

 

 

 

Ditulis oleh: Hjh. Norizan bt. Hj. Ahmad

Maktab Perguruan Ipoh Perak

Jun 1999

 

 

***

Borang Penilaian Perisian Kursus

Tajuk Program: _______________________________________________

Penerbit : _________________________________________________

Tahun Terbitan: ______________

Bidang/Tema: _____________________________________

Julat Umur: ______________ Mata pelajaran: _____________

Keperluan Hardware: _____________________ Harga: _____________

 

Jenis Perisian Kursus:

Latih tubi Tutorial Simulasi Permainan

Lain-lain Nyatakan: ______________________

Nama Penilai: ____________________________ Disyorkan: Ya / Tidak

Skala Penilaian: 1 - Lemah

2 - Sederhana

3 - Baik

4 - Sangat baik

KANDUNGAN PELAJARAN

Objektif pelajaran dinyatakan dengan jelas

1

2

3

4

Kandungan program menepati sukatan pelajaran

1

2

3

4

Kandungan disusun secara ansur maju

1

2

3

4

Padan dengan julat umur yang disyorkan

1

2

3

4

Program mengandungi aktiviti dan latihan yang sesuai dengan objektif pelajaran

1

2

3

4

Program memberi variasi kepada penggunaan seterusnya

1

2

3

4

Program bebas dari isu kaum, agama, sex dsb.

1

2

3

4

Istilah baru ditakrifkan/ diperkenalkan

1

2

3

4

Ulasan Keseluruhan Mengenai Kandungan Pelajaran:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PENGGUNAAN PROGRAM

Pelajar boleh menggunakan program tanpa bantuan

1

2

3

4

Program mudah dibeban (load) dan keluar (exit)

1

2

3

4

Pelajar mudah menyimpan dan memanggil kembali fail

1

2

3

4

Pelajar boleh bergerak ke interphase yang diperlukan: hadapan, kembali, menu dsb. (navigate)

1

2

3

4

Boleh kembali ke bahagian terakhir setelah keluar dari program

1

2

3

4

Program tidak memerlukan kemahiran komputer yang tinggi

1

2

3

4

Kriteria kemajuan boleh dilaraskan oleh guru/pengguna

1

2

3

4

Dokementasi Guru

1

2

3

4

Dokumentasi Pelajar

1

2

3

4

Ulasan Keseluruhan Mengenai Penggunaan Program:

 

 

 

 

 

 

 

INTERAKTIVITI PROGAM

Program berupaya menarik minat pelajar

1

2

3

4

Program memberi maklumbalas berguna kepada pelajar: rekod pelajaran yang telah dipelajari, analisis soalan yang telah dicuba dsb.

1

2

3

4

Program menyediakan bantuan kepada pelajar

1

2

3

4

Program menggunakan keupayaan interaktif komputer secara efektif: branching, hiperteks, hiperlink dsb.

1

2

3

4

Ulasan Keseluruhan Mengenai Interaktiviti Program:

 

 

 

 

 

 

ASPEK MOTIVASI

Program berupaya mengekalkan minat pelajar: pelajar ingin meneruskan menggunakan program

1

2

3

4

Program menyediakan pelajar pilihan-pilihan: aras, cabaran dan aya ingin tahu

1

2

3

4

Program memberi galakan kepada pelajar

1

2

3

4

Ulasan Keseluruhan Mengenai ASPEK MOTIVASI:

 

 

 

 

 

 

 

ASPEK TEKNIK

Paparan skrin jelas dan disusun dengan menarik

1

2

3

4

Program menggunakan teks, warna, grafik, animasi, bunyi dan video secara harmoni

1

2

3

4

Program mengelakkan kelewatan (delay) yang tidak perlu: menunggu sesuatu soalan atau grafik dipaparkan, bunyi tepukan yang panjang dsb.

1

2

3

4

Program tidak mudah "crash"

1

2

3

4

Program "robust": tidak case sensitive, tidak berhenti jika silap tekan kunci atau mudah keluar (exit) hanya dengan tekan butang ESC

1

2

3

4

Ulasan Keseluruhan Mengenai Aspek Teknik:

 

 

 

 

 

 

Ulasan keseluruhan:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

*** RUMUSAN PENILAIAN ***

Hosted by www.Geocities.ws

1