Pengajaran Berteknologi
Model Organisasi Bilik Darjah Berteknologi
Terdapat pelbagai model yang dikemukakan
apabila membincangkan penggunaan komputer dalam bilik darjah. Antaranya
ialah:
Anda boleh juga perhatikan gambar-gambar ini sebagai rujukan.
Pola Pengawal
Pola
ini membolehkan guru berfungsi sebagai seorang pengawal penggunaan komputer
dan pelajar hanya dibenarkan menggunakan komputer itu apabila dirasakan
perlu. Ini bermakna penggunaan komputer dikuasai oleh guru sendiri ketika
proses p&p sedang dilakukan manakala pelajar bersikap pasif terhadap
apa yang disampaikan. Bagaimanapun dengan kebijaksanaan guru, pelajar boleh
diajak menggunakan kemahiran berfikir semasa sesi p&p sedang berjalan.
Pola Penyimpang
Pola
ini memperlihatkan penumpuan pelajar terhadap guru ataupun kandungan kursus
dipesongkan oleh komputer itu sendiri. Tumpuan pelajar hanya diarahkan
kepada teknologi yang dihasilkan oleh komputer tidak kepada objektif
p&p guru.
Pola Pemisah
Guru
menggunakan komputer untuk memisahkan dirinya dengan pelajar di dalam bilik
darjah. Situasi ini wujud apabila guru membiarkan pelajar-pelajarnya mengalami
aktiviti p&p secara bersendirian manakala guru berfungsi sebagai fasilitator
sahaja.
Pola Rakan Sekongsi
Pola
ini mengutamakan kerjasama antara guru dengan pelajarnya. Komputer digunakan
dalam proses p&p yang berkehendakkan interaksi di antara guru dan pelajar.
Guru di sini boleh berfungsi sebagai seorang pembimbing ataupun pemudahcara
yang membantu pelajar dalam pembelajaran dengan menggunakan komputer.
Kaedah Kelas
Kaedah
ini dilakukan apabila bilik darjah hanya mempunyai sebuah komputer sahaja.
Komputer boleh dihubungkan kepada sebuah atau beberapa TV atau panel LCD
yang diletakkan di atas OHP. Lebih baik lagi jika kelas itu mempunyai sebuah
projektor LCD. Susunan begini memberi peluang kepada semua pelajar untuk
melihat kepada paparan pada skrin komputer. Penggunaan komputer secara
ini menjadikannya sebagai sebuah alat bantu mengajar dan guru memainkan
peranan yang dominan dalam proses p&p.
Bagaimanapun penggunaan sebuah komputer dalam bilik darjah
bukanlah halangan untuk menggunakan teknologi ini. Lihatlah catatan-catatan
berikut mengenai pengalaman guru-guru di luar negara menggunakan komputer
dalam bilik darjahnya.
Pengalaman 1
Kaedah Kafeteria
Kaedah
ini boleh digunakan jika hanya terdapat sebuah atau dua buah komputer sahaja
di dalam bilik darjah. Pelajar secara bergilir berkongsi menggunakannya
untuk melakukan suatu tugasan yang ditentukan oleh guru. Ini bermakna kelas
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Guru perlu memberi arahan yang
jelas dan mengawal masa penggunaan komputer oleh setiap kumpulan. Pelajar
lain yang tidak berkerja dengan komputer perlu diarahkan untuk melakukan
tugasan lain; aktivit pelajaran yang sama objektifnya.
Guru tidak perlu berada hampir dengan komputer sepanjang
masa. Guru boleh melatih beberapa orang pelajar atau wakil setiap kumpulan
untuk tujuan ini. Oleh itu, guru boleh menggunakan masa itu untuk membimbing
pelajar lain. Kaedah ini amat sesuai untuk perisian latih-tubi atau penerokaan
melalui CD atau internet untuk mendapatkan sesuatu maklumat.
Kaedah Kumpulan
Apabila
bilik darjah mempunyai bilangan komputer yang banyak, guru boleh melaksanakan
pembelajaran secara kumpulan sepenuhnya. Setiap kumpulan mempunyai peluang
menggunaakn komputer untuk masa yang lama. kaedah ini telah terbukti telah
menggalakkan sikap kerjasama antara pelajar. Peranan pelajar adalah lebih
dominan.
Galeri Gambar-Gambar
|
Pandangan hadapan sebuah makmal sains yang dilengkapi
dengan TV, LCD Overhead Display yang siap dihubungkan kepada komputer |
|
|
Bilik komputer yang digunakan untuk pengajaran hendaklah direka sedemikian
rupa supaya pengguna boleh melihat pengajar dan juga paparan di skrin dengan
jelas. Meletakkan monitor komputer pada aras yang lebih rendah dari aras
meja adalah salah satu daripada penyelesaiannya. Perhatikan juga kelengkapan pencetak yang disediakan di bilik ini. Kehadiran pencetak memudahkan pengguna mencetak hasil kerja masing-lasing untuk tujuan penilaian dan rekod. Meletakkan projektor LCD tinggi di siling boleh menyelesaikan masalah wayar yang berselirat, menjadikan bilik ini kelihatan lebih terurus. |
|
Pola penggunaan komputer yang manakah digunakan di dalam setting dalam
gambar di sebelah? |
|
Ketiadaan projektor LCD bukanlah suatu masalah besar. Ia boleh diganti dengan
menggunakan sebuah TV berskrin besar (25 in. atau 29 in.) |
|
Kehadiran meja bulat atau panjang di dalam bilik komputer membolehkan pengasingan
kerja; perancangan, perbincangan (tanpa komputer) dan keying maklumat
ke komputer. |
|
Jarak di antara terminal komputer hendaklah sesuai dan selesa jika aktiviti
pengajaran memerlukan pengguna mengadakan perbincangan di hadapan komputer. |
|
Penggunaan kerusi pusing membolehkan perhatian dialih dari komputer kepada
pengajar. Dapat diperhatikan di dalam gambar ini pengguna membelakangkan
skrin komputer supaya perhatian penuh boleh diberikan kepada pengajar. Selain
daripada itu, pengajar boleh memantau kerja pengguna dengan seklai pandang. |
|
Bandingkan gambar di atas dengan gambar di sebelah. |
Kesimpulan:
Apabila merancang bilik komputer untuk kegunaan pengajaran, jangan fikirkan
semata-mata berapa komputer berapa komputer yang boleh dimuatkan di dalam
bilik itu, fikirkan juga tentang cara komputer-komputer itu akan digunakan,
jika mahu komputer-komputer itu digunakan dengan baik-baiknya.
Terima kasih
Hjh. Norizan bt. Hj.
AHmad
Pengalaman 2:
Effective Use of Technology in the Classroom
General Tips for Using Technology Effectively:
Designing Overheads or Electronic Presentations
Format
Typefaces
Color Contrast
The Best Color Combinations
Summary
Kembali ke atas
Select one format, vertical or horizontal, and use it throughout your
presentation
28 Jun 2000
MP Teknik
Kuala Lumpur