1. Lipatkan kepingan kertas bulat kepada dua
bahagian yang sama.
Warnakan satu daripada
dua bahagian yang sama.
(a) Satu dari berapa kawasan yang diwarnakan?
Kita tulis sebagai pecahan
atau kita sebut sebagai satu perdua
(b) Adakah kawasan satu perdua yang tidak diwarnakan?
(c) Ada berapa setengah bagi semua kawasan tersebut?
2. Lipatkan satu lagi kertas bulat kepada dua bahagian yang tidak sama.
Adakah kawasan yang diwarnakan itu satu perdua? Mengapa?
3. Potongkan kertas bulat kepada empat bahagian yang sama.
Hitamkan satu kawasan daripada empat kawasan yang sama.
(a) Satu daripada berapa kawasan yang dihitamkan?
Kita tulis sebagai
dan disebut sebagai satu perempat.
4. Bahagikan kertas segiempat kepada lapan bahagian yang sama.
Warnakan tiga daripada lapan bahagian tersebut.
(a) Berapa banyak bahagian sama yang diwarnakan?
Kita tuliskan sebagai
dan dibaca sebagai tiga perlapan.
(b) Berapa banyak lapan bahagian yang sama tidak diwarnakan?
Apakah pecahan bagi kawasan yang tidak diwarnakan?
(c) Letakkan lapan bahagian yang sama menjadi satu.
Berapakah bahagian lapan untuk menjadi satu?
5. Bagi setiap pecahan, angka dibahagian atas dinamakan sebagai pengangka dan angka di bawah dinamakan penyebut.
3 Pengangka
__
8 Penyebut
Latihan
1. Kaji gambarajah berikut dan lengkapkan jadual yang diberi. (sesuai sebagai aktiviti kumpulan.
(a) (b)
(c) (d)
Rajah Bilangan kawasan yang sama Bilangan kawasan yang diwarnakan Pecahan
bagi kawasan yang diwarnakan Pengangka Penyebut
(a)
(b)
(c)
(d)
Kemahiran menukarkan pecahan setara
1. Potong sekeping kertas empat segi kepada tiga jalur yang sama
(a) Ambil satu jalur dan bahagikan kepada dua bahagian yang sama.
Apakah pecahan bagi satu daripada dua bahagian tersebut?
Tuliskan bagi setiap bahagian.
(b) Bahagikan jalur kedua kepada empat bahagian yang sama.
Apakah pecahan bagi satu bahagian?
Tulis bagi setiap bahagian.
(c) Bahagikan jalur ketiga kepada lapan bahagian yang sama.
Apakah pecahan bagi satu bahagian?
Tuliskan bagi setiap bahagian.
(d) Lekatkan ketiga-tiga jalur didalam buku nota anda.