Internet - Suatu Pengenalan

oleh
Hj Zainal Aalam b Hassan
Hjh Norizan bt Hj Ahmad
Kuliah disampaikan semasa Kursus komputer Untuk Jurulatih Utama Fasa III
di Maktab Perguruan Kinta Ipoh
22 Disember 1997
 

1. Apa dia internet?

Internet yang bermula dalam tahun 1960an dalam bidang ketenteraan kini telah meresapi dunia perniagaan, perhubungan, pendidikan, rekreasi dan banyak lagi. Kini boleh dikatakan internet adalah untuk semua.

WWW (World Wide Web) adalah apendej popular yang mengandungi berbilion-bilion maklumat yang disimpan dalam komputer di merata dunia. Maklumat ini bukan sahaja berupa teks, malahan grafik, bunyi, dan video. Bermula dalam tahun 1989, WWW mengizinkan pengguna mencari dan melihat maklumat dengan mudah tanpa perlu mengetahu dimanakah maklumat itu datang.

Kini, jika anda mempunyai akaun internet di rumah, di sekolah atau di pejabat seolah-olah anda mempunyai sebuah perpustakaan dunia. Lebih menarik lagi maklumat yang anda dapat adalah yang terkini kerana dikemaskini setiap hari.
 

2. Bagaimana internet berfungsi?

Di Malaysia terdapat dua syarikat pembekal khidmat internet (Internet Service Provider (ISP) yang popular, iaitu MIMOS (JARING) dan Telekom (Tmnet).

(JARING = Joint Advanced Research Integrated Networking)

3. Keperluan anda

 

4. Melayari "The WEB"

    Melayari internet adalah umpama memandu dilebuhraya dan singgah ke rumah kawan. Oleh itu, a. Anda mesti tahu siapa yang hendak dilawati (maklumat yang diperlukan) b. Anda perlu tahu alamat tempat tinggalnya (alamat internet) c. Anda mesti ada kunci kereta (komputer penghubung) d. Dapatkan peta perjalanan ( browser)
Alamat internet adalah dalam bentuk standard yang dipanggil URL (Uniform Resource Locator)
Contoh: Jangan bimbang jika anda tidak tahu alamat internet. Anda boleh dapatkannya di dalam rencana-rencana di akhbar, iklan dan sebagainya.

5. Mod Carian
Kadangkala kita tidak dapat pastikan dimanakah alamat maklumat yang kita perlukan. Mod carian bertindak seperti buku panduan telefon. Anda hanya perlukan kata kunci dan search engine yang bersesuaian untuk mencari maklumat anda itu.
Beberapa search engine yang popular dalam internet ialah:
Yahoo http://www.yahoo.com
Alta Vista http://www.altavista.digital.com
Infoseek http://www.infoseek.com

6. Menyaring "the WEB" (censoring the web)
Oleh kerana terdapat pelbagai bentuk maklumat di dalam www, anda perlu mengawasi penggunaan internet terutamanya daripada kanak-kanak atau orang yang tidak bertanggungjawab. Beberapa perisian berikut berupaya menyaring maklumat dalam internet yang dipanggil oleh sesebuah komputer;

Cyberpatrol http://www.microsys.com
SurfWatch http://www.surfwatch.com
SafeSurf http://www.safesurt.com

7. Mel Elekrtonik
Mel elektronik adalah suatu alternatif yang menarik kepada mel biasa (snail mail).

8. Berbual dalam WWW
Perbualan dalam www boleh
Hosted by www.Geocities.ws

1