This free script provided by
Website Abstraction


In Association with Amazon.com

HOBI???
Hobi? Hmm... Hobi saya banyak. Saya suka melancong ke tempat-tempat yang bersejarah dan menarik, melihat panorama yang indah dan menenangkan. Saya juga suka melihat laut dan pantai yang cantik dan bersih... tak kira sama ada di dalam negeri mahu pun di luar negeri. Saya suka mengumpul gambar-gambar pemandangan yang cantik-cantik seperti pemandangan di Kota London, Paris, Jepun dan lain-lain....
London Bridge
Buku
Saya juga gemar membaca novel & majalah sebagai sebahagian daripada aktiviti masa lapang saya, selain dari itu saya juga suka membaca buku-buku yang boleh memotivasikan diri saya ...
Bila ada masa terluang, saya juga suka belajar memasak. Saya selalu mencuba resepi-resepi yang sedap, maklumlah... saya ni suka makan. Makanan kegemaran saya pula ialah makanan laut, makanan Cina dan makanan barat. Hmm... sedap!! Walaupun saya ni bukan pakar memasak tapi saya suka buat trial and error...
Quiche
Diablo II
Kadang-kadang saya bermain permainan komputer . Hmm... saya ada banyak koleksi  termasuklah... Heroes III, Diablo, Revenant, StarCraft, Age of Empires I & II, Dark Reign, Dark Colony, Panzer General I & II, Half Life, Nox, dan sebagainya...
Saya juga suka menonton TV, menonton wayang dan mendengar music. Hmm... jenis music kegemaran saya ialah music classic dan country. Antara artis yang saya minat termasuklah Randy Travis, The Judds, Crystal Gayle, George Straits, Dwight Yoakam, Tracy Chapman, Kenny Rogers, Anne Murray dan ramai lagi... kadang-kadang saya minat juga kumpulan rock seperti kumpulan EAGLES, ABBA dan BEE GEES ... hampir kesemua lagu-lagu mereka saya minat.... Selain itu, saya juga minat dengan muzik Kenny G, Dave Koz dan Jari (Pemain Saksofon Malaysia).
Soundtrack of Ally McBeal
Whooopppss... ada satu lagi hobi saya yang paaaaaling saya suka ... iaitu MENYANYI!!!...haaa.. kalau anda berminat nak dengar sila klik di sini... Selamat mendengar.


Kemaskini terakhir ialah pada
13-Apr-02 2:23:48 PM


Copyright © 2002, Nora Jane
Hakcipta Terpelihara
Hosted by www.Geocities.ws

1