FAQs - Pertanyaan yang kerap di tanya mengenai insurance. |
||||||||||||||||||||||||||
Kenapa saya mesti memilih NTUC INCOME? |
||||||||||||||||||||||||||
INCOME adalah satu-satunya syarikat ko-operatif insurans di Singapura. Tidak seperti syarikat komersial, syarikat ko-operatif lebih mementingkan ahli-ahlinya dari pemegang sahamnya. Oleh itu, 98% keuntungan di beri kepada pemilik insurans. Selain dari itu, sebagai syarikat ko-operatif ia memenuhi syarat yang di tetapkan olah ulama-ulama dalam konferansi yang diadakan oleh Jabatan Kajian Hukum Agama Islam, Al-Azhar pada bulan Jun 1965 di Kahirah. Begitu juga Jabatan Fiqh Islam dibawah Perbadanan Rabitah Al Islam, Makkah Mukarramah, Kerajaan Arab Saudi telah memutuskan pada 4 April 1987 dengan sebulat suara bahawa insurans ko-operatif adalah dibolehkan |
||||||||||||||||||||||||||
Semua produk insurans tak banyak berbeza, apakah keistimewaan (special benefits) yang saya akan dapat dengan memilih INCOME? |
||||||||||||||||||||||||||
Ia bukan sahaja memberi perlindungan insurans malah lebeh dari itu. Diantaranya ialah |
||||||||||||||||||||||||||
Saya masih bujang, kenapa saya mesti mendapatkan insurans sekarang? |
||||||||||||||||||||||||||
Sebab anda bujang, perbelanjaan anda kurang dari orang yang sudah bekeluarga. Jadi setelah anda bekeluarga kelak, anda tak merasa terlalu berat kerana anda sudah memperuntukkan sebahagian dari perbelanjaan itu. Lagipun orang bujang juga boleh jatuh sakit atau kemalangan. |
||||||||||||||||||||||||||
Saya seorang sahaja bekerja, manalah saya mampu untuk dapatkan insurans. |
||||||||||||||||||||||||||
Sebabkan anda seorang sahaja yang bekerjalah maka anda sangat-sangat perlukan insurans. Jika anda mendapat kemalangan ataupun berpenyakit, siapa yang akan menanggung perbelanjaan itu. Penyakit seperti kanser dan ginjal mengambil masa yang lama. Anda bukan sahaja perlukan wang untuk kos hospital dan ubatan yang berterusan selagi anda sakit, anda juga perlu menampung perbelanjaan keluarga dan rumah. Anda perlu bersedia dan ketepikan untuk insurans walaupun untuk jumlah yang kecil sahaja. |
||||||||||||||||||||||||||
Kenapa saya perlukan insurans untuk pelajaran anak-anak saya? |
||||||||||||||||||||||||||
Kos pendidikan semakin tinggi. Untuk anak-anak ke Universiti kita perlukan kira-kira $50,000 hingga $150,000. Anda tentu tidak mahu memberitahu anak anda yang anda tidak mampu menghantar anak anda ke universiti walaupun dia berkebolehan. Jadi denagan mendapatkan Education Policy anda bukan sahaja menabung untuk mereka, malah jika berlaku bencana pada anda, anak anda bukan sahaja tak perlu membayar premium tetapi dia juga mendapat elaun tiap-tiap bulan sehingga tempoh polisi tamat (maturity). Dan setelah maturity, dia juga akan mendapat wang insurans bersama-sama dengan bonusnya sekali. |
||||||||||||||||||||||||||
Saya sudah membeli insurans beberapa tahun lalu, kenapa saya perlu membeli lagi? |
||||||||||||||||||||||||||
Kita perlu menyemak tentang perlindungan yang kita perlukan. Selalunya kita akan mendapat kenaikan gaji dan cara penghidupan kita pun berubah. Anda munkin perlu meningkatkan perlindungan insurans anda supaya cara kehidupan anda tidak berubah walaupun anda dalam kesusahan. Sebab itu ramai yang mempunyai lebih dari satu polisi. Saya boleh menyemak perlindungan anda untuk melihat jika anda perlukan lagi insurans atau tidak. |
||||||||||||||||||||||||||
Kenapa suami saya adalah orang yang paling utama untuk insurans? |
||||||||||||||||||||||||||
Jika suami anda adalah punca utama pendapatan keluarga, beliau sangat-sangat perlukan insurans. Fikirkan jika dia mendapat penyakit, kemalangan atau pun kematian, siapa yang akan menanggung keluarga anda. Walaupun anda bekerja, bebanan anda akan bertambah berat. |
||||||||||||||||||||||||||
Kenapa saya mesti belikan insurans untuk isteri saya juga? |
||||||||||||||||||||||||||
Kita tak dapat pastikan bila penyakit boleh menimpa seseorang. Isteri anda juga mungkin boleh mendapat penyakit. Jika beliau terkena penyakit merbahaya dan perlukan rawatan, bebanan perbelanjaan anda akan meningkat. Selagi beliau dalam rawatan selagi itu anda perlukan wang yang lebih. Insurans boleh menolong anda. Sebab itu semua manusia perlukan insurans. |
||||||||||||||||||||||||||
Kenapa saya mesti miliki insurans secepat mungkin? |
||||||||||||||||||||||||||
1) Harga atau premium insurans akan meningkat mengikut usia. Jika anda membeli lewat anda akan membayar premium yang lebih. |
||||||||||||||||||||||||||
Policy insurans yang mana yang terbaik? |
||||||||||||||||||||||||||
Setiap polisi insurans mempunyai kebaikan masing-masing. Saya akan membuat penilaian mengikut keperluan anda dan memberi beberapa rekomendasi dan nasihat. |
||||||||||||||||||||||||||
Kenapa menabung diinsurans lebeh baik dari menabung di Bank? |
||||||||||||||||||||||||||
Jika kita menabung di Bank (i) godaan untuk mengeluarkannya sangat kuat. (ii) kita mungkin akan membuat simpanan yang tidak tetap. (iii) kecenderongan untuk melewatkan simpanan (iv) masa yang lama diperlukan untuk mengumpul untuk keperluan tertentu. |
||||||||||||||||||||||||||