.:: MUKADDIMAH ::.

Hati ini sering kali sesak dengan persoalan-persoalan yang mendesak minta diberi perhatian sewajarnya. Maka aku tidak boleh sekadar membiarkannya terus begitu. Justeru ruangan ini sengaja kuadakan sebagai tempat untuk meluahkan semua CURahan HATi.....<:)))><


.:: AKU ::.
~ SHaHPuTRa™ ~



Anda adalah pelawat yang ke:
Internet Access
sejak 17 November 2004


.:: Katakanlahhhhh.....!! ::.

   


.:: TAKWIM ::.
<< July 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31




.:: FIRMAN ::.



.:: UNTAIAN KATA ::.


Di sebalik alam fantasi
Tercipta seribu satu misteri
Yang harus kita terokai
Demi menuju destinasi abadi.

~ SHaHPuTRa™ ~



Mati satu hakikat

Gagal satu kesilapan.

~ R-tono ~



Anganmu bukan mimpi

Citaku bukan ilusi.

~ Arywati ~



Tiada srikandi yang dilahirkan

dalam lautan yang tenang.

~ Suriati ~



Pessimism never won any battle.

~ Masitah ~




\n\n
Thank you for registering.
\n'+ 'Your email has been added to this web log.
\n'+ 'Close\n
\n\n\n
Hosted by www.Geocities.ws

\n'); } //-->
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




Wednesday, November 17, 2004
Salam Lebaran buat semua.....:)

A'kum... Makhluk yang bernama 'boring' datang lagi tanpa diundang...x tau nak buat ape...raya tahun ni x berapa meriah...ye la...ku x balik beraya kat kampung...beraya ngan sedara kat JB je...tu pun area Senai & Masai. Alamak...time's up la pulak...ok la....chaw cin chow...ku blah dulu. Lain kali ku sambung lagi no. Senyum sokmo...!! Tapi sebelum ku blah...ku nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' buat semua umat Islam walau di mana jua anda berada. Slamatttt.........!!

Dikirim pada 11:17 am hasil gubahan manifestasi perasaan shahrock
Komen di sini  

Di laut pantai itu ada apa?

Assalamualaikum w.b.t.....

Malam tadi memori membawaku menelusuri daerah yang dulu pernah memberi bahagia kepadaku... Entah mengapa...mungkin kerana ia sudah lama kutinggalkan...Mungkin juga kerana ombak pantai yang dulu selalu membuaiku tak pernah jemu memanggilku pulang... Memang kurasa ingin saja kembali ke sana, namun itu adalah mustahil dalam waktu terdekat ini. InsyaAllah suatu hari nanti aku akan pulang juga kerana di situlah tempatnya aku belajar mengenali dunia fana ini.

Aku tiba-tiba jadi teringat pada pantainya. Tapi kenapa?... Ada apa di sana?... Ahh, mungkin sudah ada jawapan yang masih belum dapat kusingkap. Lalu aku terbuai lagi oleh sajak 'Senja Nan Merah' yang pernah dikirimkan oleh seorang sahabat ( Shakila ).....

Sepi mencengkam kedinginan
Ungkapan tersirat
Mirip impian seniman jalanan
membuah ilham mencantum irama
Dalam belenggu putaran paksi kehidupan

Kelip-kelip bintang bertaburan
Bebas bagai unggas di awangan
Bagai puputan angin lembayung senja
Melirik irama di pesisiran
Mengubah sang bayu bagai bicara pendendang

Senja cuba melelapkan matanya
Melabuhkan tirai hari ini
Namun siapa sedar
Seniman yang disangkakan gila
Masih mencoret pada kanvas usang
Girang menatap akhirnya
Titipan spektrum warna
Waktu yang berlalu


Dulu aku sering ke situ tiap sore. Di situ aku pernah jatuh dipukul ombak Laut China Selatan...tapi aku bangun semula...ombak terus menghempas...lalu aku jatuh lagi. Jatuh bangunku di situ telah memberi aku satu pengalaman hidup yang cukup bermakna...bahawa jatuh bangun itu adalah lumrah dalam kehidupan... Ia mengajarku supaya tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencuba... Ombak itu juga telah mengajarku agar sentiasa sabar dan pasrah pada ketentuan-Nya. Di situ aku melihat kapal-kapal nelayan kembali dari laut lepas bersama rezeki Tuhan sambil dilatari terbenamnya matahari. Di situ juga kulihat satu metafora hidup...bahawa kapal-kapal yang sering singgah di dermaga...diam-diam pergi lagi.

'Jika anda ingin tahu betapa cepatnya masa berlalu, lihatlah pada singkatnya masa suria terbenam', itu kata Pengetua sekolahku dulu. Seorang teman (R-tono) juga pernah mengatakan padaku bahawa 'di atas laut lepas itu ada kehidupan yang sentiasa boleh dipelajari sesuatu darinya. Dan aku tahu tiap-tiap orang mempunyai persepsinya sendiri tentang sesuatu...termasuk juga laut dan pantai yang kurindui kini.

Hakikatnya aku ingin lagi menikmati saat-saat itu. Tapi apakan daya...kini aku dikurung hutan konkrit...dikepung oleh jiwa-jiwa hipokrit...aku lemas begini. Entah sampai bila aku mampu bertahan...aku tak pasti.

Yang jelasnya...laut pantai itu tetap saja memanggilku pulang. Namun bagaimana? Adakah aku harus melebar sayap terbang ke awan biru?...Atau...aku harus lari ke hutan belok ke pantai...?!

Dikirim pada 12:04 pm hasil gubahan manifestasi perasaan shahrock
Komen di sini  

Thursday, November 18, 2004
SUARA PALESTINA


Wahai
Saat meriam seteru menderu menyerang kami yang tak berkubu
Mengapa Kalian membatu membisu tak mahu bersatu
Kala musuh ghairah melakar sejarah dari hangat merahnya darah
Kenapa kalian celaru saling bercakaran dalam keliru

Sungguh
Kami hanya ingin bebas dari belenggu panas
Terbang tinggi di awan lepas
Sepertimana kalian

Meskipun tak pasti arah
Dan luka tambah parah
Akan kami teruskan langkah
Demi hari esok yang cerah
Saat kami pasrah dan berserah
Hanya kepada Allah
Kerana kami tahu
Jihad tak pernah lena
Mujahid tak pernah mati



SHaHPuTRa™
18 November 2004



Dikirim pada 03:14 pm hasil gubahan manifestasi perasaan shahrock
Komen di sini  

Friday, November 26, 2004
Pasti ada hikmahnya.....:)

Assalamualaikum w.b.t.

   Harap2 suma sihat la no. Jangan pulak masih ada yang sakit perut...cirit-birit...mentang2 la baru je raya.....
   Ku kat sini cam biasa je...masa ni ku dah ada kat Gombak...balik hostel...tapi sebenarnya ku squatting je kat bilik kawan aku. Ni yang buat ku bengang ni...ye la...plan aku nak balik awal gi hostel ni konon nak kemas2 bilik skit...tup2 pagi tadi ku gi opis...mintak kunci kat brother yang jaga situ...dia kata tak boleh...28 haribulan baru boleh start check-in. Aku punya la bengang...kalau aku tau memang aku stay lagi kat JB.
   Tapi kalau ikutkan kira aku ni bertuah jugak la...boleh gak squatting kat bilik member...walaupun sebenarnya brother tu tak bagi.....ahhh...pedulik apa aku! Takkan dia nak aku balik JB lagi. Lantak ahh...klu dia nak marah aku gak pandai la ku jawab nanti.
   Time aku gi tadi ada students 2 orang...yang sorang tu nak check-in gak. Dia lagi la kesian...ku tak tau la dia nak tido kat mana malam ni. Yang sorang tu lagi la kesian...laptop hilang beb...!! Mana lagi nak cari?! Gila...!! Dalam universiti yang macam ni pun ada gak pencuri. Tu mesti kerja budak u gak la tu...buat malu je!! 
   Yang ku pasti...setiap sesuatu yang berlaku tu...pasti ada hikmahnya...:)

Dikirim pada 03:12 pm hasil gubahan manifestasi perasaan shahrock
Komen di sini  

Hosted by www.Geocities.ws


HOME
Hosted by www.Geocities.ws

1