v2.0
nic on the world wide web  
ruang utama :: ruang honda :: ruang gambar :: ruang catatan


turbine wheel bersambung pada compressor wheel melalui sebatang shaft. gas dari exhaust akan mengalir ke dalam turbo housing, memutarkan turbine wheel dan keluar ke exhaust sistem. apabila turbine wheel berpusing, compressor wheel akan turut sama berpusing dengan kelajuan yang sama. ini akan membantu engine menyedut lebih banyak udara masuk. udara akan dimampat dan disalurkan ke intercooler dan seterusnya dihantar masuk ke intake manifold dan ke ruang pembakaran.

pressure pada paras laut = 14.7 psi = 1 bar

intercooler.

intercooler adalah antara component yang penting bagi sistem turbo. apabila udara dimampat oleh compressor wheel dalam turbo housing, paras suhu udara termampat ini akan meningkat. tugas intercooler adalah untuk menyejukkan kembali suhu udara yang dimampat oleh compressor wheel. ini akan mengakibatkan suhu udara termampat menurun dan ketumpatannya akan meningkat (prinsip fizik) sebelum ianya di tolak masuk ke ruang pembakaran. secara tidak langsung, apabila udara ini ditolak keluar ke exhaust, ianya juga tidak mengalami kepanasan yang melampau. lazimnya suhu pada exhaust dalam sistem turbo (exhaust gas temperature - EGT) naik mencecah sekitar 650-800 C bagi sistem turbo diesel atau sekitar 700-900 C bagi sistem turbo petrol. tanpa intercooler, suhu ini mungkin akan naik melebihi 900 C dan akan menyebabkan kerosakan pada sistem turbo dan juga enjin (piston & head). intercooler dianggar dapat menambah 30% kuasa kepada satu2 sistem turbo.

nota: suhu ekzos yang melampau merupakan common problem bagi sistem turbo.

wastegate.

jumlah tekanan boost yang dihasilkan oleh satu2 sistem turbo akan dipantau oleh valve wastegate. wastegate terletak antara exhaust manifold dan turbo housing. MAP sensor akan membaca jumlah tekanan dalam intake manifold dan bacaan ini akan dihantar ke ECU untuk dinilai. apabila pressure melebihi takat yang ditetapkan, ECU akan menghantar signal agar valve pada wastegate dibuka untuk melepaskan tekanan yang berlebihan. ini akan mengurangkan putaran turbine dan seterusnya menurunkan tekanan boost. apabila ini terjadi valve pada wastegate akan ditutup semula. tanpa wastegate, pressure yang berlebihan akan terbentuk dalam combustion chamber dan ini akan merosakkan enjin.

terdapat juga wastegate yang tidak dikawal oleh ECU. sebaliknya satu hos disambung dari bahagian compressor wheel kepada wastegate. apabila tekanan yang berlebihan dihasilkan oleh compressor wheel, ianya akan melalui hos ini dan membuka valve pada wastegate untuk memperlahankan turbine.

blowoff valve.

juga untuk membuang tekanan yang berlebihan dari sistem turbo. ketika dalam pemanduan, apabila kaki menekan pedal untuk memecut dan diangkat untuk pertukaran gear, pada saat ini butterfly plate dalam tb akan tertutup. namun compressor wheel masih berputar dan menghasilkan tekanan boost. oleh kerana butterfly plate dalam keadaan tertutup, udara tidak dapat mengalir ke intake manifold. ini menyebabkan tekanan udara berpatah balik ke dalam turbo housing. tekanan boost pada ketika ini meningkat dan boleh mencecah 5 kali ganda tahap biasa. ini dapat merosakkan komponent turbo terutama sekali turbo bearing pada compressor wheel kerana tekanan backpressure yang terlampau kuat pada bilah compressor wheel. untuk mengelak keadaan ini dari berlaku, blowoff valve diletakkan pada piping diantara turbo housing dan tb. gunanya adalah untuk membuang tekanan boost yang berlebihan semasa kaki diangkat dari padel minyak. blowoff valve dapat menjaga intercooler, piping, mengurangkan turbo lag serta memanjangkan hayat sistem turbo secara keseluruhannya.

turbo lag.

keadaan dimana terdapat delay dalam turbo system. apabila pedal minyak ditekan untuk memecut, turbo sistem akan mengambil masa untuk berfungsi bagi mendapatkan tekanan boost yang sepatutnya. kebiasaanya full boost hanya akan dapat digenerate apabila rev engine mencecah certain rpm. antara faktor yang mempengaruhi turbo lag adalah saiz turbo sistem tersebut, ukuran panjang hose (isipadu) yang digunakan, diameter hose, saiz intercooler, size dan bentuk exhaust manifold dan back pressure pada exhaust system.

ceramic turbo.

aku selalu terbaca tulisan pada toyota celica yang tertera perkataan ceramic turbo. ini merujuk kepada bilah turbin wheel yang diperbuat dari ceramic. kebiasaannya dibuat dari besi. ceramic turbo mampu berputar dengan cepat kerana ringan. ianya dapat mengurangkan turbo lag.

twin turbo

rasa-rasanya :) .. lazimnya untuk enjin V6 sebab ada dua cylinder head.

sequential twin turbo

menggunakan dua jenis saiz turbo - kecil dan besar. sistem turbo kecil berfungsi pada rev rendah dan apabila rev berada pada takat tinggi sistem turbo yang lebih besar akan berfungsi. terdapat juga sistem yang menggunakan dua turbo kecik. pada rev rendah satu turbo sahaja berfungsi. apabila rev tinggi dua-dua turbo akan hidup. ini untuk mengurangkan lag.

saiz turbo wheel

secara amnya turbo wheel yang besar mengambil masa yang lebih untuk berputar kerana inertia yang besar.

TD04-13G, TD04 merujuk kepada saiz turbo housing. 13G pula merujuk kepada compressor wheel iaitu saiz 13 style G. Terdapat juga style B, C, Gk dan T.

 

 


Prepared by nIc on tHe WorLd wiDe wEb
http://www.geocities.com/niqnm
Hosted by www.Geocities.ws

1