v2.0
nic on the world wide web  
ruang utama :: ruang honda


rim alloy boleh bagi keter nampak cantik. selain tu rim alloy merupakan konduktor haba yang baik yang dapat membantu menyejukkan suhu pada disc brake.

PCD - Pitch Circle Diameter

ukuran utk PCD diambil dlm unit mm. cara untuk mengambil ukuran PCD bergantung pada bilangan nut pada tayar. bagi kereta yg guna empat nut, ukuran PCD adalah jarak antara skru yang bertentangan.


Offset
adalah jarak ukuran dari rim centreline ke rim mounting surface. terdapat zero offset, positive offset dan negative offset. zero offset bermakna mounting surface selari dgn rim centreline.

Tayar Run-Flat
terdapat tayar yang direka supaya dapat berfungsi walaupun dalam keadaan bocor. jadi apabila tayar ini bocor kita masih boleh memandu kereta dengan perlahan pada jarak beberapa kilometer tanpa berhenti untuk menukar tayar. contoh teknologi Run-Flat adalah seperti EMT (Extended Mobility Tire) yang diperkenal oleh goodyear dan ZP (Zero Pressure) dari michellin.

Marking Pada Tayar

Service Description



terdiri daripada load index dan speed index. speed index menunjukkan kelajuan maksima yang boleh ditampung oleh tayar. load index pula menunjukkan beban maksima yang boleh ditampung oleh setiap tayar.

Traction
traction rating dikategorikan berdasarkan prestasi cengkaman semasa membrek dalam keadaan permukaan jalan basah. traction rating paling tinggi adalah AA, diikuti oleh A,B,C.

Allignment - Caster, Camber, Toe
ketika membetulkan allignment kereta, antara istilah yang selalu kita dengar adalah caster, camber dan toe. mungkin, yang paling kerap dan fimiliar adalah camber.

Tips Mengenai Tayar

Pertama
beli atau pakai tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. contohnya kalau cc kereta rendah macam iswara 1.3, maka rim 14 inchi tu kira cukup besar. jika tayar terlebih besar, pickup kereta semasa nak memecut lazimnya akan berkurangan. bacaan pada meter kelajuan jugak jadi kurang tepat.

Kedua
semasa membeli tayar perhatikan maklumat yang dicetak di bahagian tepi dinding tayar. contohnya 205/45/R16 83V bermaksud, tayar tersebut mempunyai kelebaran 205mm, tebal dari rim ke permukaan jalan adalah 45% dari lebar tayar (45% x 205mm) dan sesuai untuk rim berdiameter 16 inchi. 83V pula memberitahu kita bahawa tayar tersebut mampu menahan beban berat maksima 487kg dan sesuai dipandu pada kelajuan maksima 240km/j.

Ketiga
kebiasaan tayar yang senyap mempunyai bunga yang rapat. akan tetapi tayar jenis ini kurang mencengkam sewaktu keadaan jalan basah.

Keempat
bunga tayar akan menjadi haus apabila digunakan. sekiranya bunga tayar kelihatan haus tidak serata, misalnya bahagian tengah bunga lebih cepat haus maknanya tekanan tayar terlalu tinggi. kalau bunga kelihatan haus di belah tepi tayar maksudnya tekanan tayar tak cukup atau terlampau rendah. kalau tayar haus di bahagian tepi luar saja atau tepi dalam saja maka kenalah rajin2 pegi kedai tayar buat alignment. ini disebabkan kedudukan alignment tayar tak seimbang. kalau bunga tayar haus tak sekata, maka kebiasaannya absorber perlu diganti.

Kelima
jika hendak memeriksa tekanan angin pada tayar, lakukan ketika tayar masih sejuk. jika baru lepas memandu, biarkan tayar sejuk selama sejam atau lebih sebelum melakukan pemeriksaan.

Keenam
tayar perlu ditukar apabila bunganya mempunyai baki ke dalaman sekitar 1.6mm tapi sebaik-baiknya bila tinggal baki 2mm. lazimnya terdapat marking pada ruang di antara bunga tayar bagi menunjukkan tahap bunga tayar sudah hampir haus - tread wear indicator. apabila paras bunga tayar sudah haus ke tahap mencecah tanda tersebut maka wajarlah kita menukar tayar tersebut ke tayar yang baru.



Hosted by www.Geocities.ws

1