(Draf ini telah pun dihantar kepada pelbagai pihak dan menunggu maklumbalas untuk diberikan komen - pembaca juga digalakkan menghantarkan komen kepada Pencadang menerusi borang elektronik Nik Zafri Online (2000) Hakcipta 2000 Nik Zafri Abdul Majid - Sebarang penyalinan/aplikasi kembali harta intelek di Nik Zafri Online (2000) tanpa kebenaran daripada pengarang adalah bersalahan dari segi undang. Abstrak ======= Baru-baru ini, setelah menjalankan kajian terperinci, kerajaan telah membuat pengharaman keatas premis yang menjalankan permainan/aked video. Dalam masa yang sama, banyak kafe siber masih tertanya-tanya tentang impak pengharaman ini keatas mereka. Banyak diantara mereka belum benar-benar mengetahui apakah kesan legislatif dari segi perniagaan yang mereka jalankan. Walaupun terdapat panduan tertentu terutamanya dari pihak berkuasa tempatan, namun panduan ini tidak begitu jelas menyebabkan masih ramai pengusaha kafe siber secara tidak sengaja telah melanggar undang-undang tertentu semasa menjalankan operasi mereka. Selain itu, pengusaha kafe siber kebelakangan ini juga didapati telah mengubah jenis perniagaan mereka daripada kafe siber kepada kafe aked permainan video secara jaringan. Ini secara tidak langsung telah meninggalkan kesan yang kurang baik dan persoalan keatas jenis perniagaan yang telah didaftarkan. Ianya juga telah menyebabkan dasar sebenar kerajaan menggalakkan teknologi maklumat menerusi pembukaan kafe siber telah gagal dicapai. Tujuan panduan yang dijangka akan menjadi piawai/kod amalan/etika ini dicadangkan ialah untuk memberikan panduan yang betul dalam pengurusan kafe siber, pengusaha pusat latihan teknologi maklumat disamping bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan satu penyelesaian yang padu bagi mengubah kembali paradigma pengusaha supaya menguruskan perniagaan mereka kearah yang sepatutnya. Draf Piawai/Kod Amalan/Kod Etika ini telah diluluskan oleh..........dan disahkan oleh...... dan telah diterbitkan dengan kuasa........pada bulan.......tahun......... Draf Piawai/Kod Amalan/Kod Etika ini pada dasarnya ditujukan kepada pengusaha pusat latihan teknologi maklumat dan/atau kafe siber. Walaubagaimanapun, kemungkinan akan terdapat pihak-pihak lain yang akan terlibat secara langsung. Contohnya :- pembekal dan pembaikpulih komputer dll. Perlu diingatkan bahawa draf piawai ini tidaklah bertujuan untuk memenuhi kehendak dan keperluan dan/atau elemen/karektoristik :- a. Konsep perniagaan berasaskan pemasaran formal seperti pemasaran bertingkat, pemasaran jaringan atau piramid. b. Tidak melibatkan perniagaan/perdagangan berbentuk kewangan, saham, ekuiti dan lain-lain yang setaraf dengannya. c. Permainan video secara jaringan melainkan permainan secara langsung yang ada di Internet. d. Perniagaan sambilan yang melibatkan kafe/bar/mini restoran/dapor dsb. e. Internet Relay Chat (IRC) (1) f. Permasalahan yang melibatkan perundangan seperti hukuman, denda dan sebagainya. g. Perkara-perkara lain yang berkaitan. (1) IRC - Kawal Selia keatas pembinaan perisian dan skrip yang lebih efektif dan dapat dikomersilkan akan dipertimbangkan - contohnya - rangkaian peribadi yang melibatkan ‘interface’ dengan unsur audio-visual seperti telefon internet, jaringan maya peribadi, dan lain-lain seumpamanya. Namun, untuk tujuan piawai ini, IRC tidak akan disentuh. Elemen a. - e. diatas melibatkan tugas agensi-agensi kerajaan tertentu. Mana-mana elemen yang disebutkan perlu diaplikasikan, maka agensi-agensi kerajaan yang terbabit akan dilibatkan sama bagi mengelakkan tindanan tugas. Draf piawai ini perlu dilihat sebagai complementary dan supplementary kepada piawai-piawai lain dan aspek legislatif yang berkaitan serta memperincikan satu atau lebih karektoristik/ elemen dalam piawai ini dan bukanlah untuk membuat tindanan atau gantian kepada dokumen- dokumen yang telah sedia ada. Adalah dijangkakan banyak agensi kerajaan dan swasta/korporat akan mempunyai kepentingan dalam piawai ini. Pencadang mengalu-alukan sokongan mana-mana agensi kerajaan dan swasta/ korporat yang ingin terlibat secara langsung/tidak langsung. Pencadang dibawah juga ingin mencari pembiaya dan/atau majikan kepada pelaksanaan projek bersabit dengan piawai ini. Segala input kepada draf piawai ini adalah berdasarkan sukarela dan tidak mempunyai perkaitan dengan mana-mana pihak kecuali pencadangnya sendiri. NIK ZAFRI BIN ABDUL MAJID PENDRAF/PENCADANG UTAMA i. MISI Meninggikan kualiti perkhidmatan Teknologi Maklumat disamping memaksimakan keuntungan untuk Pengusaha Kafe Siber dan/atau Pusat Latihan Teknologi Maklumat dalam usaha melibatkan diri secra aktif untuk menjayakan K-Ekonomi dan Wawasan 2020. ii. OBJEKTIF Membekalkan perkhidmatan perundingan/latihan/pembangunan kepada semua pengusaha disamping mengadakan satu jaringan kerjasama dengan semua agensi terlibat samada pihak kerajaan mahupun swasta (pihak yang berkepentingan) iii. SASARAN Mengaudit dan menilai kembali termasuk reengineering perniagaan yang sedia ada menggunakan panduan yang disediakan. 1. Definisi Untuk tujuan draf piawai/kod amalan ini, definisi-definisi berikut adalah berkaitan :- 1.1 Pihak yang berkepentingan Pihak kerajaan (agensi-agensi), pihak swasta/korporat, insitusi professional, institusi pengajian tinggi dan lain-lain yang mempunyai kepentingan/kuasa keatas perkara-perkara yang disebutkan dalam draf piawai ini. 1.2 Teknologi Maklumat 1.2.1 Kejuruteraan - jaringan, pemasangan, penyelenggaraan, pembaikpulihan, keselamatan/sekuriti ('dinding api') dll. 1.2.2 Multimedia - pengaturcaraan, perisian, pembangunan dll. 1.2.3 Rekabentuk Laman Web Bersepadu (Perisian/Pakej Pembinaan - online/offline, Pengaturcaraan -Java, Perl, Flash, Hos, Web dll.) 1.2.4 Internet - e-mail, internet, carian maklumat, lain-lain 1.2.5 E-Dagang - B2B, B2C, Afiliasi, Pembangunan Sistem & Perisian SOHO/Netpreneur termasuk elemen-elemen IT yang lain secara generik, Kebaikan-kebaikan termasuklah keuntungan jangka panjang yang bakal diperolehi daripada pelaburan pembekal. 1.2.6 Kefahaman asas terhadap perkaitan dengan 7 teraju utama Koridor Raya Multimedia dan lain-lain. 1.2.7 Aplikasi - Pemprosesan Perkataan, Helaian Hamparan, Persembahan Grafik, Percetakan Atas Meja, Pangkalan Data dll 1.2.8 Sistem Pengoprasian - Pengaturcaraan, Pengendalian Masalah (trouble-shooting), Keselamatan/Sekuriti dll. 1.2.9 Perundingan dan Pembangunan Teknologi Maklumat 1.2.10 Pendidikan dan Kemahiran Teknologi Maklumat 1.2.11 Konsep ICT berasaskan internet seperti Persidangan Video, Internet Phone dll. 1.2.12 Dunia elektronik masa hadapan. 1.2.13 Kefahaman asas kepada K-Ekonomi 1.3 Kemahiran Pendidikan, latihan, bengkel, kursus, ceramah dan lain-lain mengenai amalan/praktik sesuatu sistem/pengetahuan/pengalaman/kebolehan/kekompetenan/ketrampilan dan lain-lain yang mampu menghasilkan keputusan serta penyelesaian yang disesuaikan mengikut kehendak industri, skop kerja. 1.4 Pembekal Pengusaha Kafe Siber dan/atau Pusat Latihan Teknologi Maklumat. Ianya juga mungkin melibatkan pembekal komputer/perkakasan/perisian/khidmat kejuruteraan (lihat 1.2) dll, baikpulih dan penyelenggaraan dll. 2. Pengurusan 2.1 Perancangan Pembekal/Pengusaha hendaklah menentukan jenis perkhidmatan yang hendak dibekalkan. Antara jenis-jenis perkhidmatan secara asasnya ialah :- 2.1.1 Perkhidmatan berasaskan Internet 2.1.2 Perkhidmatan berasaskan Teknologi Maklumat/Pengurusan Pengurusan akan melibatkan sesetengah aspek-aspek kesetiausahaan/cetakan seperti penaipan, percetakan diatas meja, penterjemahan, perakaunan pelbagai dokumen, data dan rekod. Penaipan akan memerlukan kemahiran-kemahiran asas seperti ketepatan, kepantasan, pemahaman (mengenai apa yang ditaip), penguasaan tatabahasa dan persembahan. Khidmat lebih professional yang dapat dibekalkan ialah penaipan tesis (teknikal/pengurusan), penyelidikan internet (memerlukan kemahiran bahasa dan kefahaman asas dll. 2.1.3 Secara Langsung Kepada Pelanggan 2.1.4 Secara Tutorial - Kursus Jangka Pendek dan Jangka Panjang Pendidikan/kemahiran/perundingan/latihan/bengkel - Pendidikan akan melibatkan penubuhan asas pusat latihan teknologi maklumat. Pembekal perlu membangunkan modul dan melantik tenaga pengajar bertauliah sepenuh atau separuh masa. Pembekal juga perlu berdaftar dengan semua pihak yang berkepentingan. 3. Panduan Kewangan 3.1 Pembekal perlu menyediakan dokumen perakaunan (samada ramalan atau sebenar) seperti aliran tunai, timbang duga, kenutungan dan kerugian, kunci kira-kira, jadual aset tetap dan lain-lain dengan mengambilkira elemen-elemen jenis perkhidmatan yang hendak dibekalkan seperti Sub-Klausa 2.1.1-2.1.4 atau lain-lain yang berkaitan. 3.2 Pembekal perlu membuat penyediaan dokumen, data dan rekod perakaunan mengikut mana- mana piawai perakaunan yang sah atau mendapat khidmat nasihat dan perundingan daripada firma, agensi dll yang berkaitan. 4. Penjimatan Kos Menerusi Elemen Teknologi Maklumat 4.1 Contoh - Instalasi Sistem Pengoprasian dan Pakej Aplikasi yang Asli atau lain-lain sistem dan perisian asli. 4.1.1 Pembekal perlu berhubung dengan agensi/organisasi/firma yang berkaitan bagi mendapatkan gran atau skim contohnya multiple installation menggunakan CD yang sama pada pelayan (server) dan stesen kerja. Skim ini akan memberikan kemudahan kepada pembekal untuk mendapatkan diskaun keatas setiap stesen kerja dari harga asal versi untuk pelayan. 4.1.2 Untuk mencapai tujuan ini, pembekal perlu mendaftarkan premis mereka sebagai pusat latihan teknologi maklumat dengan pihak yang berkepentingan disamping melantik perunding, pensyarah, tutor dan lain-lain serta membangunkan modul yang berkaitan. 4.1.3 Skim seperti ini juga terdapat pada laman-laman web perkhidmatan berkenaan. Sesetengahnya akan memerlukan penurunan beban (download) dan mungkin terdapat freeware atau shareware. 4.1.4 Pembekal perlu mematuhi segala peraturan dan kontrak/perjanjian/memorandum persefahaman dan lain-lain dokumen perundangan yang diberikan oleh pihak yang berkepentingan. 4.1.5 Tujuan asas pembekal digalakkan melibatkan diri dalam insentif ini ialah untuk:- * menjimatkan kos instalasi, pemasangan dll. * memaksimakan penggunaan Teknologi Maklumat * meminimakan tindakan undang-undang yang diambil keatas mereka (disebabkan kesalahan \ memiliki/memasang/menggunakan sistem/perisian dll yang dicetak rompak, diplagiat, disalin kembali dan lain-lain tanpa kebenaran yang sah - secara lisan atau tulisan) 5. Perundingan Latihan dan Pembangunan Kemahiran 5.1 Pembekal digalakkan menyertai latihan berbentuk kemahiran sebagaimana takrif/definisi dalam Sub-Klausa 1.3. Untuk mewujudkan skim atau bengkel atau latihan dipremis sendiri, pembekal perlu berdaftar dengan pihak yang berkepentingan dan berkaitan dengannya. 5.2 Pembekal digalakkan mengambil pelajar berdasarkan aspirasinya atau cita-citanya atau pernyataan misi/objektif/sasaran peribadinya selain daripada kelayakan asas akademiknya bagi menyesuaikan konsep kemahiran yang dinyatakan dalam Sub-Klausa 1.3. Untuk mencapai tujuan ini, pembekal harus mewujudkan sistem kawalan dokumen, data dan rekod yang sesuai untuk mengenalpasti aspirasi pelajar. 5.2.1 Kemahiran dan ketrampilan perlu disesuaikan dengan jenis industri yang ingin diceburi oleh pelajar dimasa-masa hadapan. Untuk mencapai tujuan ini, pembekal digalakkan melakukan penyelidikan keatas pelbagai industri dan mendokumenkan impaknya keatas kemahiran dan ketrampilan yang ingin dicapai. 5.2.2 Pembekal juga digalakkan mendapat khidmat nasihat dan perundingan serta panduan berkaitan daripada mana-mana pihak yang berkepentingan.