Perihal Laut Nenasi, Pekan dan Merchong

Laut Nenasi, Pekan, Merchong dan Kuala Rompin amat tersohor dengan khazanah ikan marin yang tidak ternilai, satu rahmat daripada Allah. Terutamanya di Nenasi, berkedudukan strategik di tengah-tengah antara Kuala Rompin dan Kuala Pahang (Pekan), memberi satu kelebihan kepada nelayan tempatan dan pemancing menerokai khazanah laut dalamnya. Terdapat banjaran batu karang di Batu Bubu (12 batu nutika), Pulau Batu Berhala (16 b.n.), Karang Luas (21 b.n) tukun tayar dan konkrit disebelah barat Nenas.

Kawasan Permainan Ikan Layaran

Ikan Layaran bagaikan di kolam luas, sentiasa menunggu pemain hardcore, di Batu Rompin dan Batu D.O. Samada menggunakan kaedah trolling atau umpan hidup berbelon, ia sentiasa direntap. Alamilah 'tail walking'nya, lompatan- nya dan kerakusan tarikannya untuk melepaskan diri. Disyorkan pemancing agar mengamalkan 'catch and release' bagi spesis ini kerana pemancing lain pun ingin merasai keseronokkan 'bermain' dengannya. Cukuplah
sekadar untuk mendapatkan kepuasan sahaja.
All Right Reserved :: Nenasi Motel And Recreation™ 2004 :: Last updated on 26th May 2004
Hosted by www.Geocities.ws

1