Lubuk serta Lokasi terbaik untuk aktiviti pancing laut yang dianggap dapat memberi pulangan
dan kepuasan kepada anda dalam aktiviti memancing.

 

NEGERI

LOKASI

Johor Pulau Pemanggil, Aur dan Tinggi & Pisang
Selangor Pulau Angsa, Ketam, Indah & Sungai Besar.
Perak  Pulau Sembilan, Pangkor & Jarak.
Pahang Nenasi & Merchong
Kedah  Tukun Perak & Gugusan Pulau sekitar Langkawi.
Pulau Pinang Tukun Karang Taiwan, Jepun & Kendi.
Kelantan Teluk Bali.
Terengganu Pulau Kapas, Redang, Perhentian & Bidung.


Umpan: Umpan terbaik bagi Ikan Kelah dan anak-anak ikan sungai ialah kelapa sawit. Perut Ayam boleh digunakan untuk Baung. Ulat Sagu ayau Anak Ikan bagi memperdayakan ikan seperti Toman, Kalui, Tapah mahupun Kelisa, utamakan pancingan dasar. Sebarau dengan menggunakan Gewang terutama di laluan air yang deras. Tips bagi pemancing ialah membuat umpan ‘pemanggil’ seperti kelapa sawit busuk atau ubi kayu yang direndam tidak jauh dari tempat kita
memancing. Cacing tanah dan Cengkrik juga adalah umpan yang turut memberi pulangan yang baik.


Umpan: Hasil yang paling banyak diperolehi disini adalah Udang Galah dan Ikan Baung. Namun terdapat juga ikan-ikan lain seperti Sebarau,Kalui, Lampam Sungai dan Tapah. Pelbagai umpan digunakan namun Cacing Tanah adalah pilihan utama disini. Ikan Baung pula mudah diperolehi dengan cara ‘menajo’ dan size nya agak besar antara 1 – 3 kilo dengan berumpankan anak ikan.

 

Design by zildjian webaster.nenasi.com

Hosted by www.Geocities.ws

1