LYRICS 2


SCHOOL CHOIR

 

HOME   LYRICS 1   LYRICS 3   CHOIR'S GALLERY 

   

 

 

Getaran Jiwa

 

Selamat Tinggal Bungaku Di mana kan ku Cari Ganti
 

Getaran jiwa

Melanda hatiku

Tersusun nada

Irama dan lagu

Walau hanya sederhana

Tetapi tak mengapa

Moga dapat membangkitkan

Sedarlah kamu wahai insan

Tak mungkin hilang

Irama dan lagu

Bagaikan kembang

Sentiasa bermadu

Andai dipisah lagu dan irama

Lemah tiada berjiwa

Hampa.

 

 

 

 

Selamat tinggal bungaku

Ku bermohon pergi dahulu

Terima kasih seruanku jasamu untuk diriku

Ke timur atau utara

Tak tentu arah mana ku tuju

Setitik airmata dititiskan dibuang jangan

Sekiranya aku masih

Berada nun jauh di balik awan

Salam bahagia khabar nan gembira ku kirimkan

Inikah akhir bertemu

Bila nian kan berjumpa lagi

Terimalah seruanku

Jaga baik dirimu sendiri.

 

Hendak ku nangis tiada berairmata

Hendak ku senyum tiada siapa nak teman

Kalaulah nasib sudah tersurat

Begini hebat apa nak buat.

Di mana kan ku cari ganti

Serupa denganmu

Tak sanggup ku berpisah

Dan berhati patah, hidup geliah

Alangkah pedih rasa hati

Selama kau pergi

Tinggalku sendirian tiada berteman dalam kesepian

Dunia terang menjadi gelita

Cahaya indah tiada bergema

Keluhan hatiku membawa derita

Kini kau jua tak kunjung tiba

Dimana kan kucari ganti

Mungkinkah di syurga

Untuk kawan berduka

Menangis bersama, selama lamanya.

 

 

Salam Terakhir

 

Sampaikan salam buat semua

Salam terakhir salam teristimewa

Kepada kau yang tersayang

Pada teman yang ku kenal

Pemergianku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku

Mengucap salam terakhir kepadamu

Kerana waktu berputaran

Bimbang tak berkesempatan

Melahirkan kerinduan terhadapmu

Demi sebuah kenyataan

Yang amat menyakitkan

Aku yang tidak berdaya

Hanya berserah padanya

Salam akhir

Salam yang teristimewa

Bersamanya ku memohon keampunan

Melaluinya beri kemaafan kepadamu

Andainya aku punya waktu

Masihku ingin mengulangi semula

Saat indah bersamamu

Sayang tak berkesempatan

Abadikan saja salamku di ingatan

Salamku yang terakhir.

 

 

 

 

HOME         LYRICS 1          LYRICS 3             CHOIR'S GALLERY

 

 

 

    

1
Hosted by www.Geocities.ws

1