PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR
Pantai rekreasi yang cukup terkenal di Sabak Bernam sebagai lokasi untuk warga setempat beriadah dan santai-santai di waktu petang. Sayangnya pantai ini sudah tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda. Pantai ini terletak tidak jauh dari sebuah perkampungan Cina serta berada di antara Pekan Sungai Besar dan Pekan Sabak Bernam. Kemudahan awam untuk pengunjung juga tersedia termasuk dengan gerai dan medan selera yangterkenal dengan makanan laut serta mee udang.