Nukilan Kreatif

Kita & Ibu

Apabila berusia 13 tahun,ibu menyuruh memakai pakaian yang menutup aurat.Cara kita berterima kasih dengan mengatakan bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Apabila berusia 14 tahun,ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan & asrama.Cara kita berterima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Apabila berusia 15 tahun,ibu pulang daripada kerja & rindukan pelukan & ciuman.Cara kita berterima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Apabila berusia 16 tahun,ibu mengajar memandu kereta.Cara kita berterima kasih dengan melanggar tembok.

Apabila berusia 17 tahun,ibu sedang menunggu panggilan penting.Cara kita berterima kasih dengan bergayut di telefon sepanjang malam.

Apabila berusia 18 tahun,ibu menangis gembira apabila mendapati kita diterima masuk ke IPTA.Cara kita berterima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Apabila berusia 19 tahun,ibu bersusah payah membayar yuran pengajian,menghantar ke kampus dengan mengheret beg besar ke bilik asrama.Cara kita berterima kasih dengan mengucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Apabila berusia 20 tahun,ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa.Kita Kata"...itu bukan urusan ibu".

Apabila berusia 21 tahun,ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya.Kita kata,..." saya tak mau jadi macam ibu".

Apabila berusia 22-23 tahun,ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita.Dibelakang ibu kita kata pada kawan-kawan..."perabot pilihan ibu aku tak cantik,tak berkenan akuuuu!!."

Apabila berusia 24 tahun,ibu bertemu dengan bakal menantu & bertanyakan rancangan masa depan.Kita menjeling & merungut,.."ibuuuu,tooolonglahhh...."

<<BaCk                                                           NeXt>>

 

 

 

 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1